Tahun ini
Buat pertama kalinya aku menceburi bidang kebudayaan setelah sekian lama aku tinggalkan di zaman persekolahan.Padahal orkestra dan koir je pun ><"

Nasyid?

Ya Nasyid! ^_^

Alhamdulillah aku menggagahkan diri untuk diuji bakat kerana aku merindui untuk perform di atas stage.
Masuk sahaja ke bilik ujibakat aku tak fikir benda lain. Nak nyanyi then keluar dari bilik ni. Segan kot =.=
punya la banyak mata memandang.

Ujibakat lagu apa?

HAHA.. lagu aizat >>>> Hanya Kau yang Mampu.

Lepas beberapa lama aku diberitahu senior aku berjaya. Alhamdulillah. 
Bermulalah sesi latihan sempena pertandingan Nasyid peringkat kolej-kolej kediaman. Setelah beberapa lama latihan aku diletakkan posisi sebagai solo.

Allah.

" Aku dah lama takda kat atas stage, boleh ke ni?" terdetik hati.

Lagu:  hasil tulisan Aiman Che Omar
   dan lagu oleh Adi Putera.

bermula sesi latihan yang agak panjang. Bermacam teknik dan cara aku pelajari.Alhamdulillah syukur Kolej 17 Mengungguli 
ANUGERAH KHAS JURI.
Rezki Allah bagi.


      

 Setiap kali aku mengulang tayang video ini. Terasa bahang mata .Lirik lagu yang cukup menyentuh hati dan perasaan. Diilhamkan dari surah Ar rad ayat 11. (13:11)

"Tuhan takkan mengubah nasibmu.
 Jika kau yang tak mengubahkannya.
 Islamnya engkau dilahirkan.
 Peluang ke syurga "


Semoga anda-anda yang mendengar dapat menghayati dan memahami maksud lagu ini sebagai saham buat kami. Inshaallah



Majlis tertinggi Mahasiswa 2013/2014 .
Majlis tertinggi Mahasiswa 2014/2015.

Bismillah..

Tahun ini sahaja memperlihatkan aku memegang jawatan sebagai ahli kepada badan besar kolej di atas ini. Pada mulanya yang langsung tiada niat terdetik untuk memegang apa-apa jawatan, akhirnya dengan Izin Allah harini ini aku masih bergelar ahli Majlis tertinggi mahasiswa kolej 17 untuk dua penggal berturut-turut.

Macam mana boleh dua penggal? Gila kuasa eh?


Panjang ceritanya...... =___=

Semuanya bermula apabila aku diapprocah oleh kakak2 geng IGG (Islamic Girl Generation) walaupun geli dengan nama ni nak baca mula-mula dulu.Mampus kalau diorang baca..haha.
Tapi betullah apa yang mereka sampaikan pendekatan ataupun uslub dakwah melalui siasah.

"Kita perlukan orang macam ni mcam tu macam ni "

Ni la ayat diorang.. tapi kita diberi masa berfikir. Kerana apa, kita manusia memang dituntut untuk berfikir,Sebab tu kita ada akal.

Then isi borang. Interview. Keluar keputusan.

"Berjaya" dengan jawatan Sekretariat Blok dan Tugas-tugas Khas. Seramai 8 orang dalam satu sekretariat.

 hati mula terdetik. Betulkah jalan ini?. aku sudah pun menerima, yang tinggal hanya rancangan untuk melaksana selama setahun lamanya.

Selesai penggal pertama hati sudah nekad untuk tidak menyambung selepas pelbagai peristiwa yang berlaku.

Pedih.
Perit.
Sakit.

Tapi.
aku menemui sesuatu di jalan ini. Aku menemui TN. Aku melihat pelbagai sisi dari sudut berbeza.

Kita merancang, Allah jua merancang. Tiada perancangan yang hebat dan sempurna melainkan perancangan Allah.

Aku terima untuk menyambung selepas berkali-kali aku bertukar-tukar keputusan. Membuat keputusan ini bukan sesuatu yang mudah kerana ternyata amanah ini tidak terhenti di dunia.

