Saat tulisan ini dilakarkan,
takungan air mata ditahan daripada pecah dari empangannya. Tangan ini
seakan-akan masih lagi mempersoalkan adakah ini reality atau hanya mimpi.
Fikiran masih lagi memikirkan adakah ini sudah terjadi atau hanya skrip tv.
Monolog melontarkan jawapan, kita
buka sesiapa untuk mempersoalkan. Terima dengan hati yang redha. Demi masa,
semua akan tenang kembali. Saat yang sangat-sangat aku takut untuk hadapi
akhirnya tiba.
Kadang-kadang aku rasa aku sudah
bersedia, kadang-kadang tidak.
Pergilah ayah. Tenanglah di sana.
Selepas hamper 11 tahun ayah menunggu saat berjumpa mama, akhirnya hajat ayah
terlaksana. Ayah dikebumikan di sebelah pusara mama. Rezeki yang memang Allah
tetapkan. Ramai yang berkata, ayah dan
mama bersanding di pusara.
Hari demi hari, hati ini semakin
boleh menerima takdir. Semakin boleh menerima reality dan kebenaran. Ayah dan
mama kedua-duanya telah pergi menghadap ilahi. Kadang-kadang rasa, usia aku
terlalu muda untuk diletakkan dalam situasi ini. Mamanya pergi sewaktu kecil,
ayahnya pergi selesai sahaja pengajian. Sebulan sahaja dalam alam pekerjaan. Sekali sahaja dapat belanja ayah makan.
***
Alhamdulillah. Sebulan Allah bagi
masa untuk kami berdua ada dengan ayah. Hampir dua minggu penuh adik dengan
ayah pagi petang siang malam dekat hospital. Memang Allah bagi peluang untuk
ayah habiskan sisa hidup terakhir dengan anak-anak. Ayah hembuskan nafas
terakhir dalam pelukan dan dakapan adik. Air mata tak henti-henti mengalir,
seakan-akan drama tv, tapi semua realiti.
[4 Minggu Sebelum: 8/8-14/8]
Kami called ayah, berhari-hari
ayah tak angkat. Kebiasaan memang ayah akan call semula dan sangat-sangat
jarang ayah tak angkat. Hati semakin risau, akhirnya hari Selasa dapat jugak
call ayah. Suara ayah tersangat sayu, lemah. Hati mana yang tak runtun dengar
suara ayah macam tu. Keesokkan kami berdua balik, lepas asar kami sampai rumah.
Tengok ayah di ruang tamu, terbaring badan panas sangat. Ayah tak ingat kami
berdua. Sepanjang perjalanan ke hospital ayah senyum, seperti biasa ayat ayah,
“GPS dah tak boleh guna”. Semua senyum, ketawa kecil. Sakit-sakit pun buat
lawak lagi. Muka dan wajah itu kekal dalam ingatan.
Sampai ke hospital terus ke zon
merah. Dr kata ayah mengalami jangkitan
kuman dan toksik yang banyak dalam darah kerana kegagalan buah pinggang
secara tiba-tiba. Dr cadangkan ayah perlu bernafas melalui tiub, ayah
ditidurkan. Semua akur. Malam tu bermulalah, kami berdua tidur di hospital.
Surau sebagai lokasi persinggahan. Rindu suasana hospital.
Jam 2 pagi, ayah dipindahkan ke
CCU tingkat 6. Jam 3.30 pagi Dr panggil
masuk. Dr terangkan kondisi ayah. Nyawa hanya 50-50. Dr minta kebenaran untuk
jalankan dialysis sebab Dr kata darah ayah terlalu bertoksik. Jika dibiarkan
jantung ayah akan terhenti kerana darah yang bertoksik. Jika dialysis diadakan,
risiko untuk jantung terhenti ada kerana ayah menghidap penyakit jantung.
Selama 23 tahun hidup, saat itu merupakan keputusan tersukar pernah dibuat.
