Assalamualaikum & Salam Tahun Baru 2018!

Walaupun dah nak masuk pertengahan bulan 2, hehe disebabkan kesibukan makanya tiada masa untuk 'publish' penulisan. 

Mata berat, badan penat. Nak lelapkan mata, tapi sukar. Memilih untuk mengupdate blog, mana tahu boleh tidur lepas selesai menaip.

Alhamdulillah. 

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Merujuk kepada tajuk entri kali ni, rezeki 2018. Segala puji bagi Allah tuhan pemilik rezeki dan pemberi rezeki buat semua kita hambanya. Murah rezeki awal tahun kali ni. Hari-hari kita hidup rezeki, tubuh badan sihat, rezeki. Nikmat Allah kasi ni, kalau kita tak tahu guna dan bersyukur boleh jadi kufur nikmat.  Naudzubillah.

Nak dijadikan cerita, akhir tahun 2017 sekitar bulan Disember. Melalui applikasi Linkedin, adanya recruiter merisik untuk jawatan Safety (HSE). Maka rajin-rajinlah bina networking dan update profile Linkedin. 

Dengan tips 'The Secret' dan kebergantungan kepada Allah, aku gagahi pentas temuduga bagi 2 syarikat. Selesai bulan 12 tahun 2017, di awal tahun 2018 datang dua tawaran daripada syarikat 'gergasi' ini yang best dari segi nama dan latar belakang. Ini lah rezeki pembuka tahun 2018! ☺

1. Mondi (Company dari Austria, producing beg packaging)

2. Aerodarat Services - Malaysia Airline Berhad (MAB, formerly known as MAS)

Gembira? Sangat ok! Haha disebabkan di saat-saat akhir ada berlaku sedikit konflik dalam penentuan career. Tapi, subjek penukaran arah kerja bukan mudah. Banyak faktor dan perkara perlu dititik beratkan khususnya benefits dan peluang career development. 

Tips untuk bertukar kerja:


a. Kenaikan gaji daripada gaji pokok, adalah sebanyak 30% , ataupun sekurang-kurangnya 20%.  Barulah berbaloi. Sekiranya tak capai, fikir banyak-banyak kali. 


b. Faedah sampingan macam elaun dan kelebihan lain. Bandingkan dengan apa yang ada sekarang. 

Tips ni, daripada otai-otai lama yang dah bekerja so rujuklah mereka supaya keputusan yang kita buat tak merugikan di masa hadapan. Banyak benda kena fikir sampai rasa stress woi. 

So, disebabkan dua faktor di atas, aku kongsikan rezeki tawaran kerja tersebut kepada orang lain. 💖

Semoga peratusan pengangguran berkurang lah hendaknya. Haha

Ada orang tanya , ' Menyesal tak Fitree lepaskan tawaran tu? ' dan sejujurnya aku buntu. 

Aku duduk diam dan mengkoreksi diri, boleh jadi rezeki ini adalah ujian, boleh jadi nikmat.

Beberapa minggu selepas peristiwa melepaskan tawaran kerja, ada lagi berita gembira!

BONUS. 

Ye. 

Awal tahun adalah musim bonus, dan Alhamdulillah angka bonus yang besar menyinggah masuk ke dalam akaun bank. Tak pernah aku sangka, tapi sekali lagi dengan 'The Secret' dan keyakinan terhadap rezeki allah,  nikmat itu takkan lari. Terima kasihlah  bos- bos yang sangat baik hati. 

Diberitakan juga, daripada boss Anas that I secured the highest achievement appraisal in the department for year 2017. Tak tahu betul atau tak, tapi syukur and rasa nak kerja keras lagi. Yup, money and appreciation are not the main core that will drive us, but they serve as catalyst. 

Update terbaru, semalam baru sahaja Employee Reunion Day melabuhkan tirai dan ya, HR adalah penganjur program bagi setiap tahun, Dan apa yang dinantikan oleh pekerja sewatu program ni berlangsung adaalah cabutan bertuah. Ada tiga kategori cabutan bertuah dan Alhamdullilah rezeki sekali lagi menjadi milikku dengan tips 'The Secret' (aku tulis dan tampal) ketiga-tiga kategori cabutan bertuah menjadi!

1. Table lucky draw - Soap Milk
2. Board lucky draw - Cash money $$$
3. Stage lucky draw -  Cash Money $$$

Berapa jumlah cash money? Lepaslah sebijik handphone Samsung.. Haha. 

Segala puji bagi allah tuhan pemilik sekalian alam. Kalau perasan, beberapa kali 'The Secret' di highlightkan. Sebenarnya, aku menguji dan cuba mempraktikkan apa yang ditulis dalam 'The Secret'.

