* Tarik nafas dalam-dalam *

Ambil seminit dua dan bermuhasabahlah.

Muhasabahlah siapa kita tahun lepas,
siapa kita tahun-tahun lepas.
Siapa kita bertahun-tahun sebelumnya.

Nescaya kita sedari,

Hidup ini Suatu Proses Pembelajaran dan Pematangan

Tengok posting-posting lepas,
cara penulisan pun dah boleh menterjemahkan tahap kematangan seseorang.

Sampai suatu tahap akan ada suara mengetuk

" Tak matangnya kau waktu dulu-dulu "

**

Carilah medium yang boleh mematangkan, kerana kita yang menentukan hala tuju hidup.

Dalam proses pematangan dan pembelajaran hidup ini,

Jemaahlah yang memainkan peranan utama pembentukan dan pematangan individu muslim.

kemahiran berorganisasi,

kemahiran berhujah,

kesempatan mengenali aqidah tauhid yang sebenanr,

ukhuwah,

Skills menterjemah keadaan sekeliling.

keilmuan,

ibadah.

Aku pernah hilang hampir setahun dari medium ini. Aku tahu rasa kehilangan dan aku tak ingin merasai lagi.

Hidup penuh kelekaan.

**

Pengalaman kita berbeza.

Siapa pun kita sekarang, semua kita pernah merasai jalan pembelajaran dan pembentukan kematangan.

Fitree
-Road to graduation-
Bismillah.

Harini bangun pagi,
Sarapan,
Pergi Kelas, balik kelas,
Meeting.
Makan malam dan tidur.

*****

Bila dah kerja,
Bangun, sarapan,
Pergi kerja balik kerja,
Dinner dan terus tidur.

*****

Bila tua?
Putaran yang sama. Bezanya umur meningkat.
Kesihatan menurun.
Ahli keluarga bertambah.

Mati.

-THE END-
--------------------------------------------------------

Sangat yakin dan pasti hampir semua daripada kita akan punyai kitaran hidup yang sama. Cuma yang membezakan kita adakah kita tahu erti hidup yang sebenar? Adakah kita dihidupkan untuk memenuhi ruang perut? Mengisi masa berhempas pulas bekerja?

Tak salah. (Selagi tak langgar syariat)


Cuma kita ada option yang lebih baik iaitu untuk hidup sebagai manusia bermatlamat. Nak hidup sebagai manusia bermatlamat perlu tahu apa matlamat akhir kita.

Seperti Peperiksaan:

Matlamat utama peperiksaan yang dah berjaya mendoktrin pemikiran pelajar sekarang adalah untuk lulus cemerlang.

Dan, untuk lulus cemerlang sebagai matlamat utama, kita akan secara automatik akan buat apa sahaja, baca buku sampai terkeluar biji mata, beli reference, fotostat nota, tuisyen, dan sebagainya untuk capai matlamat lulus cemerlang 10 A, 4.00 Flat.

Kenapa sanggup gadaikan masa, duit dan tenaga untuk semua tu?

Sebab kita tahu dengan jelas matlamat akhir untuk lulus cemerlang.

Berbalik kepada matlamat akhir kita sebagai manusia.

Percaya mati? dan tahu akan mati suatu hari nanti? Percaya hari akhirat?

Alhamdulillah.

Cuma perlu perhalusi matlamat akhir kita.

 Syurga atau neraka.


Konsep yang sama, kita pilih syurga, InshaAllah tindak tanduk, cara kerja, perniagaan, tingkah laku kita semua akan berbalik seperti bakal penghuni syurga.

Tiada lagi aurat tercicir, arak sebagai peneman, rasuah, percampuran bebas,zina dan sebagainya.

Memilih neraka sebagai matlamat? Tentulah perbuatan yang sebaliknya.

" Dunia ini hanya ladang, akhirat tempat kita menuai "


Nak dapat matlamat jelas? Kita perlukan makcik HIDAYAH dan pakcik TAUFIQ..

Cari dan kajilah dan berdoalah supaya hidayah dan taufiq menjadi milik kita. Pengalaman diri sendiri, Allah mengetuk pintu hati ku dengan makcik hidayah dan pakcik taufiq sekitar umur memasuki lewat remaja. Di saat itu aku betul-betul mengenali ALLAH itu tuhanku.

Walaupun bekas pelajar aliran agama, aku tak pernah rasa serasa-rasanya Allah itu benar-benar memerhatikan. Sekelumit rasa takut hanya sementara. Tidak bermaksud aku wali sekarang, maksum dari dosa. Saat ini aku masih belajar mengenali tuhan dan erti hidup. Carilah suasana dan sahabat yang mampu mengembalikan erti hidup yang sebenar.

Hari ini cuba google video Miss Nina, Travelog hamba. Betapa dia berubah dengan sebenar-benarnya. Walhal sebelum ini dia popular dengan video muziknya yang begitu extreme. Cik Hidayah dan pakcik Taufiq singgah di hatinya. 

Figure seperti Abby Abadi, Afdlin Shauki, Bob Lokman, Yatt Hamzah, Adam Corrie..yang dahulunya kita tahu siapa mereka. Dan sekarang cari siapa dan bagimana mereka. Tak tahu? Google.

Kau sekarang orang agama?

Siapa engkau nak pandnag hina orang yang masih tak kenal agama dan tiada matlamat hidup? 

Mungkin hari ini dia hina mana tahu suatu masa nanti dia yang paling mulia.

Justeru sahabat-sahabatku,

Hijrahlah mencari cik hidayah dan pakcik taufiq. Mujahadahlah dalam mengekalkan makcik dan pakcik ini.

Yang beragama, besederhanalah engkau. 

Carilah matlamat dalam hidup ini,

Rancanglah kematian!

# ALLAH, limpahkan berkat dan kasih sayangmu terhadap kedua ibu bapaku
# ALLAH, limpahkan hidayah dan taufiq berpanjangan kepadaku dan ahli keluarga.
# ALLAH, peliharalah jemaah ku.


- Rindu bumi KMM-

Fitree

12 Disember 2015






Disember 2015.

Permulaan bulan yang sayu.
Ramainya yang pergi menghadap Ilahi.
Baik golongan biasa, penghibur sehingga ke kerabat Diraja.

Pengakhiran kita,

Mati.

Yang membezakan kita cuma bila mati, saat mati, dan tempat mati.

" Sesungguhnya, setiap yang bernyawa akan merasai mati "

Rancanglah kematian.

Sepanjang berada di muka bumi ini. Ada beberapa kisah kematian yang memotivasikan. Memberikan nafas baru, aku juga harus mati begitu. Antaranya:

1. Hajar Sabir

Kenalan di matrikulasi. Kami se 'organisasi' sungguh mujahidah ini kuat orangnya. Diuji sakit daripada kemalangan di Melaka. Di pengakhirannya, dipenuhi dan sering dikunjungi orang soleh dan solehah. Bait-bait dakwahnya tersebar luas satu dunia. Google sahaja nama nescaya ada. Pahala kebajikan selepas pemergian melalui hasil tulisan ibunya moga membuatkan dia tenang disana.

