Keheningan malam dipecahkan dengan bunyi tangisan bayi di dewan bersalin Hospital Besar Kuala Lumpur. Kelibat doktor dan jururawat sibuk keluar masuk dewan bedah.


“ Tahniah encik,anak lelaki! “ Seorang doktor lelaki memaklumkan berita gembira tersebut kepada Mazlan yang merupakan suami kepada Juliana, ibu kepada bayi tersebut.

“ Alhamdulillah,selamat semuanya. ” sambil memperbanyakkan syukur kepada Allah, Mazlan mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik di mana Juliana di tempatkan. Kelihatan riak wajah Juliana seakan-akan tidak gembira.

“ Anak kita syndrome bang, “ Juliana menerangkan kepada suaminya dengan keadaan kecewa.

“ Sekurang-kurangnya kita masih ada anak, bersyukurlah Ju. Ramai lagi pasangan di luar sana yang inginkan anak tapi masih tak dapat. Anak kita istimewa, kurniaan daripada Allah.” Mazlan memandang ke arah isterinya sambil memangku anaknya.

“ Abang berjanji yang kita akan besarkan anak ni dengan penuh kasih sayang.” Isterinya memandang ke arah Mazlan sambil tersenyum dengan sinar harapan yang tinggi.

Masa terus berlalu, proses pembesaran Rafique semakin memberangsangkan. Tidak banyak kerenah dan mudah untuk diuruskan. Kelihatan mukanya seperti kanak-kanak syndrome yang lain, matanya sepet, mulut dan telinganya kecil tidak seperti kanak-kanak yang normal seusia dengannya. Pergerakkannya juga lambat. Masalah utama yang dihidapi Rafique adalah masalah percakapan, dia lambat untuk bercakap dan perkataan yang keluar daripada mulutnya seakan-akan tidak jelas.


“ Rafique, nanti pergi sekolah jangan nakal-nakal. Rafique kena dengar cakap cikgu tau belajar pandai-pandai nanti boleh jadi doktor.” Juliana mempersiapkan anaknya untuk dihantar ke sekolah.

Sambil tersenyum ke arah ibunya Rafique berkata dalam keadaan yang tidak jelas “beeekk iibbu”.

Begitulah keadaan Rafique, tidak banyak bercakap.Dia telah didaftarkan ibunya ke sekolah anak-kanak khas dan berada di tahun 1. Dia lebih suka memberikan isyarat sama ada mengangguk atau menggelengkan kepala. Masanya banyak dihabiskan menconteng bukunya dengan tulisan dan lukisan yang dipelajari di sekolah. Setiap kali ayahnya masuk ke bilik, Rafique sentiasa bersama dengan buku contengnya, seolah-olah buku tersebut adalah barang permainannya.

Tidak lama kemudian, Juliana disahkan mengandung anak keduanya dengan Mazlan. Kandungannya kali ini agak sukar berbanding mengandungkan Rafique. Setiap hari Juliana mengalami alahan yang teruk sehingga semua makanan yang ditelan akan dimuntahkan kembali. Tekanan yang dialami Juliana kebanyakkannya dilepaskan kepada Rafique.

“ Rafique! Cepatlah siap! Kenapa kau lembab sangat ni! Rimaslah aku nak layan kerenah kau ni setiap hari! “

“mmmaaaffaf ibbuu” Rafique mempercepatkan langkahnya               

“ Lain kali, kalau kau lambat kau jalan kaki! Faham! “ sambil telinga Rafique dicubit-cubit,  Juliana terus memarahinya kerana pergerakkannya yang lambat.Rafique terus mengukirkan senyuman seolah-olah tiada benda yang berlaku.


Setelah lapan bulan mengendong kandungannya akhirnya Juliana bersalin di hospital yang sama Rafique dilahirkan. Bayinya  adalah seorang lelaki yang comel, dan keadaannya sihat seperti bayi-bayi yang lain. Mazlan dan Juliana berasa sungguh gembira.Rafique yang tidak mengerti apa-apa juga turut berasa gembira.

“ Rafique dah jadi abang tau “ terang ayahnya.Rafique hanya meangguk dan tersenyum.

Perhatian Juliana semakin beralih kepada anak keduanya Faiz, segala kasih sayangnya tertumpu kepada Faiz,kehadiran Rafique seolah-olah tidak wujud. Tetapi Rafique tidak pernah berasa begitu, kehadiran adiknya Faiz menggembirakan hari-harinya. Malahan tidak pernah timbul rasa cemburu di hati Rafique.