Ingat lagi, angin pagi yang sejuk menjadi saksi, air mata kami berdua
mengalir-ngalir laju kerana kami tahu saat itu merupakan saat sama ada ayah selamat
atau tidak. Berjalan laju keluar CCU, air mata yang ditahan akhirnya tumpah
dalam keheningan pagi, suara hati yang disimpan-simpan akhirnya keluar. Aku
bermonolog, ‘Allah, tolong sedarkan aku semua ini hanya mimpi’.
Keesokkan hari, Dr bertugas memaklumkan
dialysis Berjaya. Sinar harapan semakin ada. Tapi ayah tak bangun lagi.
Hari-hari kami ada untuk ayah. Pagi 6.30, tengahri 12.30-2.00, petang 4.30-7.00
kami ada temankan ayah. Kami tidur di hospital, berjaga-jaga sekiranya apa-apa
terjadi. Tapi ayah tak bangun. Hari kelima adik balik ke Rawang dahulu. Sebelum
balik, doa takhenti-henti supaya ayah bangun dan sedar kerna risau saat itu
adalah saat terakhir adik boleh tengok ayah. Adik salam tangan ayah adik cakap
nanti adik datang lagi tengok ayah sementara ni abang akan tengokkan ayah.
[3 minggu sebelum: 15/8-21/8]
Hari Selasa, abang wassap dan
beritahu ayah dah sedar. Hati riang syukur sebab akhirnya ayah dan stabil dan
semakin sedar. Ayah bangun abang disisi, dan ayah tanya abang, adik kat mana.
Hari tu jugak adik cuba minta balik awal setengah hari tapi tak boleh
sebab-sebab tertentu. Hari Jumaat adik minta half-day dan terus ke Seremban
untuk lawat ayah. Kebetulan hari Jumaat keputusan peperiksaan akhir keluar.
Alhamdulillah rezki untuk dapat dekan di akhir semester. Sepanjang perjalanan
balik, tak sabar nak cheer up hari ayah dengan keputusan hari tu.
Masuk-masuk dalam wad adik Nampak
ayah dah sedar, adik datang kat ayah. Ayah senyum. Tapi empangan mata tak boleh
tahan. Adik peluk ayah dan cakap, dah seminggu adik tunggu ayah bangun tapi
ayah tak bangun-bangun.Ayah pegang kepala adik dan ayah cakap, takde apa. Terus
keputusan periksa adik tunjuk kat ayah. Sekali lagi ayah senyum dan muka ayah
gembir sangat. Hati waktu ni rasa sangat tenang. Hati sangat yakin ayah akan ok
semula seperti biasa.
Esoknya lepas subuh kami masuk
tengok tiub pernafasan dah takda. Rupa-rupanya ayah yang cabut keluar daripada
mulut sendiri. Adoii rasa macam kenapalah ayah degil sangat, lawak pun ada tapi
alhamdulillah ayah survived tanpa tiub. Tiub takda, ayah pun dah boleh
bercakap. Maka bermulalah sesi ayah bercakap tanpa henti. Air pun ayah dah
boleh minum dalam kuantiti yang sikit. Ramai yang lawat ayah semua ayah buat
lawak. Senyum.
Dari HDW tingkat 6 ayah
dipindahkan ke wad CCU tingkat 4. Macam biasa, sebelum balik ada banyak borak
dengan ayah. Ayah kata hati-hati balik naik motor. Adik salam tangan ayah dan
bisikkan ke telinga ayah yang adik minta ampun dan maaf kat ayah selama adik
hidup kat dunia ni. Air mata adik bergenang lagi sekali sebak tengok wajah
ayah. Ayah balas dengan angguk dan dan senyum je. Adik keluar terus balik ke
Rawang. Kali ni abang pun balik ke kL, atas faktor cuti semakin habis dan
standby untuk cuti semula sekiranya ayah masuk ke wad biasa.
