Selahirnya aku di muka bumi, ditakdirkan arwah ibuku sakit kerana komplikasi melahirkan. Maka ayahlah yang menjaga di saat aku bayi, sehingga aku menginjak 23 tahun. Jasanya takkan aku lupa. Dialah ayahanda dan dialah bonda.

Ketahuilah ayah, tiada berita yang tidak sedap didengar selepas pemergianmu. Semua yang menyebut nama Abd Ghani, terus mengingatkan bagaimana sanggupnya si ayah menjaga isteri yang lumpuh  dan dua anak kecil sehingga anak-anaknya besar dan bekerjaya. Dijaga si isteri, tanpa bantuan sesiapa sehingga akhir hayat isterinyanya. Semua masih mengimbau bagaimana ayah mampu melakukannya. 

“ You should live like your father. Follow how strong he is. He really love you even the moment the soul needs to leave the body he was there waiting for you to come home. The soul left in front of you. He wanted you to see it happened”- Uncle Siva.

Allah. Ayah dah pergi. Terima hakikat semua sudah berakhir. Saat yang paling ditakuti terjadi akhirnya berlaku. Terima kasih ayah untuk persiapan yang ayah buat untuk kami. Ilmu masakan, ilmu bertukang, kemas rumah, ayah hantar mengaji, paksa masuk kelas aliran arab. Semua ayah buat untuk persiapan anak-anak. Ayah kerja berat, balik ayah untuk kemaskan arwah mama dan masak untuk makan. Sakit kami, ayah ubatkan , sampaikan adik di university kaki sakit tak boleh jalan, ayah hadir dan urutkan kaki adik di kolej.



Lepas ni tiada siapa. Lepas ni sendiri.

At this moment, I realized allah. I have to stand on my own.

Selama ni ayah sumber kekuatan kami, ayahlah sumber kenapa kami terus berjalan. Ayah sumber inspirasi. Tiada kemewahan ayah taburkan tapi kasih sayang ayah mekar selamanya. Walaupun masa muda garangnya seperti harimau, menginjak remaja marah ayah hilang. Tegurnya sentap, guraunya kerap.

Acap kali ayah katakan, tanggungjawab ayah dah selesai. Anak-anak ayah dah habis belajar dan boleh berdikari sendiri. Ayah pergi tatakala ayah yakin anak-anak ayah akan boleh hidup sendiri lepas ni. Ayah memang tunggu aku habis belajar. Sempat sekali sahaja aku bawa ayah makan dengan hasil pendapatan sendiri. Patutlah masa makan bersama dengan ayah, gembiranya lain, seleranya laju, senyumannya panjang walhal ayah sangat susah bergambar.

Terima kasih ayah sebab sudi makan dengan hasil pendapatan adik yang pertama walaupun hanya sekali. Walaupun ayah dah berjanji untuk hadir konvo tapi perancangan Allah itu rapi.

Kita tahu ini realiti, tapi sakitnya hanya Allah tahu. Ayah selalu cakap “ni anak bapak yang menghabiskan duit bapak’ semua yang mendengar mesti akan ketawa. Ayahlah tangan yang menjaga sejak bayi. Sehinggakan pergi kerja pun ayah akan bawa sekali. Sehingga suatu saat ayah perlu memilih, ayah akan lebihkan anak-anak ayah kerna ayah tahu siapa betul siapa salah.

Kadang-kadang perasaan sayang ini sakit. Sakit untuk menghadapi kehilangan. Kerana sayang ini lahir dari hati tanpa direka tanpa dipaksa.

Hampir setiap malam mimpi ayah. Hampir setiap saat ingat ayah. Doa untuk ayah takkan pernah padam. Persiapan ayah, tunjuk ajar ayah bekalan buat kami. Doakan anak-anakmu agar mampu bangun semula, kerana kami sedar selepas ini kami sendiri.

Berdikari.

Ahirnya dia pergi. Terima realiti. Semoga kita berempat kembali bertamu di syurga.

Terima kasih atas pinjaman ini selama 23 tahun.


Saat tulisan ini dilakarkan, takungan air mata ditahan daripada pecah dari empangannya. Tangan ini seakan-akan masih lagi mempersoalkan adakah ini reality atau hanya mimpi. Fikiran masih lagi memikirkan adakah ini sudah terjadi atau hanya skrip tv.

Monolog melontarkan jawapan, kita buka sesiapa untuk mempersoalkan. Terima dengan hati yang redha. Demi masa, semua akan tenang kembali. Saat yang sangat-sangat aku takut untuk hadapi akhirnya tiba.

Kadang-kadang aku rasa aku sudah bersedia, kadang-kadang tidak.

Pergilah ayah. Tenanglah di sana. Selepas hamper 11 tahun ayah menunggu saat berjumpa mama, akhirnya hajat ayah terlaksana. Ayah dikebumikan di sebelah pusara mama. Rezeki yang memang Allah tetapkan.  Ramai yang berkata, ayah dan mama bersanding di pusara.


Hari demi hari, hati ini semakin boleh menerima takdir. Semakin boleh menerima reality dan kebenaran. Ayah dan mama kedua-duanya telah pergi menghadap ilahi. Kadang-kadang rasa, usia aku terlalu muda untuk diletakkan dalam situasi ini. Mamanya pergi sewaktu kecil, ayahnya pergi selesai sahaja pengajian. Sebulan sahaja dalam alam pekerjaan. Sekali sahaja dapat belanja ayah makan.



***
Alhamdulillah. Sebulan Allah bagi masa untuk kami berdua ada dengan ayah. Hampir dua minggu penuh adik dengan ayah pagi petang siang malam dekat hospital. Memang Allah bagi peluang untuk ayah habiskan sisa hidup terakhir dengan anak-anak. Ayah hembuskan nafas terakhir dalam pelukan dan dakapan adik. Air mata tak henti-henti mengalir, seakan-akan drama tv, tapi semua realiti.

[4 Minggu Sebelum: 8/8-14/8]

Kami called ayah, berhari-hari ayah tak angkat. Kebiasaan memang ayah akan call semula dan sangat-sangat jarang ayah tak angkat. Hati semakin risau, akhirnya hari Selasa dapat jugak call ayah. Suara ayah tersangat sayu, lemah. Hati mana yang tak runtun dengar suara ayah macam tu. Keesokkan kami berdua balik, lepas asar kami sampai rumah. Tengok ayah di ruang tamu, terbaring badan panas sangat. Ayah tak ingat kami berdua. Sepanjang perjalanan ke hospital ayah senyum, seperti biasa ayat ayah, “GPS dah tak boleh guna”. Semua senyum, ketawa kecil. Sakit-sakit pun buat lawak lagi. Muka dan wajah itu kekal dalam ingatan.

Sampai ke hospital terus ke zon merah. Dr kata ayah mengalami jangkitan  kuman dan toksik yang banyak dalam darah kerana kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba. Dr cadangkan ayah perlu bernafas melalui tiub, ayah ditidurkan. Semua akur. Malam tu bermulalah, kami berdua tidur di hospital. Surau sebagai lokasi persinggahan. Rindu suasana hospital.

Jam 2 pagi, ayah dipindahkan ke CCU tingkat 6.  Jam 3.30 pagi Dr panggil masuk. Dr terangkan kondisi ayah. Nyawa hanya 50-50. Dr minta kebenaran untuk jalankan dialysis sebab Dr kata darah ayah terlalu bertoksik. Jika dibiarkan jantung ayah akan terhenti kerana darah yang bertoksik. Jika dialysis diadakan, risiko untuk jantung terhenti ada kerana ayah menghidap penyakit jantung. Selama 23 tahun hidup, saat itu merupakan keputusan tersukar pernah dibuat. Ingat lagi, angin pagi yang sejuk menjadi saksi, air mata kami berdua mengalir-ngalir laju kerana kami tahu saat itu merupakan saat sama ada ayah selamat atau tidak. Berjalan laju keluar CCU, air mata yang ditahan akhirnya tumpah dalam keheningan pagi, suara hati yang disimpan-simpan akhirnya keluar. Aku bermonolog, ‘Allah, tolong sedarkan aku semua ini hanya mimpi’.

Keesokkan hari, Dr bertugas memaklumkan dialysis Berjaya. Sinar harapan semakin ada. Tapi ayah tak bangun lagi. Hari-hari kami ada untuk ayah. Pagi 6.30, tengahri 12.30-2.00, petang 4.30-7.00 kami ada temankan ayah. Kami tidur di hospital, berjaga-jaga sekiranya apa-apa terjadi. Tapi ayah tak bangun. Hari kelima adik balik ke Rawang dahulu. Sebelum balik, doa takhenti-henti supaya ayah bangun dan sedar kerna risau saat itu adalah saat terakhir adik boleh tengok ayah. Adik salam tangan ayah adik cakap nanti adik datang lagi tengok ayah sementara ni abang akan tengokkan ayah.

