Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah malam ni hamba ada point nak tulis..hehe..

Masih teringat-ingat laki kata-kata seorang ahli motivasi dulu.. MATLAMAT kita yang terakhir nanti nak dambakan syurga Allah.. Kita nak masuk SYURGA.Betulkan?..
Sebab lepas proses Timbangan amal nanti kita akan dicampakkan sama ada ke SYURGA ataupun NERAKA (naudzubillah)
    

Bila tanya nak masuk mana, semua akan jawab SYURGA. *teringat masa sekolah dulu*
TAPI
Tanya balik,
Reflek balik,
Amik cermin, Letak kat depan muka! Tak pun berdiri depan almari yang ada cermin!

Setiap hari kita,
setiap masa,
setiap minit,
Perlakuan kita, Ibadah, akhlak, ada tak ciri-ciri AHLI SYURGA?
Haaa.. Ada tak?..
Tepuk dada tanya di mana kedudukan kita di akhirnya.

Hamba nak kongsi satu tips. yang dulunya hamba pun dapat dari kawan-kawan hamba di matrik dulu.
Pertama sekali, BETULKAN AQIDAH!
walaupun kita ni lahir islam..kita tak pernah pun AMBIL BERAT soal AQIDAH.

Hamba 19  tahun hidup, hamba mengenal erti sebenar AQIDAH masa di matrik. Alhamdulillah hamba kenal semula tuhan hamba. (doakan hamba istiqomah)
walupun hamba ada kala juga tercicir dari landasan yang sebenar.( Teruk betul hamba T.T )

Sebab tu masa wahyu turun, Umat manusia pada zaman tu diajar erti mengenal Tuhan yakni Allah. lepastu baru diajar cara beribadah. Bukan diajar solat dulu,puasa,lepastu baru kenal sang Pencipta.

Lepas dah clearkan AQIDAH pergi steps seterusnya TARBIYYAH.
Didikkan, Ajaran,
Rajinkan diri ke majlis-majlis ilmu,
Mantapkan ibadah kita terutama solat.
Hadir ke kem-kem islamik,
Hiasi dengan zikrullah dan kalamullah.
Join usrah. ^^

AQIDAH jelas + IBADAH mantap = AKHLAK terindah !

Tak percaya?..cuba try..
sebab tu nak cantik luar cantikkan dalam dulu..
inshaAllah bila dah cantik dalam,
dah kenal siapa tuhan,
dah perbaiki ibadah dengan Tarbiyyah,inshaAllah,
yang luar akan ikut INDAH, yakni diri dan perlakuan kita.

Dan yang terakhir sebelum hamba mengundur diri,
Bila kita dah kenal siapa tuhan sebenarnya, dan mengamati
makna sebenar AQIDAH,
Hamba merayu. TOLONGLAH,HUAAAAAAA
TOLONG.
Berhijrah.

Berapa ramai yang kenal dan faham makna AQIDAH
tapi tak nak berhijrah?.
kenapa Tak nak tutup aurat ikut syariat?
kenapa tak nak labuhkan tudung tutup dada?
kenapa masih bercinta tak halal?
kenapa masih berseluar pendek dan berseluar ketat?

satu jawapan hamba.
anda dan anda masih belum mengenal erti AQIDAH.(hamba pun bukannya yang paling faham)

Kepada nada yang membaca,
JOM,

TEGUHKAN AQIDAH.




Anda yang sedang membaca,
saya kira anda sedang memikir.. hehe
sebab apa?
sebab apabila anda membaca hakikatnya anda sedang berfikir!
( anda sedang pun berfikir.. hehe)

Ye!
Anda, dan anda semua,
Kita,
Tak kira siapa,

Peguam yang ligat berbicara,
Guru yang giat mengerah keringat,
Perdana Menteri yang mentadbir negara,
Sultan dan juga raja,
Tukang sapu jalanan,
Penghantar surat,
Pencuci tandas.

Sedarkah anda dan anda,
Kita sebenarnya SAMA..
kerana kita adalah HAMBA
kepada TUHAN yang sama
Yang Maha ESA
Allah s.w.t

Andai diri rasa dihina,
Andai suka menghina,
suka membangga,
Gemar rasa dipuja.

Hakikatnya kita adalah SAMA
Kerana kita HAMBA!,
Cuma kita TIDAK SERUPA
Berbeza pangkat, Darjat dan harta.
Itu semua hanya DUNIA,
Semata.

Buanglah perasaan itu,
cukuplah hanya kita rasa yang kita adalah HAMBA,
Kalau kalau bukan keranNYA,
Kita bukan sesiapa.

Medan kita yang sebenar,
NUN!
Jauh di sana.
Akhirat yang kekal selamanya.
[ Tanyakan jika aku tiada di syurga :'(  ]

Bersyukurlah
kerana saya,
kamu,
kita,
adalah



- HAMBA-





“Dengan izin allah semoga kita berjumpa lagi di syurga sana, bersama anak-anak.”