Firman Allah bermaksud: "Dan Allah telah melantik kamu sebagai khalifah di atas muka bumi, maka Dia akan melihat apakah yang kamu kerjakan." (Surah al-A'raf, ayat 129

Hadis Rasulullah yang bermaksud: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal mengenai apa yang dipimpinnya.

 Menjadi ahli tertinggi di dalam sebuah organisasi aku melihat sisi tertinggi kali ini dianggotai oleh mereka yang hebat dan bukan calang-calang orangnya.Fikrah telah terbentuk cuma perlu diasah sedikit sahaja untuk ditajamkan kemampuannya.

Pemimpin.



Bukan sesuatu yang mudah. Menjadi nakhoda kepada lebih kurang 1800 mahasiswa adalah sesuatu yang mencabar. Dosa dan pahala antara faktor dan perkara yang utama. Kerana apa?
kerana pemimpin orang yang bakal ditanya.

Ayat yang selalu menjadi peganganku

"ketahuilah sifat dosa dan pahala itu mengalir"

Ya.

Mengalir. Kepada siapa?
Pemimpin.

Semoga jalan ini. Amanah ini membuka jalan kita ke syurga. Saham ke syurga. Bukan jambatan ke neraka.

Doa kalian.
Aku harapkan.






Bismillah,
Setelah sekian lama tidak menulis kerana kesibukan melampau lampau (moga kesibukan yang bermanfaat buat saham akhirat) akhirnya hamba muncul kembali di sini berbekalkan sedikit simpanan untuk coretan.

Hampir setahun.
Ya.
Hampir sahaja setahun. Bermacam-macam perkara, peristiwa, suasana, berlaku. Terlalu banyak yang ingin dikongsi. Terlalu pekat dan likat untuk dimuntahkan di ruangan ini.

Pengalaman pahit manis masam sepanjang aku tidak menulis terasa ingin kembali di sini.

InshaAllah..

bakal menyusul di kemudian hari.





Bismillahirrahmanirrahim

Bila berbicara soal BIAH.. mesti ada yang terfikir ni nama makcik-makcik zaman dulu ke? Haha. Tu PEAH ni BIAH. Haaa pernah dengar tak orang selalu sebut-sebut pasal Biah Solehah?
So Biah ni secara ringkasnya ditafsirkan mengikut kamus hamba sendiri hehe adalah persekitaran or surrounding.

Dan hamba nak berbicara KESAN dan PERANAN biah dalam kehidupan kita, dan bukannya cara ataupun pelaksanaan nak wujudkan biah solehah. Haaa.. fahamkan betul-betul yaa. Tak nak ada yang mengadu urat otak putus sebab tak berapa faham dan konfius.Haha.. Gurau ja. ^^

Cuba bayangkan dalam sebuah masyarakat kesemua ahlinya suka makan epal cicah kicap. Kat mana-mana pun. Kenduri ke, melawat sampai ke rumah ke, hospital ke, hadiah ke, semuanya suka kan makan epal dengan kicap. Sebab dah memang tradisi orang di kawasan tu makan epal dengan kicap. Walaupun memang pelik dalam konteks masyarakat kita. Tapi bila sampai sana mesti kita pun akan buat kan? Sebabnya agaklah janggal kalau kita tak buat sebab keadaan di sekeliling kita dah pun meng’hasut’ kita untuk buat haaaaa..

Janganlah nak nafikan.haha

Cuba tengok bila banyak je filem-filem pasal keganasan mat rempit, kaki gaduh semua mula nak ceburkan diri dalam benda-benda macam tu. Terutamanya remaja kita. Bila ada style rambut punk semua nak ikut. Ada je drama cinta-cinta mula lah nak try couple-couple ayam ni semua ==’.Sebab dah keadaan sekeliling macam tu.

TAPI

Cuba kita tengok dan hayati dari sudut POSITIF. Haaa. Boleh jadi kalau dah ramai ada artis berhijrah, semua ikut nak berhijrah. Ni salah satu keadaan yang baik yang boleh kita contohilah.