[2 minggu sebelum: 22/8-28/8]
Abang dari kL berulang alik
setiap hari selepas waktu kerja untuk lawat ayah. Saat ni hari isnin ayah ada
sedikit meracau, kemungkinan disebabkan ubat ataupun faktor sekeliling yang
banyak mempengaruhi. Ayah seakan-akan sedar dan tak. Hari Rabu ayah dipindahkan
ke wad biasa 7A, abang yang fully tengokkan ayah. Abang bagitahu, ayah meracau
semakin teruk. Kadang-kadang ayah menjerit dan tak senang duduk. Kemungkinan
ayah sakit disebabkan ubat ataupun sesuatau yang susah untuk diterangkan. Disebabkan
di wad biasa, pesakit harus diuruskan oleh anggota keluarga sendiri dan dijaga
sepenuhnya, adik ambil keputusa untuk berhenti kerja. Tak mahu menyusahkan
pihak syarikat untuk ambil cuti yang panjang. Adik balik ke Seremban dan terus
ke hospital.
Jam 10.00 malam adik sampai ke
hospital. Terus ke katil ayah, adik Nampak ayah sakit sangat. Ayah meracau
dengan sangat teruk. Ayah hampir tak kenal adik. Malam tu adik terus jaga ayah beri laluan pada
abang untuk berehat dulu. Satu malam tu memang ayah tak tidur, adik pun tak
tidur. Ayah banyak sangat bercakap, kadang-kadang ilusi ayah memang kami tak
boleh nampak. Ayah mintak barang yang memang tiada kat sisi, dan memang kami
tak nampak. Ada saat memang kadang-kadang adik termarah ayah, untuk sedarkan
ayah pada realiti. Tangan dan kaki ayah nurse ikat untuk mengelakkan sebarang
tiub ayah cabut. Beberapa hari memang adik tak dapat tidur sebab ayah memang
tak tidur malam. Kadang-kadang layan ayah cakap malam-malam. Kadang-kadang
tepuk ayah untuk kembalikan ayah pada realiti. Kesian sangat tengok ayah tak
dapat tidur.
[1 minggu sebelum: 29/8- 4/9]
Hari Isnin pagi ayah lepas
sarapan, ayah tanya adik “ penat ke jaga ayah?” adik balas, takdalah. Tak penat
pun. Ayah minta supaya adik sayang ayah kat pipi. Dua kali ayah mintak “ Sayang
ayah”. Adik balas ya. Adik sentiasa sayang ayah. Ayah minta maaf kat adik
sedangkan ayah takda salah. Hakikat sebenarnya waktu ni ayah tak berapa sedar
dan ingat. Fikiran ayah masih tak pulih sepenuhnya. Kemungkinan sebab lama
ditidurkan dan faktor ubat yang disuntik.
Seperti biasa, kadang-kadang ayah
akan sedar dan ok kadang-kadang ayah akan meracau dan ayah takkan tidur baik
siang ataupun malam. Banyak kali jugak adik bertelagah dengan ayah. Ayah tak
boleh turun katil dan makan makanan dilarang Dr. Pertama kali sambut malam
merdeka di hospital. Waktu jaga ayah memang setiap kali ayah buang najis adik
akan tukar pampers ayah. Tak sampai hati tengok pampers ayah kotor. Ayah nak
minum adik sentiasa bagi.
Hari merdeka 31 Ogos, Acu bawakan
air Yassin. Lepas asar ayah minum air Yassin, kepala dan badan ayah kami lapkan
dengan air Yassin. Ayah akhirnya terlena sekejap walaupun 20 minit. Keadaan
ayah semakin tenang. Malam-malam ayah tak meracau. Alhamdulillah berkat air
Yassin dan kalimah Allah. Urusan menjaga ayah semakin senang dek kerana ayah
semakin tenang dan kurangnya meracau. Ustaz daripada darul syifa dan
kenalan-kenalan ayah ramai hadir untuk membantu ayah. Ayah semakin baik
walaupun fikiran ayah belum sepenuhnya pulih.