 Ditatap wajahnya buat kali terakhir, kucupan dahi yang terasa sejuk, pegangan tangan yang tidak akan dirasai lagi. Kaku. Pergi.

***

  Nad, cuba bagitahu abang, bahagia tak Nad dengan perkahwinan kita? ”

“ kenapa abang tanya macam tu? Abang dah bosan dengan Nad eh? “
“ Eh, abang yang tanya Nad dulu, abang balik yang kena? “.
“ Demi Allah tuhan yang dah menyatukan kita, Nad tak pernah rasa tak bahagia pabila bersama abang. Perkahwinan ni hadiah terindah dari allah. Mana mungkin Nad rasa kecewa dan tak bahagia.”

Senyuman jelas terpancar di raut muka Salman. Hatinya dirasakan sejuk. Hadiah terindah dari Allah. Zaujah yang menerima segala kekurangan yang terdapat pada dirinya. Tidak pernah derhaka hatta meninggi suara, semua kemahuan akan diturutinya. Nadhirah Habsyi hadiah kurniaan Ilahi.

Sepanjang lapan tahun perkahwinana mereka, Salman dan Nadhirah dikurniakan sepasang cahaya mata. Bakal pewaris ulamak. Dididik sebaik mungkin mengikut acuan islam. Formula Alquran dan Sunnah.

“ Aiman nak jadi pandai kan?” soalan dituju kepada anaknya yang berusia empat tahun.

“ nak! “

“ kalau nak kena buat apa? “

“ makan kismis! Sebab nabi pun makan kismis “. Dijawab oleh si kakak yang berusia lima tahun.Petah berbicara, seolah-olah lebih tua dari usianya.

“ Pandai anak-anak ummi.” Dicium kedua-dua anaknya. Permata tiada galang ganti. Amanah dari Ilahi. Pewaris yang bakal meneruskan risalah nabi. Di muka bumi.

Setiap hari, setiap jam, dan setiap saat Salman berusaha membentuk keluarganya selaras dengan ajaran islam.Solat berjemaah, mengaji, makan bersama diterapkan dalam keluarga yang dicintai demi membentuk peribadi diri anak-anak yang terpuji.Dibantu si isteri yang sentiasa di sisi.

Rumah tangga yang selalunya bahagia kini diuji. 

Dilanda badai yang datang tanpa diundang. Salman jatuh sakit. Suatu pagi diri digagahkan untuk bangun dari tidur. Tidak pernah dirasakan sebegitu. Sesuatu yang tidak kena. Salman merasakan dirinya terlalu lemah hatta untuk mengangkat tangan pun memerlukan seribu daya.Luar biasa.

“ Darah encik telah diambil untuk dianalisis, harap encik boleh bersabar dan sila berehat secukupnya di wad ini.”

“ apa yang sedang berlaku ni bang?” Air mata Nadhirah jatuh membasahi katil. Dirasakannya begitu sebak. Tidak dapat menerima kenyataan suaminya jatuh sakit secara tiba-tiba. Tanpa amaran tanpa berita. Hanya tiba-tiba.

“ Nad, banyakkan istighfar. Nad tahu kan siapa yang bagi sakit? Allah sedang menguji kita barangkali. “

Salman terdiam. Memikirkan siapa yang akan mengambil alih tugasnya sebagai ketua keluarga. Siapa yang akan menjaga isteri dan anak-anaknya andai dia terus jatuh sakit dan tidak mampu bergerak dan tidak berupaya membuat sebarang pekerjaan.

“ saya kena strok ke doktor? “

“ Darah encik normal, tiada sebarang indikasi yang menyatakan encik diserang penyakit kronik. Buat masa sekarang encik boleh berehat dulu sementara kami menjalankan ujikaji yang lebih mendalam.”

“Allahuakbar.” Hanya itu yang mampu dilafazkan Salman. Di saat diri terasa memerlukan, tiada yang lain selain dari namaNya yang diungkapkan. Air matanya bergenang. Hilang nikmat seperti orang-orang biasa.Tidak sempurna.

“ ya allah, andai aku terus sakit atas ujianmu. Ku pohon, kau peliharalah isteri dan anak-anakku ya Rabb. Sesungguhnya hanya kaulah tempat aku meminta pertolongan.”

Sepanjang keberadaan Salman di hospital, Nadhirah lah yang telah mengambil alih tugas Salman. Setiap pagi dihantar anak-anaknya ke tadika Pasti, kemudian terus ke tempat kerja. Tengahari ke hospital melawat si suami untuk melayan makan tengaharinya. Di sebelah petang Nadhirah akan menjemput anak-anaknya untuk  dibawa bersama melawat ayah mereka di hospital. Terus pulang ke rumah, masak untuk anak-anaknya dan bersedia mengajar mereka mengaji dan menyiapkan tugasan rumah.