2. Ahmad Ammar

Pemuda yang berumur hampir sebaya. Kemalangan yang menimpanya, sehingga di akhir saat pengebumiannya ulama Turki turun memberikan penghormatan terakhir. Beribu orang soleh turun menyembahyangkan dan mendoakan Ahmad Ammar. Buku tulisan kisah hidupnya yang gigih menuntut ilmu dalam mengkaji sejarah Islam membawa manusia mengenali agama tersebar luas satu dunia. Berapa ramai yang bermotivasi dalam membaca karyanya? MashaAllah.

3. Tuan Guru Nik Aziz

Fenomena. Beribu manusia mengerumuni rumah TGNA. Diceritakan pelbagai perkara 'menarik' berlaku. Allahualam. Sehingga hari ini, kubur TGNA tidak pernah sunyi dikunjungi andai ada ahli yang jaulah ke Kelantan. Hebatnya istiqamah hingga hujung nyawa. Pemergiannya tiada ganti. Pengorbanannya tiada ukuran.

"Kita bukanlah pemula. Dan bukan pengakhir.Kita rantai-rantai perjuangan"


Hari ini, sahabat kepada Arman pulang menghadap pencipta. Tulisan muka buku, intipati whatsapp yang tersebar semuanya menceritakan kebaikan arwah dan kegigihannya dalam jemaah. Pemergiannya tiba-tiba. Ketiadaannya dirasai sahabat. Sehingga aku yang membaca, dapat merasakan walaupun aku tidak pernah mengenali dia.

-kalam sahabatnya "engkau mati dalam keadaan memikirkan Islam-

Adakah anda menyangka mereka pergi dalam keadaan baik, dikerumuni orang-orang baik

berlaku secara tiba-tiba?

Jawapannya..

Tidak.


Sebaliknya, mereka merancang kematian. Kehidupan mereka di muka bumi, mereka memilih jalan yang baik. Pengukuhan aqidah, keteguhan iman, ilmu dan amal. Amalan tarbiyyah yang sememangnya indah dan istiqamah. Semua komponen ini mengambil masa dan pembentukan yang lama disertai mujahadah yang kuat.

Maka,

Aku bertanya. bagaimana kematianku kelak?

Sering mengeluh:
-  Cuti tak balik
- Orang lain banyak masa,boleh bergembira
- Letih
- Amal Tarbiyyah kelaut
- Bacaanku kurang.

Adakah aku layak? Moga Allah memelihara kita.

Rencanalah perjalanan hidup dengan sebaiknya.

Adakala aku berfikir, bekerja dalam bidang Oil&Gas..
Bagaimanakah keadaan jemaahku kelak? Aku perlukan lebih banyak pandangan dan bimbingan.

Aku sedang merencanakan perjalanan hidup.

Semoga aku, engkau teruss istiqamah hingga ke akhirnya.

Indahnya mati dalam jemaah.

Rancanglah kematian!

#fastabiqulkhairat



Sekarang minggu ke-11.
Bermakna 3 minggu lagi tinggal untuk menghabiskan sisa baki semester 7.
Bakal melonjak ke semester akhir.
InshaAllah.

Tiba-tiba datang ilham nak menulis.
Supaya bila dah 5-10 tahun akan datang boleh recheck semua.
Betul tak jadi seperti dirancang?
Impian jadi kenyataan, atau perkara lain sebagai kebetulan?

Allah maha mengetahui, sedangkan kita tidak mengetahui.

Rancangan ini hanya jangka pendek. Sekitar 3-5 tahun selepas bergraduat.

1. Kerja

Pastilah, lepas grad nak kerja kan? Kalau boleh sebelum konvo memang nak sangat dapat kerja. Mudah-mudahan dapatlah. Tak kisah kerja apa. Asalkan kerja. Impian nak masuk Oil and Gas awal-awal nie. Bina experience and skills. Jadi bawaha pun takpa, asalkan experience ada. Kerja sekarang perlu ada pengalaman, Pilihan terakhir kalau tak ada kerja, jadi pensyarah di kolej-kolej swasta. Macam senior sebelum ni. Nanti tahun depan boleh tengok balik dapat tak nak kerja awal. xD

 


2. Kereta

Hidup ini bukan kerana nak senangkan hati orang lain. So, untuk permulaan aku berprinsip untuk tidak berhutang kerana nak beli kereta. Mengikut statistik kajian, anak muda baru bergraduate menanggung hutang dan kerugian kerana gopoh nak beli kereta MELAINKAN kereta sangat-sangat perlu. Kalau berhutang sekalipun, aku akan pastikan tidak lebih 4 tahun.Melalui bacaan aku, mereka yang membeli kereta dan berhutang lebih 4 tahun jatuh dalam kategori berhutang berat.Noktah.



Bagi permulaan, kereta terpakai akan masuk dalam list to achieve. InshaAllah Myvi, Viva, dan Kelisa masuk dalam senarai. Hatta sekarang pun aku dah survey kereta yang mampu milik. Harga sekitar 10k-20k. Buat apa nak kisah apa orang cakap kan? Janji bebas hutang. Bila dah stabil, tukar kereta baru tu semestinya lah.

3. Rumah

Entah kenapa,aku tak nampak keperluan nak berumah lagi.Tapi tak mustahil boleh di consider juga.

4. Umrah dan Ziarah

Bismillah,
Minggu lepas ayah called and tiba-tiba ajak bercuti nak ke Australi katanya. InshaAllah kalau takda aral, boleh je pergi tahun hadapan lepas dapat kerja. Alang-alang memang cita-cita nak bawa ayah ke tanah suci Mekah. Jangkaan dalam tahun 2017 sewaktu aku umur 25 tahun. Nak kumpul duit setahun bekerja. InshaAllah umrah kami bertiga, ayah dan abang sekali. Masih dalam fasa perancangan. Impian dah lama simpan, semoga Allah sempatkan aku untuk berbakti pada Ayah dan keluarga. Aku harap tahun 2017, andai nafas masih panjang bila aku mula scroll post ini impian aku sudah tercapai, doa Allah makbulkan.







                                        Tempat yang paling ingin dituju sebelum nyawa dicabut.




5. Bisness

InshaAllah perancangan yang terakhir, buat masa ini. Andai kata aku tidak punya peluang hidup di offshore dan bekerja di darat, perniagaan adalah bidang yang akan aku explore. Sekarang baca banyak pelaburan hartanah sebagai salah satu cabang perniagaan. Kita orang Islam kena kaya. Gunakan saham harta sebagai pelaburan akhirat. Bayangkan kalau semua orang-orang kaya faham konsep zakat dan derma, susah kita nak jumpa orang miskin fakir teraniayai.




Perniagaan Pertama: Rumah sewa kos rendah
                  Kedua: Home Tuition or Tuition Centre
                  ketiga: Kedai Makan.

*******

Bakal tamat pengajian, dunia sebenar menanti di luar.

Semoga Hidayah dan Taufik Allah sentiasa mengiringi setiap inci perbuatan.

Fitree
27 November 2015
8.05 pm

Its November now.
and
This is my 7th semester in UPM.

Which mean, I am in my final year of studies. InshaAllah.

Dah hampir 3 bulan tak menulis blog.