2 Sept, hari Jumaat pagi seperti
biasa hanya selepas subuh adik boleh lelapkan mata kerana siangnya ayah akan
berehat dan Dr akan round ward untuk pemeriksaan pesakit. Jam 7.00 pagi mata
terlelap, lebih kurang jam 7.45 tersedar sekejap dan perasan handphone dah
tiada dalam poket. Hilang dicuri. Waktu ni sangat tenang kerana ada pengalaman
handphone dicuri sebelum ni. Terus adik naik ke wad, mandi dan bersiap. Saja
mengadu pada ayah memang ayah sahaja adik ada tempat untuk mengadu. “ handphone
kena curi tadi” ayah balas “ takda rezeki la tu”. Sekali lagi terus tangan
dihulur dan adik cakap ‘adik minta maaf dengan ayah’ dalam hati dapat rasa
kemungkinan handphone hilang sebab marah ayah banyak sangat. Kemungkinan
balasan dari Allah. Ayah jawab “ Takda apa, lain kali kalau ayah kata jangan,
jangan buat” Hurmm ayah macam sedar, macam tak. Sekali lagi jadi pelik, ayah
atau bukan ayah?
Selesai solat jumaat haritu,
terus jumpa ayah. Keadaan ayah agak tenang dan banyak bercakap. Lepas asar buat
kali pertamanya ayah tidur dengan sangat lama, hampir ke waktu maghrib kalau
tak silap. Maktam dan ayong hadir pun sampai ayah tak perasan dek terlelap
setelah hampir berminggu ayah tak tidur langsung. Alhamdulillah hati senang
tengok ayah tidur. Rasa lega. Kami berdua turun makan, lepas maghrib
menghampiri isyak, kami naik ke wad dan kami lihat ayah dah dalam keadaan duduk
atas katil pesakit. Ayah mula bertanya “ ke mana tadi?” kami hanya jawab “turun
sekejap”. Adik mula tanya, “ayah dah sedar ke ni? Ayah ingat dah ke?” Ayah jawab
“ayah dah lama sedar dan dah lama ingat”. Sedangkan kami tahu ayah sebenarnya
baru sedar. Saja nak menguji tahap kesedaran ayah, adik pegang katil sebelah
dan cuba tanya ayah “ apa ni yang adik tengah pegang ni yah?”. Ayah jawab “
plastic lah. Takkanlah ayah tak tahu.” Ternyata betul! Sebelum ni katil-katil
sebelah ayah hanya nampak sebagai kereta. Keadaan sekeliling ayah hanya rasa
seperti di kebun. Bila ayah jawab plastik memang sah ayah dah sedar sebab
kebetulan memang tilam tu masih berplastik. Aduh, rasa syukur sangat. Rasa ayah
memang dah kembali! Malam tu adik bancuhkan susu ayah, bagi ayah minum dan
abang temankan ayah malam tu sebab adik dah penat tak tidur seharian.
Esoknya sabtu memang adik ke kL
untuk uruskan urusan handphone dicuri, block nombor yang hilang dan buat simkad
baru di centre mobile. Balik ke hospital waktu Asar, ramai sangat yang ziarah
ayah. Ayah seperti biasa banyak borak walaupun pagi tu ayah ada krisis dengan
abang sebab kedegilan ayah nak turun ke tandas dan mandi. Sesampai je adik kat
hospital ayah sekali lagi mintak nak ke tandas sebab nak mandi dan buang air.
Kali ni adik ikutkan cakap ayah, dengan kerusi roda ayah perlahan-lahan turun
katil, cuba berdiri selepas sebulan terlantar atas katil. Adik bawa ayah ke
bilik air dan mandikan ayah. Itulah kali pertama adik mandikan ayah. Terdetik
dalam hati waktu tu, ‘andai ini mandian terakhir, Allah berilah peluang untuk
aku berbakti’ waktu tengah mandi tu lagi banyak ayah bercerita. Ayah cakap
“Ayah ni dah macam tentera Jepun dah sebulan tak mandi, ada ke patut diorang
lap lap je badan ayah ni atas katil”. Adik tergelak je dengar ayah cakap macam
tu. Adoi la hai lawak la dengar macam tu. Ada sekali dua ayah mengomel pasal
abang dan leha.