[3 minggu sebelum: 15/8-21/8]

Hari Selasa, abang wassap dan beritahu ayah dah sedar. Hati riang syukur sebab akhirnya ayah dan stabil dan semakin sedar. Ayah bangun abang disisi, dan ayah tanya abang, adik kat mana. Hari tu jugak adik cuba minta balik awal setengah hari tapi tak boleh sebab-sebab tertentu. Hari Jumaat adik minta half-day dan terus ke Seremban untuk lawat ayah. Kebetulan hari Jumaat keputusan peperiksaan akhir keluar. Alhamdulillah rezki untuk dapat dekan di akhir semester. Sepanjang perjalanan balik, tak sabar nak cheer up hari ayah dengan keputusan hari tu.

Masuk-masuk dalam wad adik Nampak ayah dah sedar, adik datang kat ayah. Ayah senyum. Tapi empangan mata tak boleh tahan. Adik peluk ayah dan cakap, dah seminggu adik tunggu ayah bangun tapi ayah tak bangun-bangun.Ayah pegang kepala adik dan ayah cakap, takde apa. Terus keputusan periksa adik tunjuk kat ayah. Sekali lagi ayah senyum dan muka ayah gembir sangat. Hati waktu ni rasa sangat tenang. Hati sangat yakin ayah akan ok semula seperti biasa.

Esoknya lepas subuh kami masuk tengok tiub pernafasan dah takda. Rupa-rupanya ayah yang cabut keluar daripada mulut sendiri. Adoii rasa macam kenapalah ayah degil sangat, lawak pun ada tapi alhamdulillah ayah survived tanpa tiub. Tiub takda, ayah pun dah boleh bercakap. Maka bermulalah sesi ayah bercakap tanpa henti. Air pun ayah dah boleh minum dalam kuantiti yang sikit. Ramai yang lawat ayah semua ayah buat lawak. Senyum.

Dari HDW tingkat 6 ayah dipindahkan ke wad CCU tingkat 4. Macam biasa, sebelum balik ada banyak borak dengan ayah. Ayah kata hati-hati balik naik motor. Adik salam tangan ayah dan bisikkan ke telinga ayah yang adik minta ampun dan maaf kat ayah selama adik hidup kat dunia ni. Air mata adik bergenang lagi sekali sebak tengok wajah ayah. Ayah balas dengan angguk dan dan senyum je. Adik keluar terus balik ke Rawang. Kali ni abang pun balik ke kL, atas faktor cuti semakin habis dan standby untuk cuti semula sekiranya ayah masuk ke wad biasa.

[2 minggu sebelum: 22/8-28/8]

Abang dari kL berulang alik setiap hari selepas waktu kerja untuk lawat ayah. Saat ni hari isnin ayah ada sedikit meracau, kemungkinan disebabkan ubat ataupun faktor sekeliling yang banyak mempengaruhi. Ayah seakan-akan sedar dan tak. Hari Rabu ayah dipindahkan ke wad biasa 7A, abang yang fully tengokkan ayah. Abang bagitahu, ayah meracau semakin teruk. Kadang-kadang ayah menjerit dan tak senang duduk. Kemungkinan ayah sakit disebabkan ubat ataupun sesuatau yang susah untuk diterangkan. Disebabkan di wad biasa, pesakit harus diuruskan oleh anggota keluarga sendiri dan dijaga sepenuhnya, adik ambil keputusa untuk berhenti kerja. Tak mahu menyusahkan pihak syarikat untuk ambil cuti yang panjang. Adik balik ke Seremban dan terus ke hospital.

Jam 10.00 malam adik sampai ke hospital. Terus ke katil ayah, adik Nampak ayah sakit sangat. Ayah meracau dengan sangat teruk. Ayah hampir tak kenal adik.  Malam tu adik terus jaga ayah beri laluan pada abang untuk berehat dulu. Satu malam tu memang ayah tak tidur, adik pun tak tidur. Ayah banyak sangat bercakap, kadang-kadang ilusi ayah memang kami tak boleh nampak. Ayah mintak barang yang memang tiada kat sisi, dan memang kami tak nampak. Ada saat memang kadang-kadang adik termarah ayah, untuk sedarkan ayah pada realiti. Tangan dan kaki ayah nurse ikat untuk mengelakkan sebarang tiub ayah cabut. Beberapa hari memang adik tak dapat tidur sebab ayah memang tak tidur malam. Kadang-kadang layan ayah cakap malam-malam. Kadang-kadang tepuk ayah untuk kembalikan ayah pada realiti. Kesian sangat tengok ayah tak dapat tidur. 

[1 minggu sebelum: 29/8- 4/9]

Hari Isnin pagi ayah lepas sarapan, ayah tanya adik “ penat ke jaga ayah?” adik balas, takdalah. Tak penat pun. Ayah minta supaya adik sayang ayah kat pipi. Dua kali ayah mintak “ Sayang ayah”. Adik balas ya. Adik sentiasa sayang ayah. Ayah minta maaf kat adik sedangkan ayah takda salah. Hakikat sebenarnya waktu ni ayah tak berapa sedar dan ingat. Fikiran ayah masih tak pulih sepenuhnya. Kemungkinan sebab lama ditidurkan dan faktor ubat yang disuntik.

Seperti biasa, kadang-kadang ayah akan sedar dan ok kadang-kadang ayah akan meracau dan ayah takkan tidur baik siang ataupun malam. Banyak kali jugak adik bertelagah dengan ayah. Ayah tak boleh turun katil dan makan makanan dilarang Dr. Pertama kali sambut malam merdeka di hospital. Waktu jaga ayah memang setiap kali ayah buang najis adik akan tukar pampers ayah. Tak sampai hati tengok pampers ayah kotor. Ayah nak minum adik sentiasa bagi.

Hari merdeka 31 Ogos, Acu bawakan air Yassin. Lepas asar ayah minum air Yassin, kepala dan badan ayah kami lapkan dengan air Yassin. Ayah akhirnya terlena sekejap walaupun 20 minit. Keadaan ayah semakin tenang. Malam-malam ayah tak meracau. Alhamdulillah berkat air Yassin dan kalimah Allah. Urusan menjaga ayah semakin senang dek kerana ayah semakin tenang dan kurangnya meracau. Ustaz daripada darul syifa dan kenalan-kenalan ayah ramai hadir untuk membantu ayah. Ayah semakin baik walaupun fikiran ayah belum sepenuhnya pulih. 

2 Sept, hari Jumaat pagi seperti biasa hanya selepas subuh adik boleh lelapkan mata kerana siangnya ayah akan berehat dan Dr akan round ward untuk pemeriksaan pesakit. Jam 7.00 pagi mata terlelap, lebih kurang jam 7.45 tersedar sekejap dan perasan handphone dah tiada dalam poket. Hilang dicuri. Waktu ni sangat tenang kerana ada pengalaman handphone dicuri sebelum ni. Terus adik naik ke wad, mandi dan bersiap. Saja mengadu pada ayah memang ayah sahaja adik ada tempat untuk mengadu. “ handphone kena curi tadi” ayah balas “ takda rezeki la tu”. Sekali lagi terus tangan dihulur dan adik cakap ‘adik minta maaf dengan ayah’ dalam hati dapat rasa kemungkinan handphone hilang sebab marah ayah banyak sangat. Kemungkinan balasan dari Allah. Ayah jawab “ Takda apa, lain kali kalau ayah kata jangan, jangan buat” Hurmm ayah macam sedar, macam tak. Sekali lagi jadi pelik, ayah atau bukan ayah?

Selesai solat jumaat haritu, terus jumpa ayah. Keadaan ayah agak tenang dan banyak bercakap. Lepas asar buat kali pertamanya ayah tidur dengan sangat lama, hampir ke waktu maghrib kalau tak silap. Maktam dan ayong hadir pun sampai ayah tak perasan dek terlelap setelah hampir berminggu ayah tak tidur langsung. Alhamdulillah hati senang tengok ayah tidur. Rasa lega. Kami berdua turun makan, lepas maghrib menghampiri isyak, kami naik ke wad dan kami lihat ayah dah dalam keadaan duduk atas katil pesakit. Ayah mula bertanya “ ke mana tadi?” kami hanya jawab “turun sekejap”. Adik mula tanya, “ayah dah sedar ke ni? Ayah ingat dah ke?” Ayah jawab “ayah dah lama sedar dan dah lama ingat”. Sedangkan kami tahu ayah sebenarnya baru sedar. Saja nak menguji tahap kesedaran ayah, adik pegang katil sebelah dan cuba tanya ayah “ apa ni yang adik tengah pegang ni yah?”. Ayah jawab “ plastic lah. Takkanlah ayah tak tahu.” Ternyata betul! Sebelum ni katil-katil sebelah ayah hanya nampak sebagai kereta. Keadaan sekeliling ayah hanya rasa seperti di kebun. Bila ayah jawab plastik memang sah ayah dah sedar sebab kebetulan memang tilam tu masih berplastik. Aduh, rasa syukur sangat. Rasa ayah memang dah kembali! Malam tu adik bancuhkan susu ayah, bagi ayah minum dan abang temankan ayah malam tu sebab adik dah penat tak tidur seharian.