Sejak pulang dari Bangkok, terus mulakan semester baru dengan sesuatu yang baru dan mencabar. Setakat 2 bulan selepas semester baru bermula, ada beberapa peristiwa menerjah ke dalam sejarah hidup ini.

Yang pertamanya.


Aku bertanding sekali lagi dalam Pilihan raya kampus sesi 2015/2016. Dengan IzinNya aku memenangi kerusi umum yang dipertandingkan dengan majoriti undian 4785. Maka dengan ini bertambahlah amanah dan tanggungjawab yang digalas. Tiada lain dipohon, semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Nak diceritakan, semalam baru selesai berkursus induksi di Melaka. En Zaim, u have my respect. Thats it.

Sebelum pembuangan undi ada ramai yang bertanya:

' Gila kuasa ke nak bertanding lagi?'

Haha..

' Biarlah kekal rahsia kenapa perlu bertanding'

Manifesto berbunyi Mencadangkan supaya penstrukturan yuran pengajian di UPM dikaji semula. Sesuatu yang besar dan berat untuk dijalankan. Tetapi tidak mustahil.

Fuhhh..

Sedang dalam perancangan ke arah merealisasikan manifesto!

Yang Keduanya.

Al maklumlah, bila dah final year bermaksud ada Final Year Project atau dalam singkatan (FYP). Dan aku sangat-sangat bersyukur, Allah posisikan aku di bawah seliaan Dr.Vivien How dengan tajuk yang aku minat yakni Chemical Health Risk Assessment.

Fikir punya fikir setelah brainstorm together, keluarlah tajuk Developing Action Plan to Follow Up CHRA.

Selesai peringkat proposal yang dah berjaya buat aku stress sedikit, tak pasti macam mana nak proceed dengan Master dan PhD. Boleh jadi cita-cita tertukar nanti.

Dapat supervisor yang bagus macam Dr Vivien ni sangat-sangat beruntung. Sangat guide student dibawahnya cara menjalankan research dengan betul. Di samping bertindak sebagai supervisor, dia juga bertindak selaku senior dan motivator yang sangat-sangat competent.

Semoga Allah meletakkan Dr dalam kalangan orang yang beruntung kelak. (amiiin).

Yang Ketiganya

 Maafku buatmu sudah terpadam aku kira. Entah mengapa, aku yg diam ini engkau cabar dengan keceluparan mulutmu.

Aku bersyukur, aku diam saat malam itu engkau hamburkan segala tohmahan pada aku.

Entah macam mana aku boleh diam dan tak melawan.

Aku dah menghadap engkau hampir 10 tahun. Permainan kau dah cukup terpahat dalam kepalaku. Umpat, Fitnah, Mengungkit memang makanan kau.

Aku kira cukup sampai sini. Jangan kau cuba lagi. Melayang tangan ku hinggap ke mukamu suatu hari nanti.

********

Tak banyak aku harapkan dalam tahun ini dan tahun hadapan. Semoga Allah panjangkan umur ayah dan abang untuk aku bawa bersama waktu convo nanti. Semoga FYP dan Manifesto berjaya seiring. Semoga iman kekal hingga mati.

Semoga Aku terus tabah menghadapi hari-hari yang menanti.

Terus tabah,

Fitree.
Ahad
15 November 2015.

" Hanya mereka yang berada dalam kegelapan yang mengerti dan merindui cahaya, (sahabat.2015) "

Ayat ini sangat memberi kesan. Hanya usrah whatsapp sahaja dah boleh memberi banyak input dan kesan. Bermula dari whatsapp juga, ada sahabat yang memberi idea buat penulisan 'Kembara Insan di Bangkok'.

Cumanya kerana masa yang terhad mungkin perlu berfikir berkali-kali sebelum bermula menulis.

Sedikit coretan pengalaman di Bangkok bermula apabila group whatsapp meminta untuk berkongsikan perihal dan pengalaman di negara yang popular dengan pulut mangga, dan syurga membeli belah ini. Lantas dijawab

' Harini hari pertama berpeluang menunaikan solat Jumaat di Bangkok '

' Harini ini diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke masjid '

' Dan harini diberi kesempatan solat jemaah '

Sungguh, hidup di negara yang Islamnya asing bukanlah mudah. Jiwa kena kental hati kena tabah. Tiba saat kau kelaparan dan kau tidak jumpa makanan halal, di situ hati kau meronta-ronta tidak ada tempat lain pergantungan selain daripada Allah.

Peristiwa ini mengajar aku seribu makna dalam hidup.Tibanya waktu berbuka puasa (ramadhan) sempat minum sedikit untuk berbuka dan bermulalah perjalanan mencari kedai makan dengan harapan dapat menjamah makanan ditambah kepenatan baru tiba di bangkok dan mengemas pakaian serta rumah.

Jalan dengan penuh semangat walau kelaparan. InshaAllah jumpa.

Tanya orang. Tak faham pula.

Jalan lagi.

Jalan dan terus jalan. Tidak jumpa. Hampir satu jam berjalan kaki,kembara mencari nasi.

Putus asa.

Kebiasannya, di negara asing untuk mencari makanan halal, carilah masjid. Senang nak jumpa. Malangnya di sini masjidnya jauh.

Hati terus berkata ' laparnya ya Allah '

Dalam perjalanan balik, tiba-tiba ternampak satu logo yang dicari-cari " Halal food ". Fuhh sesungguhnya selepas kesusahan pasti ada kemudahan. melantaklah terus. Alhamdulillah.

Itu peristiwa pertama yang betul-betul mengajar diri, tiada tempat pergantungan kita selain Allah.

Di bumi asing ini, tanpa keluarga, tanpa sahabat sejamaah, tanpa ada rasanya izzah islam, tiada lain selain Allah tempat kita bertawakkal dan meminta. Supaya sentiasa tabah dan positif. Hanya dengan akal yang positif dan waras, mampu menjana tindakan yang wajar.

Di negara yang penerimaan Islamnya adalah minor,peluang untuk berjumpa kumpulan usrah, kemudahan solat jemaah, sesi ceramah atau tazkirah sudah pasti hampir mustahil dan tiada.

Tambah lagi jika baru melangkahkan kaki ke tempat asing, tanpa kenderaan untuk mudah bergerak.

Persitiwa yang lainnya lagi, pabila aku ditanya:

A: Whats your name?

Me : Mohamad Fitree, you can call me Mohamad

A: Are you muslim?

Me: Yes I am.

(Mereka start mengumpat dalam bahasa Thai)

A: Are you IS army? (while showing an act holding a sniper)

Me: No, I am not.

Nampak?

Penerimaan sesetengah masyarakat di sini masih sedikit kurang tepat berkaitan Islam. Waktu solat di ofis juga, solat zuhur dikerjakan dalam keadaan sangat-sangat tidak khusyuk. kerana tiada bilik atau ruang solat, mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai dan kurang digunakan orang akan dijadikan kawasan solat.

Setiap kali sedang solat, dengar hentakan tapak kaki sudah mampu melajukan nadi. Cuak. Tawakkal hanya padaNya. Teruskan sahaja solat. Usai saja terus bangun.

Sudah lama di sini, suasana Islam itu semakin dirindui dan dicari-cari.