Malam tu sekali lagi ayah mintak
nak mandi. Abang dah ke rumah acu sebab kepenatan. Adik bawa ayah ke bilik air
mandikan ayah sekali lagi. Ni kali kedua adik bantu mandikan ayah. Rasa sayu
pulak tiba-tiba dalam bilik air tu. Selesai sahaja mandi, adik bancuhkan susu
ayah bagi ayah minum susu. Puas pujuk ayah pakai pampers sebelum tidur supaya
senang malam tak payah pegi tandas, akhirnya ayah akur. Sebelum tidur memang
banyak benda adik cakap dengan ayah. Hafal jawapan kalau Dr tanya, siapa datang
lawat ayah, apa ayah mimpi waktu tak sedarkan diri seminggu. Macam-macam. Malam
tu memang ayah senyap dan adik pun dapat tidur. Tepat jam 4.00 pagi, sekali
lagi ayah bangun mintak nak ke tandas. Adik bawakan ayah ke tandas. Lepastu
sambung tidur semula. Lepas subuh ayah kata ayah nak balik rumah. Maka bermulalah
sekali lagi sesi bertelagah adik dan ayah. Memang adik diam bila adik dah puas
nasihat ayah tak nak dengar. Jam 8.00 pagi lepas adik mandi ayah tanya “ kenapa
adik?masam je muka dari tadi”. Adik balas “ Ayah duduk la hospital sekejap je
lagi, Dr nak habiskan antibiotic ayah, Dr takda nak cucuk-cucuk ayah lagi dah
sebab tinggal nak habiskan antibiotic je. Nanti dah habis kita balik ok?”
Akhirnya sekali lagi ayah akur dan dengar cakap, terus muka ada senyum semula.
Hari Ahad pagi, tiub makanan ayah
dan dibuka. Maksudnya ayah dah boleh makan. Makan pagi air minum kopi dengan
bubur. Tapi ayah tak makan bubur sebab tak sedap, akhirnya adik jugak jadi
tukang penghabis makanan ayah. Dalam 10 pagi adik ke rumah paktam untuk amik
makanan ayah ikan tongkol kari. Adik bawa ke ayah untuk makan tengahari tapi
ayah tak makan jugak sebab pedas dan ayah tak ada selera makan. Ayah nak air
the panas pun adik belikan tengahari tu jugak. Akhirnya ikan tongkol tu adik
yang habiskan. Hari ni ayah dah boleh brjalan sendiri ke tandas. Kaki ayah dah
kuat. Semua nurse dengan pesakit-pesakit sebelah pelik teruja tengok ayah boleh
berjalan seperti biasa. Petang lepas abang ddan acu sampai ayah mintak nak ke
kafe nak makan roti canai. Kami bawa ayah pergi ke kafe ayah tak makan sangat
pun dan yang paling advanced ayah merokok sebatang tapi tak habis pun.
Kemungkinan tekak ayah masih pahit lagi. Petang adik balik mantin sekejap dan
terus patah balik hospital bawa motor naik jumpa ayah. Malam tu sekali lagi
ayah tido lena. Kadang-kadang ayah berpantun, kadang-kadang menyanyi. Semua
orang yang ziarah ayah semua akan tergelak tengok gelagat ayah.