“ Abi sakit ya ummi?.” Tanya si kakak.

“ Abi sedang berehat la kakak.” Jawab si Aiman

“ Ooh maksudnya Allah bagi abi rehatlah kan Ummi?.” sambung si kakak lagi.

Tersenyum Nadhirah. Kedua gelagat anak-anaknya menghiburkan hatinya. Dia bersyukur iman anaknya telah terbina seawal usia. Mengaitkan segala yang terjadi di muka bumi ini adalah kerana izinNya.

Sudah hampir enam bulan Salman menderita sakit misteri. Dia sudah pun pulang ke rumah atas nasihat doktor kerana pihak hospital tidak mampu merawat sakit Salman atas sebab tidak diketahui punca penyakitnya. Pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan termasuk rawatan tradisional. Penyelesaiannya belum dijumpai. Sabar hanyalah kunci.

“ Maafkan abang ya Nad.” Air mata Salman bergenang.

“ Takde apa pun yang abang perlu minta maaf dengan Nad. Abang tak salah apa-apa pun.”

“ Abang kesian tengok Nad. Tak henti-henti menguruskan keluarga. Maafkan abang tak mampu jadi suami yang bisa menghidangkan isterinya kemewahan dan kesenangan. Abang tak mampu sediakan orang gaji.”

“ Apa yang abang mengarut ni? Nad tak nak pun semua tu. Nad nak abang redha dengan Nad. Nad gembira buat semua ni demi abang dan anak-anak. Nad tak pernah rasa menyesal.” Air mata Nadhirah Habsyi jatuh membasahi bumi.Dicium tangan Salman memohon seribu keampunan. Dirasakan seolah-olah itulah waktu kali terakhirnya bersama suami. Hiba.

***
Hari ke hari keadaan Salman masih sama tanpa sebarang perubahan malah semakin teruk. Rutin harian masih diteruskan oleh Nadhirah sebagai permaisuri rumah tangga dan ibu kepada dua orang permata.

“ Abang, kita jumpa bomoh nak? Kita cuba ikhtiar guna cara tu.”

“ Astaghfirullah, apa yang Nad cakapkan ni?.” Riak muka Salman berubah.Serius.

“ Tak kiralah apa pun yang berlaku, jangan pernah kita menduakan Allah! Sakit datang dari allah. Allah jua yang akan menyembuhkan abang. Bukan dengan cara bomoh yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan.” Tegas kedengaran suara Salman.

“Abang, maafkan Nad. Nad kemungkinan letih mungkin sebab tu tercakap macam tu. Maafkan Nad.” Lantas dicapai tangan Salman memohon kemaafan.

“ Nad, maafkan abang. Sebab abang sakitlah Nad jadi macam ni.” Salman mengusap lembut kepala isterinya.Sayu.

“ Nad dah boleh tuntut fasakh. Abang dah tak berdaya nak buat apa-apa untuk Nad. Abang dah tak ada keperluan untuk Nad.Abang rasa abang takkan bertahan lama.”

Mata Nadhirah tepat memandang ke muka Salman.Air mata bercucuran jatuh.

“ Demi Allah, Nad takkan mintak macam tu. Nad hanya nak redha abang sebagai seorang isteri.Nad tak pernah rasa terbeban. Nad janji takkan cakap macam ni lagi. Bagi Nad hidup Nad dah sempurna dengan kehadiran abang dan anak-anak. Maafkan Nad abang. “

 Malam dingin, dihiasi air mata, dua insan bercinta, bukan kerana nama tetapi hanya Allah semata.

Dengan izin Allah, Nadhirah mengenali seorang pemuda yang dikenalkan oleh rakan sekerjanya. Merupakan seorang pengamal ilmu perubatan Islam secara mendalam.Dijemputnya ke rumah  bertemu si suami untuk mendapatkan rawatan.

“ Terima kasih ustaz. Sudi datang untuk merawat saya dari jauh.”

“ InshaAllah, kita hanya mampu berusaha. Seterusnya kita serahkan pada Allah. Bagi saya dah menjadi tanggungjawab untuk membantu sesama saudara yang dalam kesusahan. Banyakkan zikir dan selawat.”

Setelah hampir setahun berikhtiar, keputusan untuk melakukan rawatan perubatan islam bersama ustaz Faiz menunjukkan kesan yang positif. Tangan dan kaki Salman sudah mula memberikan respon apabila ingin digerakkan. Jari jemari jugak sudah boleh bergerak seperti sedia kala. Hanya Salman sendiri memerlukan masa untuk melatih dirinya agar dapat bergerak seperti keadaan normal. Rawatan diteruskan seperti biasa.