Esoknya sabtu memang adik ke kL untuk uruskan urusan handphone dicuri, block nombor yang hilang dan buat simkad baru di centre mobile. Balik ke hospital waktu Asar, ramai sangat yang ziarah ayah. Ayah seperti biasa banyak borak walaupun pagi tu ayah ada krisis dengan abang sebab kedegilan ayah nak turun ke tandas dan mandi. Sesampai je adik kat hospital ayah sekali lagi mintak nak ke tandas sebab nak mandi dan buang air. Kali ni adik ikutkan cakap ayah, dengan kerusi roda ayah perlahan-lahan turun katil, cuba berdiri selepas sebulan terlantar atas katil. Adik bawa ayah ke bilik air dan mandikan ayah. Itulah kali pertama adik mandikan ayah. Terdetik dalam hati waktu tu, ‘andai ini mandian terakhir, Allah berilah peluang untuk aku berbakti’ waktu tengah mandi tu lagi banyak ayah bercerita. Ayah cakap “Ayah ni dah macam tentera Jepun dah sebulan tak mandi, ada ke patut diorang lap lap je badan ayah ni atas katil”. Adik tergelak je dengar ayah cakap macam tu. Adoi la hai lawak la dengar macam tu. Ada sekali dua ayah mengomel pasal abang dan leha.

Malam tu sekali lagi ayah mintak nak mandi. Abang dah ke rumah acu sebab kepenatan. Adik bawa ayah ke bilik air mandikan ayah sekali lagi. Ni kali kedua adik bantu mandikan ayah. Rasa sayu pulak tiba-tiba dalam bilik air tu. Selesai sahaja mandi, adik bancuhkan susu ayah bagi ayah minum susu. Puas pujuk ayah pakai pampers sebelum tidur supaya senang malam tak payah pegi tandas, akhirnya ayah akur. Sebelum tidur memang banyak benda adik cakap dengan ayah. Hafal jawapan kalau Dr tanya, siapa datang lawat ayah, apa ayah mimpi waktu tak sedarkan diri seminggu. Macam-macam. Malam tu memang ayah senyap dan adik pun dapat tidur. Tepat jam 4.00 pagi, sekali lagi ayah bangun mintak nak ke tandas. Adik bawakan ayah ke tandas. Lepastu sambung tidur semula. Lepas subuh ayah kata ayah nak balik rumah. Maka bermulalah sekali lagi sesi bertelagah adik dan ayah. Memang adik diam bila adik dah puas nasihat ayah tak nak dengar. Jam 8.00 pagi lepas adik mandi ayah tanya “ kenapa adik?masam je muka dari tadi”. Adik balas “ Ayah duduk la hospital sekejap je lagi, Dr nak habiskan antibiotic ayah, Dr takda nak cucuk-cucuk ayah lagi dah sebab tinggal nak habiskan antibiotic je. Nanti dah habis kita balik ok?” Akhirnya sekali lagi ayah akur dan dengar cakap, terus muka ada senyum semula.

Hari Ahad pagi, tiub makanan ayah dan dibuka. Maksudnya ayah dah boleh makan. Makan pagi air minum kopi dengan bubur. Tapi ayah tak makan bubur sebab tak sedap, akhirnya adik jugak jadi tukang penghabis makanan ayah. Dalam 10 pagi adik ke rumah paktam untuk amik makanan ayah ikan tongkol kari. Adik bawa ke ayah untuk makan tengahari tapi ayah tak makan jugak sebab pedas dan ayah tak ada selera makan. Ayah nak air the panas pun adik belikan tengahari tu jugak. Akhirnya ikan tongkol tu adik yang habiskan. Hari ni ayah dah boleh brjalan sendiri ke tandas. Kaki ayah dah kuat. Semua nurse dengan pesakit-pesakit sebelah pelik teruja tengok ayah boleh berjalan seperti biasa. Petang lepas abang ddan acu sampai ayah mintak nak ke kafe nak makan roti canai. Kami bawa ayah pergi ke kafe ayah tak makan sangat pun dan yang paling advanced ayah merokok sebatang tapi tak habis pun. Kemungkinan tekak ayah masih pahit lagi. Petang adik balik mantin sekejap dan terus patah balik hospital bawa motor naik jumpa ayah. Malam tu sekali lagi ayah tido lena. Kadang-kadang ayah berpantun, kadang-kadang menyanyi. Semua orang yang ziarah ayah semua akan tergelak tengok gelagat ayah.

[2 hari sebelum: Isnin]

Pagi Isnin ni sekali lagi ayah tanya bila boleh balik? Adik jawab inshaAllah hari rabu ayah dah boleh balik sebab antibiotic dah habis. Masa ni katil sebelah ada seorang makcik jaga husband dia. Makcik ni peramah, baik hati senang berborak dengan ayah. Ayah ada borak-borak dengan adik ayah tanya, berapa lama adik cuti, dan sampai satu saat tu ayah cakap “ Makcik sebelah ni nak kenengkan adik dengan anak dia”. Adoi la hai, terus cakap “ayah jangan mengarut lah”. Lepas ayah tidur, makcik sebelah bercerita, “ tadi makcik tanya ayah, Fitree dah ada makwe ke? Ayah Fitree jawab Fitree tengah dalam proses nak ada makwe. Makcik anak beranak semua ketawa dengar jawapan ayah Fitree”. Patutlah ayah cakap makcik sebelah nak kenenkan adik dengan anak dia, dah berborak dahulu rupanya.

Waktu ward round oleh Dr pakar, ayah minta turun katil sebab nak ke mesin ATM, terkejut Dr dengan nurse yang ada tengok ayah dah boleh jalan mintak nak turun wad. Dr tak benarkan atas faktor keselamatan. Lepas Dr pakar datang cek, Dr benarkan ayah keluar wad hari Isnin tu jugak jam 6.00 petang. Gembira kemain ayah sebab memang hajat dah lama nak balik. Disebabkan ayah dah sihat adik amek peluang nak berehat. Daripada jam 11.00 pagi sampai jam 6.00 petang hapir berpuluh-puluh kali ayah tanya adik dah pukul 6.00 ke belum. Memang kena tahan sabar tahan kerenah ayah. Ayah memang tak sabar-sabar sangat nak balik seolah-olah ayah nak kejar sesuatu kat rumah. Sebelum balik ayah begitahu kat makcik katil sebelah “ Balik ni saya nak balas dendam tidur puas-puas lepas sebulan tak tidur”.

Petang waktu maghrib, kita sampai rumah dengan acu. Sampai masuk je ke dalam rumah ayah terus demam panas. Ayah mula tka ingat siapa kat sekeliling ayah. Kami semua dah mula risau tak tahu nak buat apa. Ayah terlalu lemah dan mula merapu meracau sikit. Adik keluar rumah belikan ayah sup sayur sebab ayah nak makan terlalu lapar. Adik berdoa supaya ayah cepat-cepar sihat semula. Lepas isya ayah semakin sedar. Demam mulai hilang. Alhamdulillah. Adik suapkan ayah makan dengan teo ais ayah order malam tu. Ayah tak makan banyak. Kat rumah adik sangat-sangat peka dengan ayah. Pimpin ayah setiap kali nak ke tandas dan masuk semula bilik. Malam tu ayah tidur lena.

[1 hari sebelum]

Selasa subuh ayah kejutkan adik dari tidur, usai solat subuh ayah ajak makan nasi lemak kat gerai kegemaran ayah. Pagi tu kita borak-borak lagi, ayah cakap pasal rumah ni. Ayah cakap ayah minat nak beli rumah kat area rumah abang. Ayah sebut lagi pasal makcik kat hospital tu nak kenenkan anak dia dengan adik. Adik cuma cakap “lambat lagi nak kahwin lah” haha. Tanpa diduga tiba-tiba seseorang balik. Adik mohon maaf sangat sebab tak dapat tahan emosi bila orang tu balik. Difitnah kami depan ayah. Ayah dan dia berbaik walaupun adik pelik sangat-sangat, tapi dek kerana terasa memang adik banyak diam haritu daripada berkata-kata. Ayah keluar dengan dia sarapan pagi. Tinggal adik kat rumah. Adik ambik keputusan terus ke rumah paktam, sekaligus nak amek insulin ayah yang tertinggal. Bagi adik dia memang jadi penghalang kepada kita.

Petang adik sampai rumah, sekali lagi ayah takda. Macam biasa lebih suka habiskan masa dalam bilik berbanding tengok muka dia. Nak muntah meluat. Tapi ayah pilih dia. Jauh di sudut hati memang adik terasa. Hari ni ayah mintak adik ajarkan ayah cara guna handphone baru. Adik tahu ayah memang nak ambil hati adik. Puasla ajar ayah guna touchscreen android, lepas selesai ajar ayah senyum sampai telinga ayah cium handphone gelak kecil. 