SO 

Kawan-kawan back to main topic to be discussed. Kita KENA letakkan dri kita dalam keadaan biah yang kita nak jadi sebab biah memberi kesan dan peranan yang sangat besar. SANGAT.

Kalau kita nak jadi baik letakkan diri kita dalam biah yang baik-baik dan juga kalau nak jadi sebaliknya.

Ada juga biah yang biasa je.Macam takde apa-apa. Haha 

Pengalaman hamba sendiri apabila duduk dalam satu kumpulan di mana ahli-ahlinya mereka yang sangat-sangat taatkan agama. Kita akan rasa lain dan kita akan ikut perbuatan dan perlakuan mereka. Serius. Ni adalah serius. Cuba letakkan diri dalam keadaan macam tu. Baru dulu-dulu attend kem. Bilik yang didiami oleh kami semuanya lelaki lebih kurang 12 orang sebelum subuh lagi dah ‘bising’.

Bising dengan apa?.

Dengan alunan ayat al quran mereka. Seorang demi seorang bangun capai alquran dan baca. What a wonderful Biah. Satu group yang lain tengah siap-siap nak bangunkan malam yakni Qiam. What an amazing Biah. Bila dalam kerja berkumpulan baik lelaki dan perempuan sama-sama sentiasa berjaga-jaga dalam pergaulan. Kalimah yang sentiasa keluar di bibir adalah kalimah-kalimah suci. Bayangkan kalau anda berada dalam biah itu, dalam kelompok tu, anda akan lihat saja dan buat perkara yang bertentangan ataupun ikut sekali ahli-ahli dalam kumpulan tu?..

tepuk dada Tanya answer. 

Sama je bila hamba dalam kumpulan ataupun biah yang berlainan. Hamba tak nafikan hamba pun akan terikut-ikut. Teruk betul hamba T.T

Sebab tu kalau ada yang mengajak hamba terpaksa tolak. Walaupun kadang-kadang hamba ikut je demi meraikan dan dalam masa set niat akan jaga batas pergaulan semuanya. Tapi bila sampai satu tahap di mana kita sahaja, ada kalanya terbabas juga. So untuk lebih berhati-hati elakkan dari berlaku dengan tak join ye kawan-kawan.

Thus

BIAH= SIAPA KITA

Nak jadi baik? Pilih Biah yang baik.

Nak jadi hantu?.. sendiri fikir la oii! Haha

Salam..
selawat.






Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah malam ni hamba ada point nak tulis..hehe..

Masih teringat-ingat laki kata-kata seorang ahli motivasi dulu.. MATLAMAT kita yang terakhir nanti nak dambakan syurga Allah.. Kita nak masuk SYURGA.Betulkan?..
Sebab lepas proses Timbangan amal nanti kita akan dicampakkan sama ada ke SYURGA ataupun NERAKA (naudzubillah)
    

Bila tanya nak masuk mana, semua akan jawab SYURGA. *teringat masa sekolah dulu*
TAPI
Tanya balik,
Reflek balik,
Amik cermin, Letak kat depan muka! Tak pun berdiri depan almari yang ada cermin!

Setiap hari kita,
setiap masa,
setiap minit,
Perlakuan kita, Ibadah, akhlak, ada tak ciri-ciri AHLI SYURGA?
Haaa.. Ada tak?..
Tepuk dada tanya di mana kedudukan kita di akhirnya.

Hamba nak kongsi satu tips. yang dulunya hamba pun dapat dari kawan-kawan hamba di matrik dulu.
Pertama sekali, BETULKAN AQIDAH!
walaupun kita ni lahir islam..kita tak pernah pun AMBIL BERAT soal AQIDAH.