[2 hari sebelum: Isnin]
Pagi Isnin ni sekali lagi ayah
tanya bila boleh balik? Adik jawab inshaAllah hari rabu ayah dah boleh balik
sebab antibiotic dah habis. Masa ni katil sebelah ada seorang makcik jaga
husband dia. Makcik ni peramah, baik hati senang berborak dengan ayah. Ayah ada
borak-borak dengan adik ayah tanya, berapa lama adik cuti, dan sampai satu saat
tu ayah cakap “ Makcik sebelah ni nak kenengkan adik dengan anak dia”. Adoi la
hai, terus cakap “ayah jangan mengarut lah”. Lepas ayah tidur, makcik sebelah
bercerita, “ tadi makcik tanya ayah, Fitree dah ada makwe ke? Ayah Fitree jawab
Fitree tengah dalam proses nak ada makwe. Makcik anak beranak semua ketawa
dengar jawapan ayah Fitree”. Patutlah ayah cakap makcik sebelah nak kenenkan
adik dengan anak dia, dah berborak dahulu rupanya.
Waktu ward round oleh Dr pakar,
ayah minta turun katil sebab nak ke mesin ATM, terkejut Dr dengan nurse yang
ada tengok ayah dah boleh jalan mintak nak turun wad. Dr tak benarkan atas
faktor keselamatan. Lepas Dr pakar datang cek, Dr benarkan ayah keluar wad hari
Isnin tu jugak jam 6.00 petang. Gembira kemain ayah sebab memang hajat dah lama
nak balik. Disebabkan ayah dah sihat adik amek peluang nak berehat. Daripada
jam 11.00 pagi sampai jam 6.00 petang hapir berpuluh-puluh kali ayah tanya adik
dah pukul 6.00 ke belum. Memang kena tahan sabar tahan kerenah ayah. Ayah memang
tak sabar-sabar sangat nak balik seolah-olah ayah nak kejar sesuatu kat rumah.
Sebelum balik ayah begitahu kat makcik katil sebelah “ Balik ni saya nak balas
dendam tidur puas-puas lepas sebulan tak tidur”.
Petang waktu maghrib, kita sampai
rumah dengan acu. Sampai masuk je ke dalam rumah ayah terus demam panas. Ayah
mula tka ingat siapa kat sekeliling ayah. Kami semua dah mula risau tak tahu
nak buat apa. Ayah terlalu lemah dan mula merapu meracau sikit. Adik keluar
rumah belikan ayah sup sayur sebab ayah nak makan terlalu lapar. Adik berdoa
supaya ayah cepat-cepar sihat semula. Lepas isya ayah semakin sedar. Demam
mulai hilang. Alhamdulillah. Adik suapkan ayah makan dengan teo ais ayah order
malam tu. Ayah tak makan banyak. Kat rumah adik sangat-sangat peka dengan ayah.
Pimpin ayah setiap kali nak ke tandas dan masuk semula bilik. Malam tu ayah
tidur lena.
[1 hari sebelum]
Selasa subuh ayah kejutkan adik
dari tidur, usai solat subuh ayah ajak makan nasi lemak kat gerai kegemaran
ayah. Pagi tu kita borak-borak lagi, ayah cakap pasal rumah ni. Ayah cakap ayah
minat nak beli rumah kat area rumah abang. Ayah sebut lagi pasal makcik kat
hospital tu nak kenenkan anak dia dengan adik. Adik cuma cakap “lambat lagi nak
kahwin lah” haha. Tanpa diduga tiba-tiba seseorang balik. Adik mohon maaf
sangat sebab tak dapat tahan emosi bila orang tu balik. Difitnah kami depan
ayah. Ayah dan dia berbaik walaupun adik pelik sangat-sangat, tapi dek kerana
terasa memang adik banyak diam haritu daripada berkata-kata. Ayah keluar dengan
dia sarapan pagi. Tinggal adik kat rumah. Adik ambik keputusan terus ke rumah
paktam, sekaligus nak amek insulin ayah yang tertinggal. Bagi adik dia memang
jadi penghalang kepada kita.