Lepastu ayah ada cakap berkenaan daging landak atau rusa yang ayah nak tempah untuk kenduri raya haji nanti. 6 kg ayah tempah daging landak. Malam tu dalam bilik sambal tengah tengok movie, ayah masuk. Sekali lagi ayah tanya kenapa handphone berbunyi, adik ajar ayah sekali lagi. Ayah cium handphone senyum gelak angguk-angguk. Senang hati adik tengok. Jujurnya, mulut adik memang nak cakap sesuatu dengan ayah, banyak benda nak tanya tapi sebutir perkataan pun tak keluar daripada mulut. Hati adik terasa nak selfie dengan ayah tapi tak terbuat. Memang Allah tak izinkan malam tu. Seolah-olah rasa berat sangat.

Ayah pesan jugak “ adik nanti pergi sambung kerja, ayah dah sihat, ayah dah kuat. Adik kena kerja nanti apa pulak orang cakap”.  Ayah ada kata esoknya rabu ayah nak ke kL nak jumpa abang untuk ambil IC, tapi adik kata takpa, biar adik yang ke kL dan ambik IC ayah. Kebetulan abang terbawa balik kad pengenalan ayah masa kat hospital lagi.

[Rabu: 7/9]

Pagi subuh macam biasa ayah kejutkan, ayah tanya bila nak ke kL. Adik jawab petang sebab abang boleh keluar lepas jam 5.00 petang. Ayah ok kan je ayah cakap ayah nak ke bank perlukan kad pengenalan. Ayat ayah “ cepat, orang dah nak raya ni, ayah nak bayar duit daging landak” sedangkan tahun-tahun sebelumnya ayah tak pernah nak daging landak. Sarapan pagi macam biasa, ayah keluar. 

Sebelum ayah keluar adik sempat tanya ayah, tangan ayah dah makin kuat tak? 

Ayah jawab “dah nak kuat dah, kurang makan memang lemah la dia”.

Disebabkan dia ada kat depan ruang tamu masa adik nak keluar memang perasaan meluat semakin bertambah-tambah. Adik keluar dengan perasaan tak senang. Ayah tanya nak kemana adik hanya jawab “KL”.  Adik terus keluar rumah dan adik dengar ayah cakap daripada dalam ruang tamu “ Hati-hati” dan adik menjawab “ha” dalam suara yang rendah. Maka, terus berlalu lah adik ke Kuala Lumpur. Jumpa abang dan kami sempat makan di Nu Sentral sambal berbual-bual perihal yang telah terjadi baru-baru ni. Tepat jam 6.30 pm adik terus naik tren dan menuju ke batang benar.

Sampai di batang benar jam 7.30, nak solat Maghrib di stesen ktm ataupun di masjid batang benar, tengah berkira-kira lagi, seperti ada rasa yang tak kena. Rasa macam nak cepat sampai rumah. Tiba di depan masjid batang benar, motor terus meneruskan perjalanan. “Solat kat masjid Mantin je la, senang terus balik”. Selesai solat di Masjid mantin adik terus balik dan sampai ke rumah. Adik bukak pintu pagar cermin. Adik nampak ayah sedang baring. Baring ayah terdiam dan mata ayah memandang tepat ke atas sebelah kanan. Adik terus ke ayah, “ ayah adik dah sampai dah ni”. Ayah diam. Hati terus rasa tak senang, adik kejut kan ayah banyak kali, banyak-banyak kali. Seakan-akan rasa, ayah meracau semula ke?

Letak kad pengenalan ayah atas meja, adik ke katil ayah. Mata ayah bertukar ke atas sebelah kiri. Adik pegang bahu ayah, goncang badan ayah “ ayah bangun,bangun!” Ayah Cuma jawab “Ha”. Adik pegang tangan ayah sejuk. Hati melintas “aku akan kehilangan dia” adik terus ajar ayah mengucap. Tak sampai beberapa saat, ayah Tarik nafas panjang dan terakhir. Adik cuba tekan dada ayah. Ayah kembali bernafas, cuba lagi, dan terus cuba, dengan 3 kali nafas ayah terus pergi. Kaki seolah-olah rasa tak berpijak. Lemah. Ayah pergi dalam dakapan adik. Dalam pelukan adik. Adik bisikkan ke telinga ayah “Adik saying ayah sampai syurga, adik minta maaf salah silap, adik cari ayah kat syurga nanti. Adik janji”. Sama ada ayah dengar atau tidak. Tiada siapa tahu, tapi adik nampak ayah keluarkan air mata. Acu datang, jiran datang, saat tu air mata tak boleh menahan.Ayah pergi selepas sebulan allah pinjamkan. Perkataan “hati-hati” ayah perkataan terakhir keluar daripada mulut ayah. Tengahari tu, salam terakhir adik salam dan cium tangan ayah. Ayah kaku. Pergi.

***
Keesokkan hari semuanya selesai. Tapi hati ini masih tak selesai. Seakan-akan masih mempersoalkan kebenaran dan ilusi. Siapa aku untuk mempersoalkan takdir tuhan. Aku terima hakikat doa manusia tepenting di muka bumi ini lesap hilang. Aku dan abang terus bergantung kepada tuhan. Terima kasih Allah atas pinjaman sementara ini. Terima kasih Allah engkau berikan aku peluang untuk menemani dan menjaga ayah aku sehingga ke nafasnya yang terakhir walaupun seketika. Terima kasih Allah atas nikmat mandikan, suapkan, jagakan ayah yang engkau berikan. Kedua-dua orang tuaku sempat aku jaga sebelum kedua-dua mereka pergi di depan mata aku.  Kini kedua-duanya tiada.

Adik tahu ayah sayangkan adik sehingga suatu saat ayah perlu memilih. Sehinggakan di saat akhir hidup ayah adik nampak mata ayah rasa bersalah. Terima kasih ayah kerana menunggu adik pulang daripada kL untuk terus tinggalkan adik selama-lamanya. Tiada siapa tahu berapa lama ayah bertahan di atas katil menanti adik pulang. Terima kasih ayah pergi dalam dakapan adik. Selamanya ayah dalam ingatan. Tawa ayah, marah ayah, bebel ayah, masakan ayah. Semuanya kekal selamanya. Demi Allah hanya DIA yang tahu betapa tingginya kasih sayangku.

"Aku melakar kenangan dalam tulisan agar sentiasa kekal dalam ingatan. Sehingga akhir hayat"

Abd Ghani Bin Abd Manan
1959-2016
Al fatihah.


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, suasana baru dan status menulis adalah status yang baru bersama kediaman baru dan berbeza dengan posting-posting sebelumnya.

Hari ini hampir 4 minggu bergelar graduan sekaligus bergelar pekerja di sebuah syarikat besar sebagai management trainee, health and safety (HSE). Selesai sahaja beberapa bulan akan datang, inshaAllah akan terus dinaikkan sebagai HSE.

Memang ini yang dinantikan. Memang ini yang dimahukan. Kehidupan berdikari untuk sara diri.

Semuanya mudah.

Terima kasih Allah.

Di Prestar Group of Company, aku merupakan pekerja paling muda dalam Human Resources Department. Haha. Untungnya bergelar HSE dalam department ni sebab dapat belajar dua perkara dalam satu masa: HSE dan juga ADMINISTRATION. Dalam department HR, tugas admin adalah satu kemestian.

Rasa takpa kot nak cerita berkaitan dunia kerja dalam ni.

Mula-mula masuk memang rasa susah. Tapi mudahnya, sebab ada pembimbing yang memang benar-benar membimbing. Kebajikan diri jangan cerita. Sangat dijaga. Baik tempat tinggal sampai persiapan kerja.

Setelah hamper 4 minggu, suasana 8 pagi 5 petang mula menjadi kebiasaan.

Tipu, kalau diluahkan tidak rindu usrah, gerak kerja, mesyuarat sampai pagi dan sebagainya.

Sekarang di medan yang berbeza dan ruang kerja yang berlainan. Harus dan wajib kita laksanakan.
Dah tiba masa untuk balas jasa keluarga. Berdikari dan bina hidup sendiri.

(Rasa macam dah besar sangat, padahal baru setahun jagung ><”)

Perkara yang berbeza sekarang pun sebab dah semakin kerap fikir macam mana nak manage financial dan bina kehidupan selesa. Makan terfriend  la dengan mereka-mereka yang kepala financial planner dan business.

Untuk yang masih tak mengetahui boleh google dan study sikit-sikit berkaitan ASB Financing atau singkatannya asbf. Next posting akan dikupas lebih lanjut berkaitan asbf.

Berbalik kepada karier.

Untung, apabila kita bekerja bidang apa yang kita ceburi di university selama 4 tahun. Seolah-olah terasa, di sini dan situ perlunya ilmu itu dipraktikkan. Teori yang dibelajr benar-benar dimuntahkan. Situasi real. Pekerja cedera, siku koyak Nampak daging. What should be done? Dalam akta ada. 