Hamba 19  tahun hidup, hamba mengenal erti sebenar AQIDAH masa di matrik. Alhamdulillah hamba kenal semula tuhan hamba. (doakan hamba istiqomah)
walupun hamba ada kala juga tercicir dari landasan yang sebenar.( Teruk betul hamba T.T )

Sebab tu masa wahyu turun, Umat manusia pada zaman tu diajar erti mengenal Tuhan yakni Allah. lepastu baru diajar cara beribadah. Bukan diajar solat dulu,puasa,lepastu baru kenal sang Pencipta.

Lepas dah clearkan AQIDAH pergi steps seterusnya TARBIYYAH.
Didikkan, Ajaran,
Rajinkan diri ke majlis-majlis ilmu,
Mantapkan ibadah kita terutama solat.
Hadir ke kem-kem islamik,
Hiasi dengan zikrullah dan kalamullah.
Join usrah. ^^

AQIDAH jelas + IBADAH mantap = AKHLAK terindah !

Tak percaya?..cuba try..
sebab tu nak cantik luar cantikkan dalam dulu..
inshaAllah bila dah cantik dalam,
dah kenal siapa tuhan,
dah perbaiki ibadah dengan Tarbiyyah,inshaAllah,
yang luar akan ikut INDAH, yakni diri dan perlakuan kita.

Dan yang terakhir sebelum hamba mengundur diri,
Bila kita dah kenal siapa tuhan sebenarnya, dan mengamati
makna sebenar AQIDAH,
Hamba merayu. TOLONGLAH,HUAAAAAAA
TOLONG.
Berhijrah.

Berapa ramai yang kenal dan faham makna AQIDAH
tapi tak nak berhijrah?.
kenapa Tak nak tutup aurat ikut syariat?
kenapa tak nak labuhkan tudung tutup dada?
kenapa masih bercinta tak halal?
kenapa masih berseluar pendek dan berseluar ketat?

satu jawapan hamba.
anda dan anda masih belum mengenal erti AQIDAH.(hamba pun bukannya yang paling faham)

Kepada nada yang membaca,
JOM,

TEGUHKAN AQIDAH.




Anda yang sedang membaca,
saya kira anda sedang memikir.. hehe
sebab apa?
sebab apabila anda membaca hakikatnya anda sedang berfikir!
( anda sedang pun berfikir.. hehe)

Ye!
Anda, dan anda semua,
Kita,
Tak kira siapa,

Peguam yang ligat berbicara,
Guru yang giat mengerah keringat,
Perdana Menteri yang mentadbir negara,
Sultan dan juga raja,
Tukang sapu jalanan,
Penghantar surat,
Pencuci tandas.

Sedarkah anda dan anda,
Kita sebenarnya SAMA..
kerana kita adalah HAMBA
kepada TUHAN yang sama
Yang Maha ESA
Allah s.w.t

Andai diri rasa dihina,
Andai suka menghina,
suka membangga,
Gemar rasa dipuja.

Hakikatnya kita adalah SAMA
Kerana kita HAMBA!,
Cuma kita TIDAK SERUPA
Berbeza pangkat, Darjat dan harta.
Itu semua hanya DUNIA,
Semata.

Buanglah perasaan itu,
cukuplah hanya kita rasa yang kita adalah HAMBA,
Kalau kalau bukan keranNYA,
Kita bukan sesiapa.

Medan kita yang sebenar,
NUN!
Jauh di sana.
Akhirat yang kekal selamanya.
[ Tanyakan jika aku tiada di syurga :'(  ]

Bersyukurlah
kerana saya,
kamu,
kita,
adalah



- HAMBA-





“Dengan izin allah semoga kita berjumpa lagi di syurga sana, bersama anak-anak.”

 Ditatap wajahnya buat kali terakhir, kucupan dahi yang terasa sejuk, pegangan tangan yang tidak akan dirasai lagi. Kaku. Pergi.

***

  Nad, cuba bagitahu abang, bahagia tak Nad dengan perkahwinan kita? ”

“ kenapa abang tanya macam tu? Abang dah bosan dengan Nad eh? “
“ Eh, abang yang tanya Nad dulu, abang balik yang kena? “.
“ Demi Allah tuhan yang dah menyatukan kita, Nad tak pernah rasa tak bahagia pabila bersama abang. Perkahwinan ni hadiah terindah dari allah. Mana mungkin Nad rasa kecewa dan tak bahagia.”