Bila ada depan mata, alpa. Itulah manusia.

Kata seorang sahabat ' Hanya Mereka yang Dalam Kegelapan Merindui Cahaya '.

Biar kita gelap sekarang, jangan gelap bila ada dalam 'lubang' masing-masing.

Kerana sekarang kita bisa buat perubahan dan sedar akan kelemahan. Bila gelap di dalam 'lubang' menjerit sehingga penduduk langit dengar sekalipun, tidak ada apa yang boleh ubah.

Noktah.

Seperti mana yang diceritakan berapa ramai penghuni kubur yang meminta masa sekejap sahaja untuk mengerjakan solat di dunia, kerana masa hidup solat itu asing baginya.

Perjalanan perlu diteruskan. Setiap ujian dan cabaran bukan untuk melemahkan malah menjadikan insan lebih kuat dan mengerti maksud tawakkal yang sebenar-benarnya.

Wallahua'lam.

Bangkok.
Suan Phlu.








 


Bismillah.

Sebelum berangkat ke walailak university ada jugak buat research untuk dapatkan gambaran awal macam

mana rupa walailak?

Ada ke makanan halal?

Ramai tak pelajar muslim?

Boleh faham bahasa melayu ke?

Unfortunately,

Informasi yang dijumpai sangat-sangat limited.

Ada.

Cuma terhad.

Untuk memudahkan urusan saudara-saudara lain dari Malaysia yang akan ke Walailak, InshaAllah serba-sedikit dapat beri input dalam memudahkan urusan. Ingat satu perkara ja.

' Di Walailak Semua Ada '

**Makanan**

Perkara paling utama. Sebelum ke Thailand pun dah mula-mula kaji di mana nak dapat makanan halal. Jangan risau kerana Walailak University mempunyai ramai pelajar muslim. Hampir 1k pelajar muslim yang belajar di Wu. Dan secara logiknya sudah pasti ada penjual makanan halal di Wu.

Hah.

Tak perlu risau dah. Di Wu ada dua kantin. Satu kantin malam dan satu kantin Siang. Disebabkan kami hadir pada bulan Ramadhan, So hanya kantin malam yang kami pergi.

Tak berkesempatan ke kantin siang. Semua jenis makanan ada dan SANGAT MURAH.

Nasi ayam = Rm 2.50 (25 Baht)

Ice blended al-ala cool blog = Rm 1.70 (17 Baht)

Nasi minyak = Rm 3.00 (30 Baht)

Bebola ayam = Rm 1.00 3 cocok

Boleh bayangkan tak perasaan nak buka puasa dengan makanan yang murah-murah ni? Ada antara kami yang beli ice blended sampai 2 sebab murah sangat.

       
Muka bahagia beli makanan. Murah-murah pulak. 

Yang ni gambar di hadapan kantin ada gerai-gerai jualan. Makanan halal pun ada. Bersama buddies dari Wu sebagai translator la. Nak harapkan kitaorang order memang berjam =,=.

Kedai makanan di luar Wu pun ada, dikenali dengan nama ' Relax Restaurant'. Di buka oleh salah seorang bekas pelajar di Wu sendiri. Harga makanan yang berpatutan dan sedap. Pernah makan nasi goreng ayam = Rm 4.00 (40 Baht).

                         
Relax restaurant 

Ni sewaktu di Relax Restaurant. Terletak lebih kurang 10 minit dari Wu. Di sini disediakan bilik solat di tingkat atas. So lepas buka puasa boleh terus solat di sini. Mudah.

p/s: Semua muka bahagia dapat makan kat restaurant. Bab makanan sangat senang. Luar dan dalam kampus berlambak kedai halal. Tinggal pilih ja. Untuk jimat saya sarankan makan dalam kampus.

** Bilik/ Kawasan Kediaman**

Di walailak ada 17 buah asrama kediaman berlainan bilik. Ada dua jenis bilik iaitu satu bilik dua katil dan ada bilik empat katil. Bergantung pada jenis bilik. Nasib baik masa datang ke Wu dapat satu bilik dua katil. Boleh tahan luas dan selesa.

Kemudahan bilik.

i.  Setiap bilik ada tandas sendiri. Tak perlu kongsi. Kat UPM mana dapat.

ii. Macam biasa ada meja tulis and plug

iii.Wifi laju nak mampus. Daftar tanya student kat sana.

iv. Ampaian baju.

v. Pantry dan sinki.

vi. Paling best. AIRCOND (boleh pasang 24 jam. Tapi jangan membazir ye)


Abaikan lelaki dalam gambar.

 So basically, macam ni rupa bilik. Abaikan manusia dalam tu ya. Fokus pada bilik je. Aircond tu.


Green campus

Susana sekitar kolej kediaman pada waktu petang. Hijau dan nyaman.

Nak jalan kaki?

Lupakan ya.

Dan jarak antara kawasan kediaman dengan fakulti boleh tahan jauh, sebab tu motor banyak kerana merupakan kenderaan utama pelajar untuk ulang alik kelas dan kantin.

Dan untuk sesiapa yang nak kemari, sila bawa sabun samak jugak, Di sini, anjing seperti kucing, Saya ulang ya, seperti kucing.

Bawa meja, depan tangga, kantin, kafe, kelas, semuanya ada anjing di mana-mana. Semua anjing pulak jinak ja, dan semua orang dianggap tuan. So bila dia nak gesel memang habislah.

So bawa sabun samak siap-siap.Sini tak jual.

** Kemudahan **

Disebabkan kami alhamdulillah dilahirkan dan masih Islam kemudahan untuk solat di sini iaitu surau ada disediakan. Jauh jugak, kena naik motor ya.

Dan di suraulah tempat untuk kita kenal pelajar-pelajar muslim. Yang perempuan senang nak kenal, pakai

tudung dah tahu muslim. Yang lelaki? Suraulah jawabnya.

Solat jumaat pun di sini.

 Tapi khutbah bahasa Thai laa.Zzzzzzz

Nak berbual bahasa melayu mari ja surau. Senang kerja. Pahala 27 kali ganda pun dapat.

Ramadhan di Thailand

Ni semua boleh cakap bahasa melayu. Jangan sombong ja la.. Tegur-tegur la diorang. Pernah jugak join

aktiviti persatuan islam di sini, iftar perdana. Makan nasi kerabu lagi.

kemudahan lain kat sini adala jugak 7e nak cari roti ke biskut ke semua ada. Kedai runcit yang barangnya

murah-murah. Kompleks sukan siap sauna, spa, gym dan swimming pool, bayar rm 3 (30 baht) ja dan bawa student kad.

            
Tak sempat mandi pun :3 

Untuk swimming pool campur lelaki perempuan, sauna nya asing laa. Tutup jam 9.00 malam.

kemudahan lain, ada bas ada ATM so tolong activate kad atm masing-masing sebelum ke luar negara.

Boleh google je.

Ada klinik dan ada water filter di mana-mana. Tak perlu beli air dah, refill ja.

Pasar malam setiap hari isnin, dan hari khamis ada pasar malam kat luar, dekat dengan tesco lotus.