“Alhamdulillah, abang bersyukur sangat-sangat keadaan abang semakin baik. Walaupun abang tak pasti apa punca penyakit abang, abang tetap yakin yang ni semua ujian Allah untuk kita sekeluarga. InshaAllah dah sihat nanti abang cadang nak buat kenduri kesyukuran.” Salman bersemangat tatkala bersembang dengan Nadhirah di kamar tidur.

“ Tidak ada yang lebih membahagiakan Nad selain tengok keadaan abang semakin pulih. Nad rindu nak tengok abang boleh berjalan seperti biasa.”

“ InshaAllah, kalau ada rezeki nanti kita sama-sama tunaikan umrah ya. Terima kasih untuk semuanya Nad. Abang bersyukur dikurniakan isteri seperti Nad yang sanggup bersabar dengan semua ujian Allah. Nad mengambil alih tugas abang selama abang terlantar sakit.”

“ Tidak ada yang lain selian redha abang yang Nad pinta.” Nadhirah memujuk manja.

“ Abang.” Nadhirah menyambung.

“ Ya.”

“ Izinkan Nad jadi bidadari abang di syurga nanti ya? Nad takut nanti Nad cemburu tengok abang bersama bidadari lain di syurga nanti.” Nad bergurau manja.

“Di dunia pun abang dah berasa Nad bidadari abang kurniaan Ilahi. Abang sentiasa redha ke atas Nad. Nad isteri yang baik. Nad wanita dunia bidadari syurga bagi abang.” Malam menjadi semakin gelap. Senyuman terukir di wajah Nadhirah Habsyi. Tenang. Dipanjatkan kesyukuran kerana bisa melihat wajah suaminya seperti sedia kala. Alhamdulillah tidak lekang di bibir. Tidur keduanya dalam pelukan mesra.

“Nad, bangun Nad. Kita tahajjud dulu sempat lagi ni.” Salman mengejutkan Nadhirah dari tidurnya. Tiada respon. Dirasakan sejuk.

“Nad! Bangun Nad! Kenapa ni?” Dipusingkan badan isterinya. Dirasakan nafas yang keluar dari hidung. Tiada. Hanya angin sejuk pagi menyinggahi. Badan Nadhirah sejuk.Kaku.

“ Innalillahiwainnalillahirojiun.” Air mata Salman bercucuran jatuh. Dipeluk Nadhirah sekuat hati. Nadhirah dibasahi air mata suami. Ingin dijerit kepada seisi bumi. Meraung sekuat hati. Terus tenang Nadhirah dalam pelukan suami.Pergi menghadap ilahi.

***

“ Nad bidadari abang dunia dan akhirat.Terima kasih untuk semuanya.Dengan izin allah semoga kita berjumpa lagi di syurga sana, bersama anak-anak.”

 Ditatap wajahnya buat kali terakhir, kucupan dahi yang terasa sejuk, pegangan tangan yang tidak akan dirasai lagi. Kaku. Pergi disaksikan anak-anak dan suami. Bersedia untuk dibawa bersemadi.Hilang dari muka bumi.





Bismillahirrahmannirrahim..

 Permulaan ini diharapkan berterusan
 untuk terus bercoretan, kerana
 dengan bercoret kita mampu memastikan
apa yang dicoret kekal
Tanpa dimamah zaman seiring dengan izin
 tuhan yang MAHA memudahkan.

Mohamad Fitree B Abd Ghani..
Anak kepada pasangan Abd Ghani b Abd Manan dan Hawa bte Abd Manap
Adik kepada Saiful Amani b Abd Ghani
  
  
               berdiri di kiri (paling Hensem dalam generasi kini) hahaha bersama sahabat sejati

Single?.. (walau tak tanya)
haha..jawapannya masih YA.. hakikatnya masih menanti
bakal zaujah yang akan menemani hari-hari.
tanpa jemu dan sepi ^^

Masih belajar dalam mengisi diri dengan ilmunya yang hakiki
currently in Universiti Putra Malaysia,
tempat tidur?.. Kolej 17 ! Berilmu, Bertaqwa, Berjasa.
InshaAllah bakal Safety Health Officer. Mukmin profesional to be.
                                           Nah! sekali ada logo Upm dengan logo Kos.. HAHA..

come to the most important part..

DOAKAN
                                                        apa yang bakal dicoret
                                                        apa yang bakal dilorek
                                                        apa yang bakal dilirik.. HAHA

Menjadi panduan, ataupun pedoman buat Ummah Rasulullah saw.
Medan dakwah dan tarbiyyah medium pembentukan ahlak diri dan Ummah.                                                          

INSHAALLAH


                                   
 
     Jom.. berCoret.. Tanpa Sepadan




Next PostNewer Posts Home