Senyuman jelas terpancar di raut muka Salman. Hatinya dirasakan sejuk. Hadiah terindah dari Allah. Zaujah yang menerima segala kekurangan yang terdapat pada dirinya. Tidak pernah derhaka hatta meninggi suara, semua kemahuan akan diturutinya. Nadhirah Habsyi hadiah kurniaan Ilahi.

Sepanjang lapan tahun perkahwinana mereka, Salman dan Nadhirah dikurniakan sepasang cahaya mata. Bakal pewaris ulamak. Dididik sebaik mungkin mengikut acuan islam. Formula Alquran dan Sunnah.

“ Aiman nak jadi pandai kan?” soalan dituju kepada anaknya yang berusia empat tahun.

“ nak! “

“ kalau nak kena buat apa? “

“ makan kismis! Sebab nabi pun makan kismis “. Dijawab oleh si kakak yang berusia lima tahun.Petah berbicara, seolah-olah lebih tua dari usianya.

“ Pandai anak-anak ummi.” Dicium kedua-dua anaknya. Permata tiada galang ganti. Amanah dari Ilahi. Pewaris yang bakal meneruskan risalah nabi. Di muka bumi.

Setiap hari, setiap jam, dan setiap saat Salman berusaha membentuk keluarganya selaras dengan ajaran islam.Solat berjemaah, mengaji, makan bersama diterapkan dalam keluarga yang dicintai demi membentuk peribadi diri anak-anak yang terpuji.Dibantu si isteri yang sentiasa di sisi.

Rumah tangga yang selalunya bahagia kini diuji. 

Dilanda badai yang datang tanpa diundang. Salman jatuh sakit. Suatu pagi diri digagahkan untuk bangun dari tidur. Tidak pernah dirasakan sebegitu. Sesuatu yang tidak kena. Salman merasakan dirinya terlalu lemah hatta untuk mengangkat tangan pun memerlukan seribu daya.Luar biasa.

“ Darah encik telah diambil untuk dianalisis, harap encik boleh bersabar dan sila berehat secukupnya di wad ini.”

“ apa yang sedang berlaku ni bang?” Air mata Nadhirah jatuh membasahi katil. Dirasakannya begitu sebak. Tidak dapat menerima kenyataan suaminya jatuh sakit secara tiba-tiba. Tanpa amaran tanpa berita. Hanya tiba-tiba.

“ Nad, banyakkan istighfar. Nad tahu kan siapa yang bagi sakit? Allah sedang menguji kita barangkali. “

Salman terdiam. Memikirkan siapa yang akan mengambil alih tugasnya sebagai ketua keluarga. Siapa yang akan menjaga isteri dan anak-anaknya andai dia terus jatuh sakit dan tidak mampu bergerak dan tidak berupaya membuat sebarang pekerjaan.

“ saya kena strok ke doktor? “

“ Darah encik normal, tiada sebarang indikasi yang menyatakan encik diserang penyakit kronik. Buat masa sekarang encik boleh berehat dulu sementara kami menjalankan ujikaji yang lebih mendalam.”

“Allahuakbar.” Hanya itu yang mampu dilafazkan Salman. Di saat diri terasa memerlukan, tiada yang lain selain dari namaNya yang diungkapkan. Air matanya bergenang. Hilang nikmat seperti orang-orang biasa.Tidak sempurna.

“ ya allah, andai aku terus sakit atas ujianmu. Ku pohon, kau peliharalah isteri dan anak-anakku ya Rabb. Sesungguhnya hanya kaulah tempat aku meminta pertolongan.”