Masa ni lah nak praktik dan guna pakai.

Tiba masa kena develop OSHMS Company. Dulu belajar satu semester, sekarang ambil masa hampir 1 bulan untuk bangunkan OSHMS company sendiri. Rasa kepuasan bila semua selesai dan Berjaya disiapkan.

Untuk sahabat-sahabat yang masih mencari peluang. Usaha dan doa berterusan. Kadang-kadang kena semak semula, kenapa permohonan gagal. Mesti ada sebab. Boleh jadi resume out. Email permohonan sampah. Nama email pun kartunis lagi. Semua tu kena belajar.

Macam mana nak belajar?


Paling koman pun google. Banyak blog ajar teknik mohon kerja dengan gaya professional. Rasa nak buat posting resume dan teknik mohon kerja atas sebab ramai dah bertanya. Cuma belum berkesempatan.
Alhamdulillah.

Bakal menamatkan zaman mahasiswa dan beralih ke dunia pekerjaan. Waduhh-waduh. 

Alhamdulillah.

9 Mei : Dapat panggilan Interview
11 Mei: Sesi Interview
18 Mei: Keputusan Interview

MashaAllah, masa dapat panggilan keputusan temuduga jam 10.00 am,

“Mohamad Fitree, we would like to offer you the position as….”

Alhamdulillah. Rasa nak lompat dari tingkat 4 woi. Sebabnya, langsung tiada high expectation akan dapat jawatan tersebut dengan status fresh grad tanpa pengalaman. Tambah lagi, seramai 10 calon berentap merebut 1 kekosongan.

Maha suci Allah.

Yakinlah, pertolongan Allah akan hadir bila tiba masanya. Buat masa sekarang, bantu agama Allah dalam semua sudut yang kita mampu, kerana kelak Allah akan bantu kita. Kita tak tahu bila.

Kenapa gembira sangat?

All praise is to Allah.

1. Company tu, sudah established dan mempunyai masa depan cerah untuk belajar banyak sebagai safety health practitioner.
2. Penemuduga yang memang baik gila-gila. Ms.Then and Mr.Anas
3. Offer gaji permulaan yang sangat-sangat baik. Unexpected.

“How do you see yourself in this field in future?”

“I wish within 3-5 years onwards, I could have my first green book as a competent safety officer with great knowledge and highly skills”

Green book adalah lessen besar seorang safety. Kebanyakkan pengamal safety akan mengidamkan ‘green book’ setelah beberapa tahun bekerja. Kebiasaannya, mereka yang akan ada green book ini susah nak cari pendapatan yang kurang daripada 5-6K.

Tiba-tiba.

‘Macam mana dengan impian nak sambung PhD dulu?”

Masih tersemat dalam hati. Cuma keinginan untuk  bekerja dulu sangat tinggi. Kita merancang, Allah jua merancang dan perancanganNya yang paling sempurna.

Bilik ditemuduga. Hampir 1 jam setengah oi.

“Bagaimana Fitree dapat offer dua kerja sebelum grad?”

Meh sini nak kongsi tips. Tak rugi pun daaa.Erti hidup untuk memberi. Lagi banyak kita beri, lagi banyak Allah bagi. Beri je apa yang ada. Ilmu pun dikira harta.

Banyakkan Membaca

Mengikut statistic ramainya pengangguran berlaku pada mahasiswa lepas grad. Risau tak? Macam mana tahu? Kena membacalah jawabnya. Dari membaca kita tahu tahap employment sekarang macam mana. Melalui membaca jugak kita dapat bangkitkan motivasi, nak jadi apa dan bagaimana lepas grad. Baca pengalaman orang lain melalui linked in dan blog-blog sedia ada.Masih mimpi indah? Leka dengan dunia sendiri? Dah grad takda kerja, jawab sendiri.

Resume

Dah masuk final year ni kena sediakan template resume yang kita akan guna untuk hantar permohonan ke syarikat yang dimohon. Resume perlu sentiasa update. Ikut pengalaman sendiri hampir berbulan-bulan jugak buat resume. Resume yang dihantar ni ibarat eksperimen. Kalau hantar, company tak review (jobstreet), tak respon kemungkinan ada masalah pada resume kita. Rujuk mereka yang pakar. Tips resume yang baik adalah separuh daripada muka pertama resume sudah boleh menunjukkan kita calon yang baik dan bersesuaian.

Access Akaun dan Ilmu

Ni namanya menggunakan teknologi terkini dengan berguna. Kita ada banyak saluran untuk di akses utk memohon kerja. Contohnya, jobstreet, linked in dan juga starjob. Semua maklumat dihujung jari. Tinggal tekan ja. Tambah lagi, kalau ada peluang dan ruang pergilah talk berkaitan resume dan teknik permohonan kerja, kaedah menghadiri temuduga. Tak rugi pun sebab kita dah sampai tahap kena berdikari sendiri cari kerja sara diri dan keluarga. Kenapa perlu berkira? Ye tak? Nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Buat-buat Tak Dengar

Ni dah kenapa? Haa tunggu masuk final year nanti. Akan ada suara-suara sumbang yang akan mematahkan semangat kita untuk buru kerja awal. Terutamanya orang-orang terdekat kita jugak, kelas dan sebagainya. Tips? Pekakkan telingan jangan mudah terpedaya. Yang akan menyara diri sendiri dan keluarga bukan orang lain tapi kita sendiri. Susah senang pun sendiri jugak. So kenapa perlu kisah apa orang cakap? Hasilnya kita sendiri yang akan Berjaya tatkala orang lain masih lagi mengata. Chill. You know at what level you are now.

Connect with Allah

Doa tuan-tuan. Connect with Allah through doa. Kadang-kadang bila kita infaq dan sedekah sesuatu, doa dan niatlah semoga urusan kita dipermudah. Sehebat tara mana pun usaha kita, Allah yang akan perkenankan. Doa.

So lastly, plan is worth with actions. 

Mulakan membaca, diteruskan dengan persediaan dan mula memohon. Gagal tiada respon, ulang semula step pertama. Baca dan kenalpasti masalah, tambah baik resume dan ulang semula permohonan. Kerja ini ibadah. Belajar ibadah. Tambah lagi bawa imej islam. Menganggur bukan suatu kebanggaan. Work for it.  Sara diri, keluarga, anak isteri, ummah adalah ibadah brothers and sisters. You have to look beyond instead of tengok kerja untuk dapatkan gaji semata.

Dan jangan bangga riak bila dapat kerja, hati kena jaga. Kawan-kawan mintak tolong jangan kedekut sharing. 

Done!




Tanggal 3 Jun 2016, menyaksikan penutupan secara tak rasmi bagi melengkapkan projek tahun akhir.

Alhamdulillah,

Selesai selepas beberapa bulan berhempas pulas dan berpenat lelah, walaupun viva semalam lulus dengan minor correction.

Bagaimana viva?

Ramai tanya.

Rasanya, hanya diri hamba sajalah kot keluar dari bilik viva. Senyap. Tak pandang sesiapa, ambil beg, jalan laju terus ke satu sudut.

Tenangkan fikiran.

Dalam masa sama, Supervisor keep on calling, whatsapp. "where are you?"

Lantas aku balas, " I felt humiliated"

Ya rasa down  oleh seseorang yang bertindak selaku internal examiner. Kata-katanya.

Tajam. Pedih. .

Setiap seorang presenter akan mempunyai dua orang examiner, external dan internal. Alhamdulillah, external examiner semalam adalah seorang pengamal safety and health. Dato Johari.

Seusai saja present komen dato Jo amat positif dan memberangsangkan.

" This is very interesting topic with interesting findings. Patut dibentangkan pada chemical practitioner supaya mereka tahu the current situation sekarang"

Tiba saja turn internal examiner.........

Katanya orang diluar bilik viva pun dapat dengar lantunan suara beliau yang agak padu. She did not comment on my findings, but on my thesis writing instead.

Selama 20 minit tu, senyap, Angguk, mengiyakan apa yang dikata untuk tidak memanjangkan situasi.

Sedangkan masa tu rasa mata dah agak panas, haha. Hati rasa dah mencengkam. Tangan tergenggam erat. Bayangkan berlaku di hadapan external examiner dan pensyarah lain serta pelajar master.

Pensyarah lain faham. Sampai diluar bilik, ucapan tahniah dan sedikit nasihat untuk mempositifkan apa yang dilontarkan oleh internal tadi.

Dalam hati, "Ni kira exam Dr, bukan presentation biasa".

Ucap terima kasih.Diam. Berlalu pergi.

Nasib yang agak baik, memang Allah kurniakan supervisor yang paling sempoi dan berjiwa pendidik.
Kata-kata dia ja dah mampu nak memotivasikan balik diri yang down.