** Tempat menarik sekitar kampus dan Nakhon si Thammarat **

Dalam masa dua minggu sempat jugak kami menjelajah kawasan Surat Thani dan Nakhon Si Thammarat ni. Memang banyak Wat dan pantai kat area ni. Tapi serious tak ingat nama-nama tempat.


 Di museum puppet show, tempat di mana mereka yang ke kawasan sini pasti akan singgah. Free ja.

Ala-ala krabi

Pantai tak ingat namanya. Btw, Wu sangat dekat dengan krabi dan phuket lebih kurang dua jam perjalanan, Boleh naik van ke sana dengan bayaran Rm 20 (200 Baht) seorang.

 Tapi kami tak sempat pergi, sangat sibuk dengan lab dan class.


Burung di Wat di nakhon si Tammarat ni jinak-jinak je.

Makanan burung ada jual so kena beli. ada banyak lagi tempat menarik cuma masa tak mengizinkan nak kunjung habis.

Haaa

Kan. ' Di walailak semua ada'

Masa di Walailak ni semua ada semua gembira. Dah sampai Bangkok? hahaha..

Nantikan la entry next.

Memang mencabar. Allah nak bagi tarbiyyah free di negara asing.

Dan saat-saat di walailak ni sangat la manis dan mudah.

Rasa seperti di negara sendiri, kawan-kawan pun ramai, nak makan apa pun senang dapat.

Selamat Tinggal walailak.

Ada rezeki singgah lagi.






















8/7/2015
Wednesday
Walailak University
Nakhon Si Thammarat

**********

Alhamdulillah.. yeahh
Its already second week in Walailak University. Lots of fun and unforgettable memories here. Inshaallah.

On 28 of June, we managed to reach Surat Thani airport at 12.30pm from KLIA 2. 
After 1 hour attempting immigration procedure, finally we are here. In Surat Thani.
Our arriving have been welcomed by 5 students from WU. They were Adi, Dayah, Jeen-jeen, and Wan som.

Fuhh susah jugak speaking..haha

Bukan apa..once you are in a foreign county.
English language will serve as the main communication tools.
Tak masuk lagi presentation with those lecturers, terabur english.

For this entry will be general. Im gonna write about The walailak University specifically so siapa2 yang nk ke WU in future maybe boleh refer to that post.

Basically this 1st week focuses more on the campus life, social view, and the education setting in Thailand.
Dan yang paling penting we reviewed what we had learnt in UPM.

Environmental Monitoring and so on.

So mehla tengok-tengok gambar


 






woo serious lama la berzaman hold nak habiskan entry ni sebab sangat2 sibuk dan tiada masa.. next entry will be full informations about walailak campus.

30/7/2015
Suan Phlu
Internship student
SGS

- Dua hari lagi sebelum kedatangan bulan yang penuh rahmat.-

Ramadhan Al Mubarak.

-Esok ada dua paper, PKK and Human research Method-

Sempat lagi menulis.
Kerana tiba-tiba aku rasa rindu.
Kerana tiba-tiba aku mengerti dan mula terasa. It has been 10 years without you.

Sudah 10 tahun,
Bersahur tanpamu,
Berbuka tiadamu.
Cuma pagi-pagi raya aku menziarahi mu.

Aku tidak memohon simpati,

Aku cuma nukilkan rasa hati.

Pejam celik.
Dah 10 tahun.
Tak pernah terlintas, betapa masa pantas berlalu.
Cuma hari ini Allah lontarkan rasa rindu aku padamu.

Waktu dulu, aku lakarkan rasa hati kenapa Allah mengambilmu?
. Kehidupan aku kosong.
Kamu yang membaca tidak akan pernah mengerti.
Sekarang aku sedang lagi memahami. Belajar mengerti dan berdikari.

-Aku ungkapkan pada diri, Allah menjaga aku secara terus-

Dalam tak boleh terima. Dah 10 tahun.
Mehnah dan tribulasi aku tempuhi.
Tanpa insan untuk aku ceritakan derita hati.
Rasa sakit hati.
Pengalaman diri.

-TIADA-

Hanya DIA yang memahami.

Sungguh beruntunglah kamu-kamu yang bisa lagi berbuka bersama keluarga,
sahur ada penemannya.
Raya tiada rasa tidak selesa.
Senyum sempurna semua sebuah keluarga.

Fuhhh.

I am gonna be strong enough.
Abangku sudah pun membuktikan dia mampu.
Terima kasih Allah kerana masih menyimpan Ayah dan Abang buat penemanku.

'Timeline' hidup 10 tahun ini tanpamu,
penuh liku.
Hinggakan aku terlupa ketiadaanmu.
Namun kamu sentiasa dalam doaku .

Susah ke?

Jawapannya adalah ye.

Aku berdoa semoga di syurga sana,
Allah menyatukan kita semua.

- Moga-moga-

9.51 pm
16/6/2015



Keheningan malam dipecahkan dengan bunyi tangisan bayi di dewan bersalin Hospital Besar Kuala Lumpur. Kelibat doktor dan jururawat sibuk keluar masuk dewan bedah.


“ Tahniah encik,anak lelaki! “ Seorang doktor lelaki memaklumkan berita gembira tersebut kepada Mazlan yang merupakan suami kepada Juliana, ibu kepada bayi tersebut.

“ Alhamdulillah,selamat semuanya. ” sambil memperbanyakkan syukur kepada Allah, Mazlan mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik di mana Juliana di tempatkan. Kelihatan riak wajah Juliana seakan-akan tidak gembira.

“ Anak kita syndrome bang, “ Juliana menerangkan kepada suaminya dengan keadaan kecewa.

“ Sekurang-kurangnya kita masih ada anak, bersyukurlah Ju. Ramai lagi pasangan di luar sana yang inginkan anak tapi masih tak dapat. Anak kita istimewa, kurniaan daripada Allah.” Mazlan memandang ke arah isterinya sambil memangku anaknya.

“ Abang berjanji yang kita akan besarkan anak ni dengan penuh kasih sayang.” Isterinya memandang ke arah Mazlan sambil tersenyum dengan sinar harapan yang tinggi.

Masa terus berlalu, proses pembesaran Rafique semakin memberangsangkan. Tidak banyak kerenah dan mudah untuk diuruskan. Kelihatan mukanya seperti kanak-kanak syndrome yang lain, matanya sepet, mulut dan telinganya kecil tidak seperti kanak-kanak yang normal seusia dengannya. Pergerakkannya juga lambat. Masalah utama yang dihidapi Rafique adalah masalah percakapan, dia lambat untuk bercakap dan perkataan yang keluar daripada mulutnya seakan-akan tidak jelas.


“ Rafique, nanti pergi sekolah jangan nakal-nakal. Rafique kena dengar cakap cikgu tau belajar pandai-pandai nanti boleh jadi doktor.” Juliana mempersiapkan anaknya untuk dihantar ke sekolah.

Sambil tersenyum ke arah ibunya Rafique berkata dalam keadaan yang tidak jelas “beeekk iibbu”.