Sepanjang keberadaan Salman di hospital, Nadhirah lah yang telah mengambil alih tugas Salman. Setiap pagi dihantar anak-anaknya ke tadika Pasti, kemudian terus ke tempat kerja. Tengahari ke hospital melawat si suami untuk melayan makan tengaharinya. Di sebelah petang Nadhirah akan menjemput anak-anaknya untuk  dibawa bersama melawat ayah mereka di hospital. Terus pulang ke rumah, masak untuk anak-anaknya dan bersedia mengajar mereka mengaji dan menyiapkan tugasan rumah.

“ Abi sakit ya ummi?.” Tanya si kakak.

“ Abi sedang berehat la kakak.” Jawab si Aiman

“ Ooh maksudnya Allah bagi abi rehatlah kan Ummi?.” sambung si kakak lagi.

Tersenyum Nadhirah. Kedua gelagat anak-anaknya menghiburkan hatinya. Dia bersyukur iman anaknya telah terbina seawal usia. Mengaitkan segala yang terjadi di muka bumi ini adalah kerana izinNya.

Sudah hampir enam bulan Salman menderita sakit misteri. Dia sudah pun pulang ke rumah atas nasihat doktor kerana pihak hospital tidak mampu merawat sakit Salman atas sebab tidak diketahui punca penyakitnya. Pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan termasuk rawatan tradisional. Penyelesaiannya belum dijumpai. Sabar hanyalah kunci.

“ Maafkan abang ya Nad.” Air mata Salman bergenang.

“ Takde apa pun yang abang perlu minta maaf dengan Nad. Abang tak salah apa-apa pun.”

“ Abang kesian tengok Nad. Tak henti-henti menguruskan keluarga. Maafkan abang tak mampu jadi suami yang bisa menghidangkan isterinya kemewahan dan kesenangan. Abang tak mampu sediakan orang gaji.”

“ Apa yang abang mengarut ni? Nad tak nak pun semua tu. Nad nak abang redha dengan Nad. Nad gembira buat semua ni demi abang dan anak-anak. Nad tak pernah rasa menyesal.” Air mata Nadhirah Habsyi jatuh membasahi bumi.Dicium tangan Salman memohon seribu keampunan. Dirasakan seolah-olah itulah waktu kali terakhirnya bersama suami. Hiba.

***
Hari ke hari keadaan Salman masih sama tanpa sebarang perubahan malah semakin teruk. Rutin harian masih diteruskan oleh Nadhirah sebagai permaisuri rumah tangga dan ibu kepada dua orang permata.

“ Abang, kita jumpa bomoh nak? Kita cuba ikhtiar guna cara tu.”

“ Astaghfirullah, apa yang Nad cakapkan ni?.” Riak muka Salman berubah.Serius.

“ Tak kiralah apa pun yang berlaku, jangan pernah kita menduakan Allah! Sakit datang dari allah. Allah jua yang akan menyembuhkan abang. Bukan dengan cara bomoh yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan.” Tegas kedengaran suara Salman.

“Abang, maafkan Nad. Nad kemungkinan letih mungkin sebab tu tercakap macam tu. Maafkan Nad.” Lantas dicapai tangan Salman memohon kemaafan.

“ Nad, maafkan abang. Sebab abang sakitlah Nad jadi macam ni.” Salman mengusap lembut kepala isterinya.Sayu.

“ Nad dah boleh tuntut fasakh. Abang dah tak berdaya nak buat apa-apa untuk Nad. Abang dah tak ada keperluan untuk Nad.Abang rasa abang takkan bertahan lama.”

Mata Nadhirah tepat memandang ke muka Salman.Air mata bercucuran jatuh.

“ Demi Allah, Nad takkan mintak macam tu. Nad hanya nak redha abang sebagai seorang isteri.Nad tak pernah rasa terbeban. Nad janji takkan cakap macam ni lagi. Bagi Nad hidup Nad dah sempurna dengan kehadiran abang dan anak-anak. Maafkan Nad abang. “

 Malam dingin, dihiasi air mata, dua insan bercinta, bukan kerana nama tetapi hanya Allah semata.

Dengan izin Allah, Nadhirah mengenali seorang pemuda yang dikenalkan oleh rakan sekerjanya. Merupakan seorang pengamal ilmu perubatan Islam secara mendalam.Dijemputnya ke rumah  bertemu si suami untuk mendapatkan rawatan.