Mungkin ini salah satu 'subjek' di luar silibus. Always expect unexpected.


Yang penting dah selesai semuanya. Ambil masa kira-kira sehari untuk kembali bermotivasi dan memberi rung pada diri untuk bertenang mengubati sedikit kekecewaan. Sehinggakan semua program dari petang hingga malam selepas viva tidak dihadiri.

Perlu ruang sendiri.



Tengah-tengah teman anak usrah tengok pertandingan Daei UPM. Di sebelah ada juga kawan sekolej.

" Kalau XYZ ada mesti lagi gempak dia bagi tazkirah ni"

"Haha. Tak kisahla dia ada ke, dia takde ke, yang penting setiap apa yang keluar daripada mulut kita ni, sampai satu tahap Allah akan uji kita semula.Percaya?"

***

Tahap ujian mereka yang berkata lagi besar daripada yang mendengar. Mata, hidung, telinga, tangan dan kaki menjadi saksi di atas apa yang diperkatakan.

Berbicara tentang:

- Kelebihan solat berjemaah, solat awal waktu, solat sunat

Akan tiba masa Allah uji beratnya nak tunaikan solat, susahnya nak solat sunat, lambatnya bacaan imam.Allah uji kita.

- Kepentingan menjaga ikhtilat dan pergaulan

Akan tiba masa, dahulunya syadid nak mampus boleh bertukar neutral, teruji atas dasar sekeliling yang lain daripada keadaan sebelumnya. Universiti? Campur. Esaimen? Campur.Kokurikulum, campur brather and sista. Allah is testing us.

- Couple itu haram, pandangan mata itu pemula zina,
Tiba saatnya, Allah campakkan rasa kasih dan sayang. Perasan itu fitrah.Tanpa kawalan itu pemusnah. Dahulu lantang berbicara dan menerakakan pasangan bercouple. Tiba saat Allah uji. Apa nak buat?

- Dia tak 'komit' usrah, gerak kerja pun malas. Lambat
Pada suatu tahap, badan jadi lemah, perasaan gundah gulana, malas bertimpa-timpa.Allah sedang menguji.


Saat diuji mungkin cepat, mungkin lambat. Boleh jadi sebulan, setahun mungkin bertahun-tahun.

"Hang nak suruh orang jangan cakap berkaitan agamalah?"

Tett.

Bukan itu isi utama yang ingin disampaikan. Oleh kerana kita tahu kita sedang diuji dan kita bakal diuji, maka wajarkah kita melemparkan pandangan dan tazkirah secara melebih-lebih?

Jawapannya.

Bersederhanalah dalam mengungkapkan perihal agama dan dakwah. Jangan terlalu menghina jangan terlalu longgar.

Halal dan haram dalam Islam itu jelas.

*Masih ingat akan adegan seseorang yang menyamakan mereka yang masih tidak boleh membaca al-fatihah dengan lancar adalah sama dengan seekor tapir.Selesai jemaah solat, dipegang microphone dan berbicara. Hari ini ramai tertanya-tanya. Di mana gerangan si dia?

"Allah sedang uji dia la tu"

Selain bersederhana, latih diri untuk mujahadah dan tekadkan dalam diri, berkali-kali aku terjatuh, mohon Allah angkat kan aku semula.

Sedikit kata-kata mufti wilayah.

" Ramai yang berbicara dengan ilmu, Sedikit yang berbicara dengan hikmah."

Boleh jadi orang semakin dekat dengan agama atas apa yang kita sampaikan. Boleh jadi juga semakin ramai menjauh dari agama kerana apa kita katakan. Boleh jadi juga, kita akan buat apa yang kita larangkan.

Allah menguji aku, kamu dan semua.


Gambar diambil di Seoul. Sekarang dalam proses ke Jepun InshaAllah 50% done.




"Fitree, awat muka nta macam orang mati bini?"

"Kuaja hang, dah lama tak makan kaki ka apa?"

"Haa ya laa,muka serabut, kusut masai, mata panda apa jadi?"

" Nta belum jadi baksis lagi, tunggu tahun depan! Haha, tak ada apa sangat la, beberapa kerja tak terhandle ja la"

***

Beberapa jam kemudian.

Wassap masuk..'Ting Ting'.

"Fitree, kalau nak bantuan inform jala kami nak key in data ka, print esaimen ka, tulis report ka kitaorang bantu mana boleh"

Haa. T.T

Time tu terdetik dalam hati "Terima kasih Allah for sending them, right at this moment"

Kawan waktu senang, petik jari ada kat sisi,

Sahabat waktu susah, petik jari sampai patah pun belum tentu tawarkan diri.

Antara nikmat apabila berjemaah ini adalah dikelilingi orang-orang hebat lagi soleh penuh bergaya. Tawarkan diri untuk bantuan tanpa tawar menawar sebarang ganjaran.

Maka nikmat makah yang ingin engkau dustakan?

Perjalan kampus hampir ke garisan penamat.

Perjalanan hidup sudah menjangkaui umur ke-23.

Biasakan diri tajdid tujuan hidup.

Tiada yang lain melainkan redha Allah.








Munafik 2016.

Berkesempatan menonton filem munafik selepas diracuni fikiran oleh sahabat-sahabat lain. Rating? 7/10. 

Satu pujian hebat buat penerbit dan pengarah filem! 

Tiada adegan sentuhan lelaki perempuan.

Aurat terjaga rapi. 

Mesej dakwah secara sembunyi.

Bermula dari saat pertama hingga terakhir cerita. Tahniah Syamsul Yusof!

Bukan cerita kosong buat penonton yang benar-benar mendalami bukan hanya menonton semata-mata. Bahkan peringatan penting buat penduduk bumi akhir zaman. Yakni berkaitan kehadiran dajjal yang akan menyesatkan umat akhir zaman.

Yang haram biasa, halal luar biasa.

Yang kufur nikmat, yang munafik tak beringat.

Dalam sepanjang cerita,satu perkara yang sangat menyentap hati pabila diberitakan tiada ketenangan buat mereka yang berdendam dan penuh dengan nafsu amarah. Sungguh. Hanya Allah memahami isi hati dan mengerti ujian ini buat mereka yang faham perkara itu salah tetapi tidak dapat lari dari kenyataan fitrah berperasaan.

Dendam.

Marah.

Aku bisikkan pada hati. Pergilah engkau berlalu pergi.

Dipaksakan pada diri. Maafkan dan lupakanlah.

Berkali-kali.

Ternyata gagal.Di semua sudut nikmat yang Allah ganjarkan setiap saat. Terpalit satu ujian ini yang dari dulu hingga kini gagal untuk diatasi. Selalu aku bertanya dan mohon kekuatan pada Allah. Mudahkanlah. Ternyata susah. 

Kemaafan berkali-kali akhirnya diakhiri dengan cacian dan ulangan.

"Ustaz, apa hukum saya maafkan seseorang tapi saya tak nak lihat muka dia sehingga mati'

'Marah benar awak ni"

"Tak marah ustaz. Cuma dah penat'

"Kalau itu yang dapat mengurangkan dosa dari berpanjangan. Lakukan. Dengan syarat jangan berdendam dan maafkan dia"

Di suatu sudut, ingin aku lakukan sedemikian. Di sudut lain aku memikirkan perasaan dan hormat terhadap individu yang telah membesarkan. Tidak pernah terlintas untuk menderhaka.

Lantas. Ditelan semua rasa duka. Dihadam dan dilumat sehingga tiada rasa.

Demi mengelak digelar si penderhaka.

Jalan mana yang tinggal untuk diluahkan? Sujud dan doa.

Demi Allah aku sedang berusaha.

Berkali-kali.

Adakah kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji?

Kekuatan itu aku pohon.



Fuhh.. Malas bebenor nak buat fyp ni.==' Rasa malas dah tahap apa dah. Tapi nak tak nak kena buat laaa.. nanti tak pasal-pasal extend oi.

'Lama tak update'

'Ya laa.Sibuk boh macam-macam jadi bulan ni.'

Semester baru

Haaa hatni memang best la. Semester baru semangat baru. Sibuk susun jadual supaya takda subjek tertinggal. Kalau ada satu pun kena extend dan tak boleh grad on time. Turun naik BHEP untuk pastikan subjek semua dalam keadaan baik. Subjek core semester ni Ergonomics and Env.Policy. Subjek kesayangan water tu dengan bangganya dah drop..

Minggu pertama pun dah habis. 13 Minggu saja tinggal.

Road to graduation dah..

Keputusan semester lepas

Alhamdulillah. Sepanjang hampir 7 semester. Result kali ni yang memang benar-benar memberi pengajaran. Bermula dengan paper HIA yang tak dapat jawab walaupun soalan dah bocor bulat-bulat dan sebijik-sebijik. Diteruskan dengan semak pointer simulasi bawah 3.0 sekitar 2.5++ je.

Memang bagi heart attack satu kali.