Begitulah keadaan Rafique, tidak banyak bercakap.Dia telah didaftarkan ibunya ke sekolah anak-kanak khas dan berada di tahun 1. Dia lebih suka memberikan isyarat sama ada mengangguk atau menggelengkan kepala. Masanya banyak dihabiskan menconteng bukunya dengan tulisan dan lukisan yang dipelajari di sekolah. Setiap kali ayahnya masuk ke bilik, Rafique sentiasa bersama dengan buku contengnya, seolah-olah buku tersebut adalah barang permainannya.

Tidak lama kemudian, Juliana disahkan mengandung anak keduanya dengan Mazlan. Kandungannya kali ini agak sukar berbanding mengandungkan Rafique. Setiap hari Juliana mengalami alahan yang teruk sehingga semua makanan yang ditelan akan dimuntahkan kembali. Tekanan yang dialami Juliana kebanyakkannya dilepaskan kepada Rafique.

“ Rafique! Cepatlah siap! Kenapa kau lembab sangat ni! Rimaslah aku nak layan kerenah kau ni setiap hari! “

“mmmaaaffaf ibbuu” Rafique mempercepatkan langkahnya               

“ Lain kali, kalau kau lambat kau jalan kaki! Faham! “ sambil telinga Rafique dicubit-cubit,  Juliana terus memarahinya kerana pergerakkannya yang lambat.Rafique terus mengukirkan senyuman seolah-olah tiada benda yang berlaku.


Setelah lapan bulan mengendong kandungannya akhirnya Juliana bersalin di hospital yang sama Rafique dilahirkan. Bayinya  adalah seorang lelaki yang comel, dan keadaannya sihat seperti bayi-bayi yang lain. Mazlan dan Juliana berasa sungguh gembira.Rafique yang tidak mengerti apa-apa juga turut berasa gembira.

“ Rafique dah jadi abang tau “ terang ayahnya.Rafique hanya meangguk dan tersenyum.

Perhatian Juliana semakin beralih kepada anak keduanya Faiz, segala kasih sayangnya tertumpu kepada Faiz,kehadiran Rafique seolah-olah tidak wujud. Tetapi Rafique tidak pernah berasa begitu, kehadiran adiknya Faiz menggembirakan hari-harinya. Malahan tidak pernah timbul rasa cemburu di hati Rafique.

“ Apasal kau ni lembab sangat!!! Nak ke ibu campak buku kau keluar! Kau tulis apa benda ni? Cepat pergi kemas mainan yang bersepah kat depan tu! “ Rafique tersenyum tanpa berkata-kata.

“ Kenapa kau senyum? Faham tak yang aku tengah marah sekarang! Janganlah jadi lembab sangat! “ Juliana terus memarahi anaknya Rafique. Semua yang dilakukan Rafique tidak kena pada pandangan matanya. Semuanya salah. Seperti biasa Rafique hanya diam tersenyum dan berlalu pergi.

Masa terus berlalu, prestasi kesihatan Rafique semakin merosot. Hampir setiap hari dia mengalami demam yang teruk. Perhatian Rafique banyak di uruskan oleh bapanya. Semenjak kehadiran Faiz, hanya bapanyalah tempat untuknya bermanja. Ibunya sentiasa memberikan perhatian kepada adik barunya, Faiz.
Sudah seminggu Rafique demam panas, Mazlan mengambil keputusan untuk membawa Rafique unutk berjumpa denga doktor pakar di sebuah hospital kerajaan. Setelah di jalankan beberapa ujikaji Rafique disahkan menghidap penyakit kronik

“ Anak encik disahkan menghidapi penyakit kronik pada hatinya, hatinya dikesan gagal untuk berfungsi dengan baik untuk menyingkirkan toksik-toksik yang terkumpul di dalam badan. Walau apa pun pemeriksaan lanjut akan dijalankan.” Doktor dengan tenang menerangkan komplikasi masalah yang dihidapi Rafique.

Mazlan mengambil keputusan untuk menyembunyikan hal tersebut daripada pengetahuan Juliana kerana isterinya baru lepas bersalin.Dia yakin bahawa anaknya akan sembuh seperti biasa.
Sepanjang masa Rafique demam,dia banyak menghabiskan waktu di dalam bilik. Dia tidak lagi hadir ke sekolah. Setiap kali ibunya tertidur semasa melayan adiknya, Rafique akan duduk dihadapan ibunya. Menatap wajah ibunya dengan penuh kasih sayang. Mengusap wajah adiknya dengan penuh kasih.

Keadaan Rafique semakin buruk, setiap hari dia akan muntah-muntah.Mukanya bertukar sembab disebabkan terlalu banyak muntah.Bapanya semakin risau. Ibunya hanya menyerahkan tugas menjaga Rafique kepada suaminya. Juliana menganggap Rafique sakit-sakit biasa.Kehadiran Faiz membutakan kehadiran Rafique.

Seperti biasa, sebelum tidur Mazlan akan meninjau tahap kesihatan Rafique.

“Apiq syyang ayeh”dalam keadaan sukar Rafique berusaha untuk bercakap.

“Ayah sayang Rafique jugak”.

“Apiq rinduu ibbu” bercucuran air mata Mazlan tatkala mendengar ayat tersebut terpacul dari mulut anaknya. Dia mengetahui cara layanan Juliana terhadap Rafique, tetapi isterinya tetap berdegil acap kali Mazlan menegur cara layanannya yang kasar terhadap Rafique.

Di pagi yang hening, naluri hati Juliana terpanggil untuk mengejutkan Rafique.Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.Sesuatu yang seolah-olah menarik hatinya untuk ke bilik anak sulungnya.Dirasakan tarikan semakin dekat,hampir dan terus tertarik.

“Rafique, bangun dah pagi ni! “ Juliana mengejutkan anaknya. Tiada sebarang respon dari anaknya.

“Rafique! Jangan buat-buat tak dengar.Ibu ada banyak kerja nak buat untuk Faiz.”.Masih tiada respon. Juliana menghampiri badan anaknya.Kelihatan Rafique tidur sambil memegang buku contengnya. Dada Rafique terhenti,badannya dirasakan sejuk. Di saat ini Juliana merasakan dunianya gelap. Hilangnya permata yang dijaga.Jeritan memecah kesunyian pagi.

“Abang!!! Abang!! Datang sini tengok Rafique nie.” Dalam masa yang sama Juliana terus mengejutkan Rafique, berusaha untuk menyedarkan Rafique.Harapan diletakkan agar anaknya sedar kembali. Tercapai olehnya buku conteng yang dipeluk Rafique.Nalurinya kuat untuk membaca.Tulisan yang sukar untuk dibaca tetapi Juliana berusaha untuk memahami setiap butir perkataan yang ditulis.

“apiq lambat gerak ke sekolah,sebab apiq nak tengok muka ibu.Ibu cantik. Apiq nak tengok ibu
puas-puas”..Tulisannya agak sukar ditafsir tetapi Juliana terus membaca sambil air matanya bercucuran jatuh sehingga membasahi buku anaknya.

“Ibu  baik hati.Ibu hantar apiq ke sekolah.Ibu tak pernah marah.Harini ibu tarik telinga apiq sebab apiq
lembab.Maafkan apiq, ibu.”

“Apiq suka senyum tengok ibu, apiq tak nak buat ibu susah hati.Harini ibu marah apiq sebab apiq senyum.Maafkan apiq ibu.”