Aku tak tahu bagaimana akan berlaku tapi aku tahu aku nak!

Apa benda ni?

Kalau rajin boleh google dan buka youtube. Bukunya pun ada dan boleh beli time big bad wolf. Its about a tool to changed our mindset.

Dan peringatan, baca dan kaitkan dengan akidah Islam macam yang pernah ditulis dalam entri sebelum ni. 

Yakinlah, segala apa yang jadi setiap saat dalam hidup kita ini, adalah dengan izin Allah. Maka mohonlah dan banyakkan sedekah! Suka doa Ustaz Asri di KMM dulu. 

" Ya Allah ya tuhan pemilik rezeki, kau Limpahkan rezeki Halal yang MELIMPAH RUAH kepada Kami dan jadikan kami hambamu yang bersyukur" 


Fitree
11.40pm
Kuala Lumpur. 


Assalamualaikum, Salam sejahtera.

30/12/2017.

Di saat-saat akhir tahun 2017, mengambil sedikit lagi masa berbaki untuk menukilkan tulisan perjalanan sepanjang tahun 2017. Supaya kekal menjadi ingatan, boleh disungkap di masa depan. barangkali jadi tatapan anak-anak atau sesiapa yang membaca. Kisah perjalanan hidup.

Tahun 2017. 

Tahun berdikari sendiri secara total. Genap setahun aku berdiri sendiri tanpa orang yang paling disayangi. Payah. Memang payah, tapi tanpa kau sedar, kau sudah pun melaluinya. Pejam celik, kau lupa tatkala kesibukan melanda, kau sudah mampu membuat keputusan sendiri, mengatur kehidupan sendiri. 

Viral, berita berkaitan Iqram Dinzly sepanjang minggu ini. Komen aku. Aku pernah berada di tempat dia. Aku hilang setahun. Sepanjang masa berperang dengan identiti sendiri aku benci orang sekeliling aku tanpa sebab. Aku halau, aku buang kerana berperang dengan emosi, mainan diri yang datang dari entah mana. Bisikan yang sering menjengah tanpa diundang. Lama-kelamaan hampir bertahun, sedikit demi sedikit aku mula menerima takdir dan membuka hati membenarkan kerja Ilahi. Kerana kita hamba.

kadang-kadang aku ketawa sendiri. Pelik. Semakin meningkat usia semakin besar cabaran dia. Hidup perlu diteruskan. Aku senyap. tarik nafas dan berikan semangat positif masuk dalam diri. Its going to be fine. I am going to be happy. 

Tahun 2017.

Aku semakin mengenal diri. Melalui 'The Secret' diperkenalkan oleh my boss. Entah dari mana, ada satu aura positif yang membuatkan kau akan menukar they way how you think and look into matter. Semakin aku belajar semakin aku 'throwback' kisah silam. Berkaitan Law of Attraction yang menghubungkan cara pemikiran dan kehidupan seharian. Aku praktikkan sedikit demi sedikit. Aku 'increase acceptance' untuk mengubati sikap yang mudah merengsa dek kerana 'perfectionist' dan 'judgemental' yang sudah lama bertahun terbina. Optimist vs Realistic?

Aku mudah kecewa dengan sikap manusia, lama kelamaan kau akan perasan, perasaan ini akan membunuh. Persoalan terjawab kenapa aku terlalu selective dalam memilih kawan sejak zaman sekolah. Ilmu baru. Tahun 2018, ilmu lain akan aku korek. Tips untuk membaca dan mempraktikkan, bawa bersama akidah dan kaitakan dengan ajaran islam. Noktah. 

Tahun 2017.


Berbicara soal karier, penuh cerita di dada. Semakin rumit berbanding zaman belajar. Semakin rumit semakin sulit, semakin menarik dan mencabar. Dunia karier juga di mana aku belajar mengenal manusia dalam masa mengenal diri sendiri. Apa yang boleh diperbaiki, apa kelemahan. Untuk tahun permulaan ini, belajar dan teruskan belajar. Always put yourself in the  modest level. Aku mengorak langkah dalam bidang safety dengan serius. Aku tanamkan keseriusan dan terjemahkan dalam bentuk perbuatan. Kadang-kadang kecewa itu terlalu hebat. Haha. Tapi di situ, aku semakin mengenal diri, memerhatikan cara akal berfikir dan menentukan tindakan. Kadang-kala childish! Bangkit dan belajar. 

Tahun 2017.