“ Apasal kau ni lembab sangat!!! Nak ke ibu campak buku kau keluar! Kau tulis apa benda ni? Cepat pergi kemas mainan yang bersepah kat depan tu! “ Rafique tersenyum tanpa berkata-kata.

“ Kenapa kau senyum? Faham tak yang aku tengah marah sekarang! Janganlah jadi lembab sangat! “ Juliana terus memarahi anaknya Rafique. Semua yang dilakukan Rafique tidak kena pada pandangan matanya. Semuanya salah. Seperti biasa Rafique hanya diam tersenyum dan berlalu pergi.

Masa terus berlalu, prestasi kesihatan Rafique semakin merosot. Hampir setiap hari dia mengalami demam yang teruk. Perhatian Rafique banyak di uruskan oleh bapanya. Semenjak kehadiran Faiz, hanya bapanyalah tempat untuknya bermanja. Ibunya sentiasa memberikan perhatian kepada adik barunya, Faiz.
Sudah seminggu Rafique demam panas, Mazlan mengambil keputusan untuk membawa Rafique unutk berjumpa denga doktor pakar di sebuah hospital kerajaan. Setelah di jalankan beberapa ujikaji Rafique disahkan menghidap penyakit kronik

“ Anak encik disahkan menghidapi penyakit kronik pada hatinya, hatinya dikesan gagal untuk berfungsi dengan baik untuk menyingkirkan toksik-toksik yang terkumpul di dalam badan. Walau apa pun pemeriksaan lanjut akan dijalankan.” Doktor dengan tenang menerangkan komplikasi masalah yang dihidapi Rafique.

Mazlan mengambil keputusan untuk menyembunyikan hal tersebut daripada pengetahuan Juliana kerana isterinya baru lepas bersalin.Dia yakin bahawa anaknya akan sembuh seperti biasa.
Sepanjang masa Rafique demam,dia banyak menghabiskan waktu di dalam bilik. Dia tidak lagi hadir ke sekolah. Setiap kali ibunya tertidur semasa melayan adiknya, Rafique akan duduk dihadapan ibunya. Menatap wajah ibunya dengan penuh kasih sayang. Mengusap wajah adiknya dengan penuh kasih.

Keadaan Rafique semakin buruk, setiap hari dia akan muntah-muntah.Mukanya bertukar sembab disebabkan terlalu banyak muntah.Bapanya semakin risau. Ibunya hanya menyerahkan tugas menjaga Rafique kepada suaminya. Juliana menganggap Rafique sakit-sakit biasa.Kehadiran Faiz membutakan kehadiran Rafique.

Seperti biasa, sebelum tidur Mazlan akan meninjau tahap kesihatan Rafique.

“Apiq syyang ayeh”dalam keadaan sukar Rafique berusaha untuk bercakap.

“Ayah sayang Rafique jugak”.

“Apiq rinduu ibbu” bercucuran air mata Mazlan tatkala mendengar ayat tersebut terpacul dari mulut anaknya. Dia mengetahui cara layanan Juliana terhadap Rafique, tetapi isterinya tetap berdegil acap kali Mazlan menegur cara layanannya yang kasar terhadap Rafique.

Di pagi yang hening, naluri hati Juliana terpanggil untuk mengejutkan Rafique.Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.Sesuatu yang seolah-olah menarik hatinya untuk ke bilik anak sulungnya.Dirasakan tarikan semakin dekat,hampir dan terus tertarik.

“Rafique, bangun dah pagi ni! “ Juliana mengejutkan anaknya. Tiada sebarang respon dari anaknya.

“Rafique! Jangan buat-buat tak dengar.Ibu ada banyak kerja nak buat untuk Faiz.”.Masih tiada respon. Juliana menghampiri badan anaknya.Kelihatan Rafique tidur sambil memegang buku contengnya. Dada Rafique terhenti,badannya dirasakan sejuk. Di saat ini Juliana merasakan dunianya gelap. Hilangnya permata yang dijaga.Jeritan memecah kesunyian pagi.

“Abang!!! Abang!! Datang sini tengok Rafique nie.” Dalam masa yang sama Juliana terus mengejutkan Rafique, berusaha untuk menyedarkan Rafique.Harapan diletakkan agar anaknya sedar kembali. Tercapai olehnya buku conteng yang dipeluk Rafique.Nalurinya kuat untuk membaca.Tulisan yang sukar untuk dibaca tetapi Juliana berusaha untuk memahami setiap butir perkataan yang ditulis.