Juliana terasa dirinya adalah ibu yang tidak berguna.Dirinya berasa sangat menyesal kerana melayan Rafique dengan begitu.

“Apiq gembira dapat adik baru,hari-hari apiq suka tengok muka ibu dan adik bila tidur.apiq suka”

Air mata membasahi buku Rafique, air mata ibunya  yang dirindui.Juliana terus membaca sehingga ternampak sebuah lukisan yang memaparkan dirinya,Mazlan dan Faiz.

“Apiq akan rindu ayah,ibu dan Faiz.Maafkan apiq.Apiq lembab,maafkan apiq”

Juliana terus meraung sekuat hatinya.Semuanya telah terlambat.Rafique telah pergi menemui Allah.Badan Rafique di angkat sedikit dan dipeluk sekuat hati dengan air mata bercucuran. “Maafkan ibu apiq,maafkan ibu,maafkan ibu”.

Mazlan datang memeluk isterinya dan Rafique,air mata mereka bercucuran membasahi Rafique.Semoga air mata mereka mampu menjadi ubat rindu buat Rafique.Rafique pergi dalam pelukan kedua ibu bapanya.Semoga Rafique tenang di alam sana
Tanggal Mei 2015
Memperlihatkan perjanjian termeterai antara Fitree dan diri sendiri.

Padia?

Jeng.Jeng

Bismillah...


 Doctor of Philosophy will be one of the major aim in my life atfter all.

But why?

Passionate.

Thats the answer.



kerana minat dan cita-cita.. aku melakarkan janji pada diri bahawasanya tidak akan berlaku penyatuan dua jiwa selagi mana aku tidak memulakan langkah untuk pengajian PhD.

' Hang ni menzalimi diri sendiri!'

' Eh sapa cakap?'

Hakikatnya aku sedang mencabar diri sendiri. Andai kata aku nak kahwin awal ~~~~

Nak tak nak, aku dah kena mulakan langkah untuk buat PhD. Haaaa nampak tak? Syarat sekarang nak jadi pensyarah pun paling cikai memang kena ada PhD,
Prof Madya dan yang lain-lain tu lain cerita.

Kenapa Pensyarah?

Kerana jiwa aku, jiwa pendidik. Bukan pelajar sekolah dan tadika. kerana aku lemah dalam mengawal kanak-kanak.

Aku ingin menjadi seorang pensyarah seperti Ummi, Dr Malina Osman,Pendidikan bukan hanya ilmu teori semata-mata. Tapi juga pembinaan diri insan untuk mengenal tuhan.
Mengaitkan kesemua ilmu dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar ilmu kepada tuhan sekalian alam Allah swt.

Sungguh,

Boleh dibilang dengan jari. Dari sekolah rendah hingga ke alam universiti berapa ramai yang mengaitkan ilmu-ilmu yang diajar untuk lebih mengenal tuhan? (No offenses since everyone have their own way of teaching)

Sedangkan mereka bukan mengajar subjek keagamaan. Ini adalah pilihan sendiri. Aku memilih untuk membawa cara ini.

Umum mengetahui, antara bekalan akhirat kelak , adalah ilmu yang bermanfaat buat diri dan orang lain. Semoga dengan menjadi pendidik, ilmu yang dicurahkan akan terus menerus menjadi saham akhirat. Moga-moganya bidang yang dipilih ini menjadi medium untuk diluaskan lagi ajaran Islam pada anak-anak didik.

Sudah terbukti dan berjaya!
di matrikulasi suatu ketika dahulu. 
Dan ianya berterusan sehingga ke hari ini. Sudah ramai yang menjadi ahli kaderisasi dakwah.Alhamdulillah.

So next plan?

Will be graduating very soon inshaAllah next year on June.

Nak kerja setahun or less as safety officer,

Sambung master, then PhD if within the working years rasa nak kahwin then kena cepat-cepat amik langkah untuk buat PhD. Haha

May Allah ease the journey. May allah counts this for the benefits of deen. For my parents and family InshaAllah.

 








Merenung ke luar jendela,
Melihat kebesarannya~

Yes I am 22 this year.
Here I am, UPMian,
Alhamdulillah thank u Allah.
Sungguh,
Ada masa aku terdetik,
Betapa aku bersyukur berada di tahap ini.

Bersyukur dapat mengenali ramai individu,
belajar sehingga setahun lagi nak tamat,
MPP, MTM,SM
organisasi yang aku banyak pelajari
Syukur.

Kerana apa?

Kerana perjalanan kita tidak sama.

Jika diceritakan sejarah liku dan cabaran untuk sampai ke tahap ini,
Mungkin akan ada yang tidak akan percaya,
Kerana hidupku pernah berendam air mata,
Sakit.
Hati dan jiwa.

Sungguh sakit.

Tatkala lamunan cuba menjangkau masa silam,
cepat-cepat aku padamkan dari memori ingatan.

Kerana aku ingin yang indah2 sahaja
dalam kepala.

Menyesal?

Tak..

Siapa aku?

Hamba.

Kerana aku percaya pada hikmah.

" laa yukallifullah hunafsan illa 'us a'ha "

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan mereka


Alhamdulillah,
Segala puji bagi Allah,
Tuhan pemberi rahmat.

DIA mendidik aku melalui carta hidup yang telah disusun,

Ibarat kata kakak naqibah,

Tarbiah yang tidak dirancang.
Direct dari Allah.

Harini,
segala yang mendatang,
InshaAllah bisa dikawal,
Kerana aku pernah 'susah'

Next planning?

Sudah keutamaan akan ku berbakti
kepada keluarga ku dahulu.
Ayah dan abang.

Kahwin?

Tettttt..

last words

' Life is too short too regret. Do appreciate while you still can '








Kerana aku tertarik dengan bait-bait ini.

" Allah maha adil, kerana di akhirnya DIA hanya melihat taqwa"


Justeru,

yang tinggi yang rendah,

baik si putih dan si gelap,

si kaya dan si miskin,

yang handsome, cantik dan yang biasa-biasa,

baik yang sempurna dan kurang sempurna,

Sedarlah di akhir perjuangan kita hidup di muka bumi ini menuju ke alam mahsyar Allah hanya melihat TAQWA..

yang bersedih kerana tidak sempurna,

akhirkan kesedihanmu yuk,

Allah pandang taqwa tak pandang cantik, putih atau tingginya.

Adilkan?

Hati seakan-akan terketuk membaca bait ini. "Allah hanya melihat taqwa"

Allahurabbi.

Perjuangan manusia hari ini berusaha mencantikkan diri, mengejar keduniaan dan kekayaan. Tapi di akhirnya hanya taqwa.

Yang kurang sempurna kerap mempersoalkan kenapa aku?..kenapa aku?..kenapa aku?
Sedarlah allah sedang menguji mu.

" kau tak kena senang lah cakap"

"ouch"

Benarlah. Ramai kata aku hadir dalam pakej yang sempurna,tinggi,putih wajah kacukan

tapi kamu-kamu tidak mengetahui aku punyai seribu satu kekurangan serba serbi. Aku punya aib dan kesalahan diri. hanya Allah mengetahui.