“ Terima kasih ustaz. Sudi datang untuk merawat saya dari jauh.”

“ InshaAllah, kita hanya mampu berusaha. Seterusnya kita serahkan pada Allah. Bagi saya dah menjadi tanggungjawab untuk membantu sesama saudara yang dalam kesusahan. Banyakkan zikir dan selawat.”

Setelah hampir setahun berikhtiar, keputusan untuk melakukan rawatan perubatan islam bersama ustaz Faiz menunjukkan kesan yang positif. Tangan dan kaki Salman sudah mula memberikan respon apabila ingin digerakkan. Jari jemari jugak sudah boleh bergerak seperti sedia kala. Hanya Salman sendiri memerlukan masa untuk melatih dirinya agar dapat bergerak seperti keadaan normal. Rawatan diteruskan seperti biasa.

“Alhamdulillah, abang bersyukur sangat-sangat keadaan abang semakin baik. Walaupun abang tak pasti apa punca penyakit abang, abang tetap yakin yang ni semua ujian Allah untuk kita sekeluarga. InshaAllah dah sihat nanti abang cadang nak buat kenduri kesyukuran.” Salman bersemangat tatkala bersembang dengan Nadhirah di kamar tidur.

“ Tidak ada yang lebih membahagiakan Nad selain tengok keadaan abang semakin pulih. Nad rindu nak tengok abang boleh berjalan seperti biasa.”

“ InshaAllah, kalau ada rezeki nanti kita sama-sama tunaikan umrah ya. Terima kasih untuk semuanya Nad. Abang bersyukur dikurniakan isteri seperti Nad yang sanggup bersabar dengan semua ujian Allah. Nad mengambil alih tugas abang selama abang terlantar sakit.”

“ Tidak ada yang lain selian redha abang yang Nad pinta.” Nadhirah memujuk manja.

“ Abang.” Nadhirah menyambung.

“ Ya.”

“ Izinkan Nad jadi bidadari abang di syurga nanti ya? Nad takut nanti Nad cemburu tengok abang bersama bidadari lain di syurga nanti.” Nad bergurau manja.

“Di dunia pun abang dah berasa Nad bidadari abang kurniaan Ilahi. Abang sentiasa redha ke atas Nad. Nad isteri yang baik. Nad wanita dunia bidadari syurga bagi abang.” Malam menjadi semakin gelap. Senyuman terukir di wajah Nadhirah Habsyi. Tenang. Dipanjatkan kesyukuran kerana bisa melihat wajah suaminya seperti sedia kala. Alhamdulillah tidak lekang di bibir. Tidur keduanya dalam pelukan mesra.

“Nad, bangun Nad. Kita tahajjud dulu sempat lagi ni.” Salman mengejutkan Nadhirah dari tidurnya. Tiada respon. Dirasakan sejuk.

“Nad! Bangun Nad! Kenapa ni?” Dipusingkan badan isterinya. Dirasakan nafas yang keluar dari hidung. Tiada. Hanya angin sejuk pagi menyinggahi. Badan Nadhirah sejuk.Kaku.

“ Innalillahiwainnalillahirojiun.” Air mata Salman bercucuran jatuh. Dipeluk Nadhirah sekuat hati. Nadhirah dibasahi air mata suami. Ingin dijerit kepada seisi bumi. Meraung sekuat hati. Terus tenang Nadhirah dalam pelukan suami.Pergi menghadap ilahi.

***

“ Nad bidadari abang dunia dan akhirat.Terima kasih untuk semuanya.Dengan izin allah semoga kita berjumpa lagi di syurga sana, bersama anak-anak.”

 Ditatap wajahnya buat kali terakhir, kucupan dahi yang terasa sejuk, pegangan tangan yang tidak akan dirasai lagi. Kaku. Pergi disaksikan anak-anak dan suami. Bersedia untuk dibawa bersemadi.Hilang dari muka bumi.





Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home