" Hanya mereka yang berada dalam kegelapan yang mengerti dan merindui cahaya, (sahabat.2015) "

Ayat ini sangat memberi kesan. Hanya usrah whatsapp sahaja dah boleh memberi banyak input dan kesan. Bermula dari whatsapp juga, ada sahabat yang memberi idea buat penulisan 'Kembara Insan di Bangkok'.

Cumanya kerana masa yang terhad mungkin perlu berfikir berkali-kali sebelum bermula menulis.

Sedikit coretan pengalaman di Bangkok bermula apabila group whatsapp meminta untuk berkongsikan perihal dan pengalaman di negara yang popular dengan pulut mangga, dan syurga membeli belah ini. Lantas dijawab

' Harini hari pertama berpeluang menunaikan solat Jumaat di Bangkok '

' Harini ini diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke masjid '

' Dan harini diberi kesempatan solat jemaah '

Sungguh, hidup di negara yang Islamnya asing bukanlah mudah. Jiwa kena kental hati kena tabah. Tiba saat kau kelaparan dan kau tidak jumpa makanan halal, di situ hati kau meronta-ronta tidak ada tempat lain pergantungan selain daripada Allah.

Peristiwa ini mengajar aku seribu makna dalam hidup.Tibanya waktu berbuka puasa (ramadhan) sempat minum sedikit untuk berbuka dan bermulalah perjalanan mencari kedai makan dengan harapan dapat menjamah makanan ditambah kepenatan baru tiba di bangkok dan mengemas pakaian serta rumah.

Jalan dengan penuh semangat walau kelaparan. InshaAllah jumpa.

Tanya orang. Tak faham pula.

Jalan lagi.

Jalan dan terus jalan. Tidak jumpa. Hampir satu jam berjalan kaki,kembara mencari nasi.

Putus asa.

Kebiasannya, di negara asing untuk mencari makanan halal, carilah masjid. Senang nak jumpa. Malangnya di sini masjidnya jauh.

Hati terus berkata ' laparnya ya Allah '

Dalam perjalanan balik, tiba-tiba ternampak satu logo yang dicari-cari " Halal food ". Fuhh sesungguhnya selepas kesusahan pasti ada kemudahan. melantaklah terus. Alhamdulillah.

Itu peristiwa pertama yang betul-betul mengajar diri, tiada tempat pergantungan kita selain Allah.

Di bumi asing ini, tanpa keluarga, tanpa sahabat sejamaah, tanpa ada rasanya izzah islam, tiada lain selain Allah tempat kita bertawakkal dan meminta. Supaya sentiasa tabah dan positif. Hanya dengan akal yang positif dan waras, mampu menjana tindakan yang wajar.

Di negara yang penerimaan Islamnya adalah minor,peluang untuk berjumpa kumpulan usrah, kemudahan solat jemaah, sesi ceramah atau tazkirah sudah pasti hampir mustahil dan tiada.

Tambah lagi jika baru melangkahkan kaki ke tempat asing, tanpa kenderaan untuk mudah bergerak.

Persitiwa yang lainnya lagi, pabila aku ditanya:

A: Whats your name?

Me : Mohamad Fitree, you can call me Mohamad

A: Are you muslim?

Me: Yes I am.

(Mereka start mengumpat dalam bahasa Thai)

A: Are you IS army? (while showing an act holding a sniper)

Me: No, I am not.

Nampak?

Penerimaan sesetengah masyarakat di sini masih sedikit kurang tepat berkaitan Islam. Waktu solat di ofis juga, solat zuhur dikerjakan dalam keadaan sangat-sangat tidak khusyuk. kerana tiada bilik atau ruang solat, mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai dan kurang digunakan orang akan dijadikan kawasan solat.

Setiap kali sedang solat, dengar hentakan tapak kaki sudah mampu melajukan nadi. Cuak. Tawakkal hanya padaNya. Teruskan sahaja solat. Usai saja terus bangun.

Sudah lama di sini, suasana Islam itu semakin dirindui dan dicari-cari.

Bila ada depan mata, alpa. Itulah manusia.

Kata seorang sahabat ' Hanya Mereka yang Dalam Kegelapan Merindui Cahaya '.

Biar kita gelap sekarang, jangan gelap bila ada dalam 'lubang' masing-masing.

Kerana sekarang kita bisa buat perubahan dan sedar akan kelemahan. Bila gelap di dalam 'lubang' menjerit sehingga penduduk langit dengar sekalipun, tidak ada apa yang boleh ubah.

Noktah.

Seperti mana yang diceritakan berapa ramai penghuni kubur yang meminta masa sekejap sahaja untuk mengerjakan solat di dunia, kerana masa hidup solat itu asing baginya.

Perjalanan perlu diteruskan. Setiap ujian dan cabaran bukan untuk melemahkan malah menjadikan insan lebih kuat dan mengerti maksud tawakkal yang sebenar-benarnya.

Wallahua'lam.

Bangkok.
Suan Phlu.








 


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home