Kebetulan masa sedang final exam ada kuliah ust Khairul Amri, bedah Kitab "Mengapa aku menganut agama islam' dalam satu subtopik bertajuk ' Sesuatu perkara yang Allah dah tetapkan akan ada sesuatau yang lain yang kita sendiri tak pasti apa kebaikannya'. 

Usahalah hebat macam mana pun soalan dah bocor ka, kalau tak diizinkan memang tak menjadi. Sudah dari itu diri ini mula sedar, bukan pointer yang dikejar tapi usaha untuk bersangka baik dengan tuhan dan mula belajar erti redho dan berserah.

Semak simulasi awal.

Pointer 2.5++ 

Agak-agak apa rasa? Ni baru simulasi. Terus cakap pada diri. 

"Tak pernah-pernah bawah 3.0 sekali teruk terus dapat 2.5. Apa yang silap ni? HIA ka? Bodoh sangat ka? nak dibuat cerita semua berubah sekelip mata ja. Beberapa hari sebelum keputusan official keluar semak sekali lagi simulasi.

Alhamdulillah!

3.5++. Haaaaaaaa.. Nampak tak? Waduh-waduh. Memang Allah nak bagi rasa sakit dulu. Sakit tahap rasa tak percaya diri salah bahagian mana. T.T

Sekali keputusan rasmi keluar memang dah tersenyum ja la. Terima kasih Allah atas pengalaman ini sepanjang berada di universiti. Keyakinan untuk redho dan berserah itu memang benar-benar teruji!

11 Tahun 

Ada suka ada duka. Bulan ini juga genap sudah 11 tahun pemergiannya. Allah pinjamkan dia, seorang insan hebat dan sangat-sangat penyayang. Arwah Hawa Bt Abd Manap. Seorang ibu yang hebat yang tidak akan pernah ada galang ganti.

Mengapa hebat? Akan ada entri khusus. InshaAllah.

Ada Orang Mahu Kahwin Sudah ><

Alhamdulillah. lagi seorang insan hebat bakal berkahwin tidak lama lagi.  

Abang gua laa. Fuhh macam tak percaya ja sebab tak pernah-pernah bincang dengan serius soal ini bersama keluarga semua. Bincang tarikh merisik, tunang dan sebagainya. Perbelanjaan semua dah kira-kira tahu la secara kasar. Dalam masa sama diri ini juga belajar bagaimana rentak keluarga dalam urusan nikah kahwin ni.

Memang aku pernah menyatakan pada diri. Akan tunggu sehingga dia kahwin dahulu sebolehnya. Risau atas faktor kesihatan dan kehidupan.

Ternyata semua mudah. tepat pada masa.

'Berkenalan'

Alhamdulillah. Semuanya dalam pengetahuan Allah. Teruskan mohon petunjuk dan berdoa.

***

Sudah-sudah la menulis ni.

Buat fyp ayuh.

Dalam setiap yang berlaku ini akan ada sesuatu yang memadamkan kegembiraan. Moga dia berubahlah. Cukup-cukup melagakan ahli keluarga. Fitnah sana-sini. Cukup la kan :) Malas nk mencoret berkaitan dia kerana sebolehnya nak diari kehidupan bersih dari anasir-anasir bahaya seperti dia dan seangkatan dengannya.

Ibarat pesan naqib

"Dunia dia lepas jangan lupa akhirat sana tiada seinci pun yang akan terlepas"

Done!

#roadtograduation


 








Berpada-padalah dalam kecewa dan marah. Jangan sampai melebihi batas. Jangan cecah tahap menghina, jangan hingga menerakakan orang sesuka hati. Lagi teruk jangan sampai mengkafirkan!

" Kita doakan mereka memperoleh hidayah untuk solat dan puasa serta sebagainya. Boleh jadi mereka suatu hari nanti mereka lebih beriman dan soleh daripada kita"

Masih ingatkah ungkapan ini?

Biasa kita lontarkan pada mereka-mereka yang masih dan sedang mencari jalan mengenal tuhan.

Tapi mengapa ungkapan ini lebur tatkala berhadapan dengan mereka yang dahulunya kita sama bahtera, kini mencari bahtera lain untuk mencapai matlamat masing-masing?

Keluar ungkapan seolah-olah mereka ini layak ke neraka. Mereka ini berpaling tadah. Mereka lah munafiq. Dicaci, dilabel dan dipandang hina.

Hebat.

Malah bukan berlaku tahap sahabat-sahabat sekeliling ja. Ni boleh terima lagi. Tapi sampai tahap ilmuwan pun dipersenda.  Mereka yang mengaji kitab, hafal hadis, keluar masuk kelas pengajian, pun sudah boleh kita perkotak katikkan. Kita yang bukan sesiapa ini, baru setahun jagung kenal jalan ini sudah mula nak menghukum orang lain.

Seolah-olah yang lain jalannya sudah hilang hidayah Allah. Hilang keberkatan hidup.Mereka lain bahteranya dengan kita. Bukan mereka bertukar menjadi kafir dan musuh agama.

Mengapa tidak kita doakan mereka kembali semula? Mendoakan apa sahaja mereka pilih semoga iman kekal dalam hati? Seperti ayat-ayat baik yang pernah keluar sewaktu berjumpa taarif biasa.

Aku tidak setuju dengan penubuhan itu. matlamat yang seakan-akan menghalalkan cara. Tapi jangan sampai kita hilang adab dan akhlak.

Mereka mulakan dulu tidak beradab. So? adakah kita perlu ikut cara yang sama?

Didiklah akal untuk berfikir.

Kadang-kadang rasa sedikit *&^% dengan mereka yang sedikit tertutup dalam isu pemilihan buku. Buku selain haraki ditolak mentah-mentah.

Kenapa tak tolak buku rujukan kos yang sedang dibelajar sekarang? Yahudi penulis buku tu! lagi dahsyat.

Penulisan ini bukan menghentam secara pukul rata. Hanya luahan rasa.

Kenapa tak cakap depan-depan?

Maka akan panjanglah bicaranya. Bukan meminta untuk bersetuju dengan mereka. Cuma jaga bahasa. Jaga kata. Jaga adab dan akhlak yang dah selesai belajar mula-mula. Mereka-mereka itu jugalah yang dahulunya pernah sama tam dengan kita. Ada antara mereka yang ilmunya kita cedok di awal ketika.Lantas,sekarang mereka memilih jalan lain. Walaupun pada mulanya sedikit terasa.

Bicara soal ni tak semua suka. Tapi ada seseorang yang selesa untuk berkata mengenai soal ni, yakni saudara dari kedah Haf.S.

Terbuka dan berfikir.

Done!

#Datacollectionisstillinprogress










I live to inspired people around me!

Cehh cakap macam mudah bukan?

Timbul rasa nak memberi inspirasi bila dah berjaya kelak. Pada pelajar, pada anak-anak muda,pada anak-anak susah,pada yang punya masalah.

Sebab apa?

Aku juga punya masalah. Alhamdulillah, kerana ada mereka yang sering memberi inspirasi, tak putus-putus mendoa dan sentiasa ada di belakang untuk terus sampai ke tahap ini. Masalah kewangan?bukan yang paling utama. Alhamdulillah semua cukup dari kecil hingga dewasa semua cukup. Terima kasih Allah. Terima Kasih Ayah. Terima kasih Abang.

Tapi ujian lain Allah bagi.

Ujian mental. Ya ujian mental yang begitu dasyat untuk mereka yang menginjak remaja dan dewasa. Fuhh bila dikenang kembali rasa seperti betulkah aku sudah hampir lepas ujian ini?

Aku tidak pernah rasa menyesal susahnya menjaga ibu yang sakit terlantar seawal aku berusia 10 tahun. Aku tak pernah rasa menyesal jaga abang yang sakit. Pernah suatu ketika kedua-duanya sakit serentak dan aku di masih alam kanak-kanak.Hal-hal rumah, baju, masak, semua jatuh ke bahu yang sihat. Walaupun tidak lah kemas sangat kerana hasil tangan kerja budak.

Tapi aku rasa sakit dan menyesal apabila arwah mama pergi seawal umur 12 tahun dan ujian demi ujian Allah hantar. 

Walaupun susah ketika itu, aku rasakan dunia ini milik kami sepenuhnya, keluarga itu keluarga aku, ayah itu ayah aku, rumah itu rumah aku, nak buat apa? Bebas. bahagia ada keluarga sendiri yang sempurna. 

Tapi semua tak lama, sehingga hari ini. 

Konflik masih berjalan.

Konflik demi konflik yang tidak selesai. Tidak perlu diceritakan dengan lebih lanjut.Hidup ini ibarat timeline yang boleh diceritakan di setiap garisan masa, apa yang telah berlaku. Selalu hinggap di kepala "kenapa semua ini terjadi? Pilihlah orang lain pula." 

Rasa nak kecil hati, sakit hati semua dah tak boleh. Seolah-olah sudah tiada hati.