Sungguh

Kejarlah taqwa, binalah ia.

kerana di akhirnya

"Allah hanya melihat taqwa"

Hadza min fadhli rabbi..
Bismillah.

Lamanya sudah tak menulis.. sibuk barangkali.

Moga-moga kesibukan ini yang mendekatkan diri denganNya bukan semakin menjauhkan. Alhamdulillah umur semakin meningkat perjalanan semakin mencabar dan diri semakin teruji.

"Pernah tak?"


"pernah apa?"

"Pernah tak terfikir kenapa kita hidup di muka bumi ni?.Dalam banyak-banyak sperma yang ada, kenapa kita yang berjaya?. Hebatnya kita dalam era perlumbaan menuju ke ruang persenyawaan untuk dihidupkan mengalahkan berjuta-juta pesaing yang lain."

" Alhamdulillah, berjaya juga hidup"

Thats the point. Dah hidup.

Tapiiii.. kenapa kita hidup?.


Rata-rata manusia umumnya dan manusia zaman ini khusunya semakin lari dari tujuan mereka dihidupkan.


Bukti?

Akidah semakin rosak,
Akhlak semakin punah,
Ibadah hampir lupus,
Ulamak dipersenda,
Hukum agama menjadi gurauan permainan.


Kita tengok sahaja remaja-remaja kita hari ini seolah-olah tiada tujuan hidup. Kembali ke zaman jahiliyyah.
Benarlah tanpa pembimbing dari Al-quran dan sunnah tujuan hidup semakin kabur. Kembalilah merenung kenapa kita diwujudkan.



Kembali merenung dan muhasabah adakah kita ini sudah benar-benar beribadah kepada tuhan? Allah s.w.t
Adakah hanya ibadah dan zikrullah semata-mata?
Selesai ibadah kembali jahil.

Apabila urusan agama hanya terletak pada ibadat semata-mata.

" Abang, kakak, adik, makcik, pakcik, "

" Urusan agama merangkumi semua. Dari awal hingga akhir dari sekecil-kecil perkara sehingaa sebesar-besar urusan. Semuanya berbalik kepada agama. nak berjual beli pun ada agama.'

Sekejap!!!!!

" GST?"

krikk krikk krikk.......


kembalilah merenung, dan bermuhasabah di mana kedudukan dan prestasi ibadah dan agama kita selama hidup di dunia selama 20 tahun ini.

Ibadah apa khabar?
Aurat sihat?
Akidah ok?
Ilmu agama ada?

salam muhasabah.


Andai dibuka,
sungguh diri ini hina.

Andai dibuka,
sungguh akanku berlari hingga ke hujung dunia.

Andai dibuka,
Allah..
Hinanya hamba :')

Tapi tidak,
tidak dibuka dan ditunjuk,
kepada manusia,
 hamba jelata kepada tuhan yang satu di dunia.

Terima kasih Allah.
Sungguh merasa terhina kerana hingga ke saat ini diri ini penuh dosa,
Penuh cacat cela.
Bermujahadah itu payah.
Susah.
Tapi aku percaya dan yakin ganjarannya INDAH.

Sedarlah,
Percayalah.
kerahlah akal dan fikiranmu,
Fikirkan
Betapa baik tuhanmu.
Kerana hingga kesaat ini Aibku, Aibmu.
Masih Allah pelihara.

Jika dibuka,
nescaya.
Aku, Kau dan sesiapa.
Tiada tempat berlindung. Malu.

Jika ditunjukkan titik hitam di muka,
Setiap kali komited dosa,
nescaya tidak keluarlah kita bertebaran di mana-mana.
Malu.


Terima kasih Allah,
Sungguh kami sedang bermujahadah.
Doakan aku,
keluarga ku, sahabat-sahabatku,kamu,
agar bermujahadah itu pilihan sentiasa.

Jagalah aibku, dan aibmu,
Jangan dibuka sengaja.
kerana yang malu bukan sesiapa.
Kita.

Sungguh, aku pelajari banyak perkara dengan mereka. Melalui pemerhatian, dan bekerja di dalam satu organisasi besar ini aku belajar banyak perkara daripada orang-orang yang berbeza pe'elnya. Mereka yang belajar untuk bertatih sedikit demi sedikit semata-mata untuk menjadi insan yang lebih baik,yang lebih mengenal tuhan hakikatnya membantu aku untuk melihat masih ada mereka yang sebenarnya ingin mendekati agama.

Mereka hebat.

Berada dalam saf bersama insan-insan ini aku melihat sendiri ramai yang berubah. Ya. Hidayah itu milik Allah. Di saff ini mereka-mereka sentiasa menegur dan berusaha untuk mewujudkan suasana "aman" di kawasan tempat tinggal sementara.





Mungkin sebelum-sebelum ini aku sudah terbiasa bekerja dengan mereka yang telah siap sedia berfikrah agama. Bertudung dan berjubah. Tapi kali ini berbeza. Feel tidak sama, yang penting ianya adalah sesuatu yang indah. Membuka mataku seluas-luasnya.Kerana mereka aku lebih menghargai apa yang aku ada.

Doa aku.
Semoga kalian Istiqamah.
Walaupun sesi kepimpinan kita telah tiada. kerana kepimpinan kita bukan sahaja di "sini" tetapi di dunia dan akhirat sana.


Alhamdulillah Post pertama tahun 2015.
Fuhh..
Memang bukan senang nak buat blog weihhh.. =='
Mula-mula dulu semangat.Tapi nak buat lagu mana..

Cek busy..

Tahun 2014,
Tahun yang mematangkan. Banyak pengalaman. Banyak Ujian allah bagi.
Rasa macam nak highlight events 2014 yang beri impak besar dalam diri ni..

Tak banyak pun..

1) Korea Tunggu aku mai!!


 Alhamdulillah.

Sampai jugak ke seoul, Percutian dengan family 6 hari 5 malam. Terima kasih la pada abang aku yang satu. Sponsor semuanya.
haishh semuanya indah2 la kt Korea ni..tapi well ada juga yang tak indah.
Peristiwa takkan lupa >>> Kena halau waktu tengah solat oleh pak guard.Walhal kt car park je pun T_T

InshaAllah nanti-nantila, kalau rajin nk buat entry pasal Korea.



 2) Majlis Perwakilan Pelajar

Dushh
Sungguh tak dirancang nak bertanding pihan raya kampus tahun 2014.
Semua jadi last-last minute.
Alhamdulillah.. ada hikmah kenapa Allah nk letak aku dalam posisi ni..




 Calon umum.
Alhamdulillah dengan undian 4031 berjaya memenangi kerusi umum. Amanah ni satu perkataan tapi dia punya soal tu tak terkira dunia akhirat. Kerana apa?
Kerana pemimpin ni antara golongan yang terawal akan dihisab di akhirat nanti.
Kerana amanah itu berat.

Apa-apa pun syukur sentiasa ada sahabt-sahahbat yang rela bersusah payah di sekeliling diri yang sentiasa alpa ini.. Allah.
Tahun 2015.

Tahun yang bakal didatangi lebih banyak amanah, tanggungjawab dan bakal menjadi satu permulaan yang akan lebih mencabar..

Allahhumma yassir..













Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home