“apiq lambat gerak ke sekolah,sebab apiq nak tengok muka ibu.Ibu cantik. Apiq nak tengok ibu
puas-puas”..Tulisannya agak sukar ditafsir tetapi Juliana terus membaca sambil air matanya bercucuran jatuh sehingga membasahi buku anaknya.

“Ibu  baik hati.Ibu hantar apiq ke sekolah.Ibu tak pernah marah.Harini ibu tarik telinga apiq sebab apiq
lembab.Maafkan apiq, ibu.”

“Apiq suka senyum tengok ibu, apiq tak nak buat ibu susah hati.Harini ibu marah apiq sebab apiq senyum.Maafkan apiq ibu.”

Juliana terasa dirinya adalah ibu yang tidak berguna.Dirinya berasa sangat menyesal kerana melayan Rafique dengan begitu.

“Apiq gembira dapat adik baru,hari-hari apiq suka tengok muka ibu dan adik bila tidur.apiq suka”

Air mata membasahi buku Rafique, air mata ibunya  yang dirindui.Juliana terus membaca sehingga ternampak sebuah lukisan yang memaparkan dirinya,Mazlan dan Faiz.

“Apiq akan rindu ayah,ibu dan Faiz.Maafkan apiq.Apiq lembab,maafkan apiq”

Juliana terus meraung sekuat hatinya.Semuanya telah terlambat.Rafique telah pergi menemui Allah.Badan Rafique di angkat sedikit dan dipeluk sekuat hati dengan air mata bercucuran. “Maafkan ibu apiq,maafkan ibu,maafkan ibu”.

Mazlan datang memeluk isterinya dan Rafique,air mata mereka bercucuran membasahi Rafique.Semoga air mata mereka mampu menjadi ubat rindu buat Rafique.Rafique pergi dalam pelukan kedua ibu bapanya.Semoga Rafique tenang di alam sana
Tanggal Mei 2015
Memperlihatkan perjanjian termeterai antara Fitree dan diri sendiri.

Padia?

Jeng.Jeng

Bismillah...


 Doctor of Philosophy will be one of the major aim in my life atfter all.

But why?

Passionate.

Thats the answer.



kerana minat dan cita-cita.. aku melakarkan janji pada diri bahawasanya tidak akan berlaku penyatuan dua jiwa selagi mana aku tidak memulakan langkah untuk pengajian PhD.

' Hang ni menzalimi diri sendiri!'

' Eh sapa cakap?'

Hakikatnya aku sedang mencabar diri sendiri. Andai kata aku nak kahwin awal ~~~~

Nak tak nak, aku dah kena mulakan langkah untuk buat PhD. Haaaa nampak tak? Syarat sekarang nak jadi pensyarah pun paling cikai memang kena ada PhD,
Prof Madya dan yang lain-lain tu lain cerita.

Kenapa Pensyarah?

Kerana jiwa aku, jiwa pendidik. Bukan pelajar sekolah dan tadika. kerana aku lemah dalam mengawal kanak-kanak.

Aku ingin menjadi seorang pensyarah seperti Ummi, Dr Malina Osman,Pendidikan bukan hanya ilmu teori semata-mata. Tapi juga pembinaan diri insan untuk mengenal tuhan.
Mengaitkan kesemua ilmu dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar ilmu kepada tuhan sekalian alam Allah swt.

Sungguh,

Boleh dibilang dengan jari. Dari sekolah rendah hingga ke alam universiti berapa ramai yang mengaitkan ilmu-ilmu yang diajar untuk lebih mengenal tuhan? (No offenses since everyone have their own way of teaching)

Sedangkan mereka bukan mengajar subjek keagamaan. Ini adalah pilihan sendiri. Aku memilih untuk membawa cara ini.

Umum mengetahui, antara bekalan akhirat kelak , adalah ilmu yang bermanfaat buat diri dan orang lain. Semoga dengan menjadi pendidik, ilmu yang dicurahkan akan terus menerus menjadi saham akhirat. Moga-moganya bidang yang dipilih ini menjadi medium untuk diluaskan lagi ajaran Islam pada anak-anak didik.

Sudah terbukti dan berjaya!
di matrikulasi suatu ketika dahulu. 
Dan ianya berterusan sehingga ke hari ini. Sudah ramai yang menjadi ahli kaderisasi dakwah.Alhamdulillah.

So next plan?

Will be graduating very soon inshaAllah next year on June.

Nak kerja setahun or less as safety officer,

Sambung master, then PhD if within the working years rasa nak kahwin then kena cepat-cepat amik langkah untuk buat PhD. Haha

May Allah ease the journey. May allah counts this for the benefits of deen. For my parents and family InshaAllah.

 








Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home