Boleh dikatakan apabila kau semakin mengenal diri, kau semakin matang dalam menguruskan kehidupan. Lantas terciptalah azam tempoh masa 3 tahun baik dalam karier, perkahwinan, kewangan dan asset. Buat pertama kalinya. Tak pernah-pernah aku serius berbicara soal hidup. Di zaman kolej dan universiti, kau mendengar perkara sama berulang kali. Kau bingung. Bila masa nak guna? Tiba saat kau perlu berdiri sendiri. Kau akan mula faham. Terus kau terjemahkan dalam bentuk perancangan. Again, gabungkan Law of Attaraction.  

Tahun 2017.

Berjalan melihat bumi tuhan, mengkoreksi diri dalam menambahkan pengalaman dan iman. Kita dijadikan berpuak-puak untuk saling mengenali. Bermula dengan Osaka Japan-Perth Australia-Acheh Indonesia. Tiga negara aku lawati. Ya, mengembara adalah hobi dan minatku. Next destination? Nantikan. 

2018.

Tiada azam spesifik, cuma aku ingin meneruskan hidup dengan lebih baik. Ingin terus belajar. Mengenal diri dan memberi manfaat pada makhluk lain. Allah, aku butuh kekuatan! 



Terus berjalan. 
31/12/2017
12.08 am

Maluri, Cheras. 

P/s: Selamat tinggal 2017. Terima kasih untuk mereka yang masih tetap setia bersama di saat susah dan senang. Anda tahu siapa anda. 

"Pakcik nak seringgit"

Itu ayat yang keluar daripada mulut seorang BUDAK lelaki berumur lingkungan 8-9 tahun sewaktu sedang berjalan menusuri pasar malam Rawang. Ya, pasar malam. 

Bukan gelaran pakcik yang ingin 'dihighlightkan' tapi disebalik permintaan seringgit ini, terbit satu keinsafan dan sentapan sehingga harini ini kekal segar. 

Aku memandang ke arah budak ini dengan jelingan. Ya jelingan. Kerana bagi aku, tindakannya seolah-olah tiada adab dan kelakuannya dalam pertimbangan pertama aku dia adalah budak jahat. Aku 'judge" dia!

Aku terus berlalu pergi. Rasa angkuh sekejap, 

Beberapa tapak kehadapan. Aku berhenti. Diam dan terfikir sejenak. 

"Kau miskin ke Fitree? Kau miskin ke bagi dia SERINGGIT ? " 

Bisikian aku ke dalam hati.

Sedangkan aku baru beberapa hari dalam minggu gaji. Pendapatan aku boleh dikatakan terlebih cukup untuk seorang diri. Dengan taraf hidup di Rawang yang boleh dikatakan tidak terlalu menekan. 

Aku toleh kebelakang, rupanya budak ini masih mengekori ku, matanya tajam melihat gerai-gerai sekeliling. Aku keluarkan wallet. Aku hulurkan sekeping 'note'. Aku hulur ke dia. Senyuman terukir panjang. Terus dia berlari kebelakang.

Aku sambung berjalan sambil aku membentak jiwa yang bakhil. Aku merasakan kesal. Bersalah dengan Allah.

"Seringgit Fitree. Kalau dia jahat dia mintak RM50!"

'Malaikat kecil' yang dihantar tuhan ini, aku kira sebagai teguran tidak langsung dari Allah.

Boleh jadi tanpa sedar kita semakin berkira di saat rezeki semakin lapang.

Selesai sahaja membeli, aku berjalan pulang ke motor. Tetapi, mata terus menangkap kelibat budak tadi.

Yong Taufu.

Ya itu makanan yang dia beli. Di kiri dan kanan budak itu ada dua orang budak perempuan kecil. Aku kira adik-adiknya. Niat di hati aku ingin tambah lagi. Tapi aku terlalu MALU dengan BUDAK ini.

Barangkali dia punya hati lagi besar daripada aku.

Aku berjalan laju terus ke motor untuk mengelak daripada bertemu.

Berbelas tahun yang lepas, aku adalah budak. Kerna bukan berasal daripada keluarga kaya aku pernah terdetik " Bestnya kalau ada duit banyak kalau pergi PASAR MALAM "

Itu dialog aku berbelas tahun yang lepas. Kira tempat 'shopping' sekarang bukanlah pasar malam. Mall menjadi pilihan.

Tetapi mengapa. Bakhil menjadi taruhan.

Mata bergenang, aku kira kerana rindu masa kecil dan menangisi peristiwa kecil ini.

Terima kasih Allah atas teguranMu.

Untuk menerima, memberilah! 




Previous PostOlder Posts Home