Contingency Plan?
Semua dah buat. Tapi apakan daya
semua gagal dan tak mencapai apa yang diharapkan. Maka terhasilah tajuk yang
baru selepas beberapa fasa perbincangan bersama SV. Jikalau sebelumnya ni
berhasrat
Screenshot daripada SV. Positif sentiasa dan percaya setiap apa yang berlaku ada sebab. Doakan hidayah miliknya. Berminat mengenai Islam dan sudah mula belajar berkaitan Islam.
“To develop an action plan for manufacturing
industry in Malaysia after CHRA had been conducted”
Sekarang diubah kepada:
“Reviewing CHRA performance throughout
the years”
Skop tajuk masih sama cuma method
dan cara pelaksanaan berbeza. Bayangkan semua classmate dah ramai mulakan data
collection dan dah ada yang dah siap data collection tapi diri ini masih di
sini membaca journal berpuluh-puluh dan print out journal serta merangka dan
menulis proposal yang baru untuk tajuk yang baru.
Nak senang bukan senang.
Lantas fikiran mula menerjah,
buat FYP dah macam tersangkut nafas bagaimana nak sambung phD nanti ni?
Hurmm..
Bertenang.
Lepas habis belajar, kerja dan
cari ‘filling gap’ dalam bidang pekerjaan. Sebabnya:
phD or any research is about filling the gap
(mengisi kekosongan/masalah semasa)
Sama juga macam FYP sebolehnya
jangan repeat tajuk senior atau tajuk-tajuk yang dah sedia ada. Terokai dunia
luar, cari masalah dan selesaikan melalui research. Menyumbanglah kepada
kebaikkan dunia sejagat!
Cehh cakap macam senang. Padahal
memang susah yang amat. Sekali lagi.Nak senang bukan senang. phD berjalan atau
tidak bergantung pada masa akan datang.
Kita merancang Allah jua merancang.
Boleh jadi phD ini tidak mampu diteruskan. Boleh jadi rezeki di bidang lain.
Boleh jadi suatu hari terjadi juga.
Siapa bilang jadi researcher
ataupun lecturer sepenuh masa tidak mampu menyumbang kepada kebaikkan ummah
woi? Muktamar baru-baru ini perasmi jemputan adalah mantan pensyarah dan
seorang dekan serta merupakan individu yang masih gigih dalam saff ini.
Lantas apa lagi alasan?
Maka tersenyumlah diri sendiri.
Erti hidup untuk memberi. Carilah
segenap ruang yang ada untuk diberikan kebaikkan dan berbakti menggunakan ilmu
yang ada.
Oh ya. Waktu cuti yang senggang
ini juga dah mula jinakkan diri dalam kerja separuh masa. Hanya sebagai
seoarang tutor sambilan. Mengikut jejak langkah beberapa sahabat lain yang dah
lama bekerja sebagai tutor sambilan.
‘ Haih, kenapa nak buat part
time? Tak cukup ka Bank Rakyat taja hang? ‘
Ni bukan soal cukup tak cukup.
Saja isi masa lapang. Status pun
dah baksis, jadual agak lapang walaupun tak lapang sangat. Time management yang
penting. Pengalaman yang berharga dan paling utama nak bina rasa tanggungjawab
dalam diri sendiri nak cari pendapatan sendiri untuk tetttttt.. Haha nak cari
pendapatan sendiri supaya sebelum grad dah ada simpanan.
Mengajar pun subjek senang-senang
ja. Sains PT3 dan SPM. Anak-anak murid pun senang dengar kata.
Yang penting Lillahitaala.
Huuu..taktau plak fitree ni blogger..nak senang bukan senang kan...
ReplyDeletecehh takda lama blogger mana.Ada masa ja menulis. Memang bukan senang nak senang.
ReplyDeleteAll the best data collection!