Tapi kerana ujian ini juga, campaklah aku kemana-mana inshaAllah boleh hidup.Abang dah berjaya, sihat dan sudah punya kehidupan sendiri. Aku masih dalam proses ke arah sana.

Aku menulis untuk aku sentiasa ingat siapa aku sebenarnya suatu ketika dahulu, supaya bila dah berjaya tak mudah lupa diri. Sekarang sudah hampir ke garisan penamat. Aku ingin mulakan kerjaya dan bina hidup baru. Pernah simpan impian untuk berhijrah ke negara asing. Tukar kerakyatan dan lupakan semua memori silam. 

Boleh jadi sekiranya ayah dan abang sanggup nak ikut. Apa-apa pun keluarga adalah keutamaan. 

Kerana ujian ini jugalah aku dipertemukan dengan dua insan hebat yang sentiasa dan tak putus-putus beri dorongan dan bantuan tanpa kira masa. Cikgu saripah dan juga Ummi Fauziah. Kerana ujian ini jugalah, aku akan bantu mereka yang susah, punya masalah suatu hari nanti. Aku akan memberikan inspirasi dengan cerita realiti.

Punya masalah?
Sekolah kampung?
Bukan menjadi alasan untuk tidak berjaya dan menjadi orang berguna!

Masa terus berlalu dan berlalu. Counting days lagi 4 bulan di universiti. 

Dan ya,

Semalam berkesempatan menghadiri walimah saudara sebelah mama di Dewan Sapura Mines. Konsep menarik. Tertutup dan setiap meja makan punya caterer yang melayan. Tema? seperti biasa tema arab dipakai guna. Kerana keturunan arab di sebelah mama.

Tarian samrah pun ada (boleh youtube) khas untuk lelaki sebagai tradisi budaya arab.

Paling menarik, dapat jumpa semula kaum kerabat sebelah mama selepas lama tak bersua. 

Majlis sendiri?

Tema simple, konsep simple, baju simple dan semuanyaaaaaa simple. Jimat bajet. haha kedekut punya pasal.

Done!





Sudah hampir beberapa minggu cuti berlalu. Percaya atau tidak data collection masih tidak dapat dijalankan atas beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan.

Contingency Plan?

Semua dah buat. Tapi apakan daya semua gagal dan tak mencapai apa yang diharapkan. Maka terhasilah tajuk yang baru selepas beberapa fasa perbincangan bersama SV. Jikalau sebelumnya ni berhasrat 

 Screenshot daripada SV. Positif sentiasa dan percaya setiap apa yang berlaku ada sebab. Doakan   hidayah miliknya. Berminat mengenai Islam dan sudah mula belajar berkaitan Islam.

“To develop an action plan for manufacturing industry in Malaysia after CHRA had been conducted” 

Sekarang diubah kepada:

“Reviewing CHRA performance throughout the years”

Skop tajuk masih sama cuma method dan cara pelaksanaan berbeza. Bayangkan semua classmate dah ramai mulakan data collection dan dah ada yang dah siap data collection tapi diri ini masih di sini membaca journal berpuluh-puluh dan print out journal serta merangka dan menulis proposal yang baru untuk tajuk yang baru.
Nak senang bukan senang.

Lantas fikiran mula menerjah, buat FYP dah macam tersangkut nafas bagaimana nak sambung phD nanti ni? 

Hurmm.. 
 Bertenang.

Lepas habis belajar, kerja dan cari ‘filling gap’ dalam bidang pekerjaan. Sebabnya:

 phD or any research is about filling the gap (mengisi kekosongan/masalah semasa)

Sama juga macam FYP sebolehnya jangan repeat tajuk senior atau tajuk-tajuk yang dah sedia ada. Terokai dunia luar, cari masalah dan selesaikan melalui research. Menyumbanglah kepada kebaikkan dunia sejagat!

Cehh cakap macam senang. Padahal memang susah yang amat. Sekali lagi.Nak senang bukan senang. phD berjalan atau tidak bergantung pada masa akan datang. 

Kita merancang Allah jua merancang. Boleh jadi phD ini tidak mampu diteruskan. Boleh jadi rezeki di bidang lain. Boleh jadi suatu hari terjadi juga.

Siapa bilang jadi researcher ataupun lecturer sepenuh masa tidak mampu menyumbang kepada kebaikkan ummah woi? Muktamar baru-baru ini perasmi jemputan adalah mantan pensyarah dan seorang dekan serta merupakan individu yang masih gigih dalam saff ini. 

Lantas apa lagi alasan? 

Maka tersenyumlah diri sendiri.

Erti hidup untuk memberi. Carilah segenap ruang yang ada untuk diberikan kebaikkan dan berbakti menggunakan ilmu yang ada. 

Oh ya. Waktu cuti yang senggang ini juga dah mula jinakkan diri dalam kerja separuh masa. Hanya sebagai seoarang tutor sambilan. Mengikut jejak langkah beberapa sahabat lain yang dah lama bekerja sebagai tutor sambilan. 

‘ Haih, kenapa nak buat part time? Tak cukup ka Bank Rakyat taja hang? ‘

Ni bukan soal cukup tak cukup. 

Saja isi masa lapang. Status pun dah baksis, jadual agak lapang walaupun tak lapang sangat. Time management yang penting. Pengalaman yang berharga dan paling utama nak bina rasa tanggungjawab dalam diri sendiri nak cari pendapatan sendiri untuk tetttttt.. Haha nak cari pendapatan sendiri supaya sebelum grad dah ada simpanan. 

Mengajar pun subjek senang-senang ja. Sains PT3 dan SPM. Anak-anak murid pun senang dengar kata. 

Yang penting Lillahitaala.


Ukhuwah itu bukan dikira untuk perkara yang indah-indah sahaja,
Ukhuwah bukan hanya wujud tatkala makan bersama,
Ukhuwah bukan dicipta pabila tiba masa bergurau senda.


Adakah ukhuwahmu hanya pada perkara yang gembira? 
Suka? 
Gelak ketawa? 

Andai itu definisi ukhuwah, maka bersedihlah

Kerana apa?

Kerana definisimu menghadirkan ukhuwah apabila indah sahaja.
Hilang tatkala gundah dan sedih tiba.

Ukhuwah makin utuh pabila sakit dikongsi sama,
Ukhuwah makin bermakna pabila perit dan jenuh dirasai semua,
Ukhuwah  itu perlu hadir tatkala suka dan gembira,
Tangis dan tawa.


Dan ukhuwah itu lebih bermakna pabila wujudnya untuk mendekatkan yang berukhuwah kepada tuhan.
Hadir untuk selalu mengingatkan tujuan kehidupan
Untuk sering menguatkan perjuangan.

*****

Fuhh.

Kita yang memilih untuk berukhuwah dengan cara apa.

Alhamdulillah.

Perjalanan hidup ini sendiri diisi dengan orang-orang yang hebat.
Mereka yang di mana mampu membuatkan diri terasa kerdilnya.

Masih teringat jam 2 pagi dikenakan bumping seratus kali. Rasa nak pengsan pitam semua ada.
Tapi yang menjadikan semangat kami untuk menghabiskan dendaan kuat pabila ada sahabat yang sama di denda.

Pandang kiri pandang kanan senyum ja.

Walhal lutut pun dah bergetar.
Haha
Balik tempat pengajian semua mengadu, itu sakit ini sakit .

 Tiba di UPM, walaupun pada asalnya kabur akan perjalanan.
Akhirnya, Allah tunjuk semula.
 Sungguh dan nyata perancangan DIA yang sentiasa terbaik.
Satu demi satu diungkap untuk meleraikan pertanyaan mengapa Allah tahan penglibatan diri ini dalam jalan ini pada mulanya.

Hanya DIA mengerti

Di sini berbeza, 

" Ukhuwah itu hadir dengan sendirinya tanpa diminta"

 “Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).


        Dah besar panjang boh, tahap kematangan pun bolehla meningkat.
Task dan amanah pun dah berbeza,
Bukan tahap main-main :) .

Beza pandangan?
Itu biasa. Luar biasa kalau tak boleh kawal perbezaan ja.

Di usrah cawangan kali pertama semalam.
Terdetik semula tatkala pengisi memberi peringatan, selepas alam kampus berakhir maka akan bermulalah sisi ukhuwah yang sebenar. 

Mula daripada bawah.

Maka sedarlah perjalanan dan perjuangan dibawa ini bukan semata-mata kerana ukhuwah.

Ukhuwah hanya cebisan.

Penting.

Tapi bukan keutamaan.

Ukhuwah dibina atas dasar aqidah itu lebih bermakna dari ukhuwah biasa.

Retorik!

Haha. Carilah dan terus mencari sisi untuk di muntahkan ukhuwah yang sebenar.


Sungguh.

Allah dan rasul itulah yang utama.

Ada masa? Singkap sirah perang uhud. ^^

Perasaan kasih itu Allah wujudkan. Nescaya ada tempat untuk diluahkan.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.








Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home