Petang adik sampai rumah, sekali
lagi ayah takda. Macam biasa lebih suka habiskan masa dalam bilik berbanding
tengok muka dia. Nak muntah meluat. Tapi ayah pilih dia. Jauh di sudut hati
memang adik terasa. Hari ni ayah mintak adik ajarkan ayah cara guna handphone
baru. Adik tahu ayah memang nak ambil hati adik. Puasla ajar ayah guna
touchscreen android, lepas selesai ajar ayah senyum sampai telinga ayah cium
handphone gelak kecil.
Lepastu ayah ada cakap berkenaan daging landak atau rusa
yang ayah nak tempah untuk kenduri raya haji nanti. 6 kg ayah tempah daging
landak. Malam tu dalam bilik sambal tengah tengok movie, ayah masuk. Sekali
lagi ayah tanya kenapa handphone berbunyi, adik ajar ayah sekali lagi. Ayah
cium handphone senyum gelak angguk-angguk. Senang hati adik tengok. Jujurnya,
mulut adik memang nak cakap sesuatu dengan ayah, banyak benda nak tanya tapi
sebutir perkataan pun tak keluar daripada mulut. Hati adik terasa nak selfie
dengan ayah tapi tak terbuat. Memang Allah tak izinkan malam tu. Seolah-olah
rasa berat sangat.
Ayah pesan jugak “ adik nanti pergi sambung kerja, ayah dah
sihat, ayah dah kuat. Adik kena kerja nanti apa pulak orang cakap”. Ayah ada kata esoknya rabu ayah nak ke kL nak
jumpa abang untuk ambil IC, tapi adik kata takpa, biar adik yang ke kL dan
ambik IC ayah. Kebetulan abang terbawa balik kad pengenalan ayah masa kat
hospital lagi.
[Rabu: 7/9]
Pagi subuh macam biasa ayah
kejutkan, ayah tanya bila nak ke kL. Adik jawab petang sebab abang boleh keluar
lepas jam 5.00 petang. Ayah ok kan je ayah cakap ayah nak ke bank perlukan kad
pengenalan. Ayat ayah “ cepat, orang dah nak raya ni, ayah nak bayar duit
daging landak” sedangkan tahun-tahun sebelumnya ayah tak pernah nak daging
landak. Sarapan pagi macam biasa, ayah keluar.
Sebelum ayah keluar adik sempat
tanya ayah, tangan ayah dah makin kuat tak?
Ayah jawab “dah nak kuat dah,
kurang makan memang lemah la dia”.
Disebabkan dia ada kat depan ruang tamu masa
adik nak keluar memang perasaan meluat semakin bertambah-tambah. Adik keluar
dengan perasaan tak senang. Ayah tanya nak kemana adik hanya jawab “KL”. Adik terus keluar rumah dan adik dengar ayah
cakap daripada dalam ruang tamu “ Hati-hati” dan adik menjawab “ha” dalam suara
yang rendah. Maka, terus berlalu lah adik ke Kuala Lumpur. Jumpa abang dan kami
sempat makan di Nu Sentral sambal berbual-bual perihal yang telah terjadi
baru-baru ni. Tepat jam 6.30 pm adik terus naik tren dan menuju ke batang
benar.
Sampai di batang benar jam 7.30,
nak solat Maghrib di stesen ktm ataupun di masjid batang benar, tengah
berkira-kira lagi, seperti ada rasa yang tak kena. Rasa macam nak cepat sampai
rumah. Tiba di depan masjid batang benar, motor terus meneruskan perjalanan.
“Solat kat masjid Mantin je la, senang terus balik”. Selesai solat di Masjid
mantin adik terus balik dan sampai ke rumah. Adik bukak pintu pagar cermin.
Adik nampak ayah sedang baring. Baring ayah terdiam dan mata ayah memandang
tepat ke atas sebelah kanan. Adik terus ke ayah, “ ayah adik dah sampai dah
ni”. Ayah diam. Hati terus rasa tak senang, adik kejut kan ayah banyak kali,
banyak-banyak kali. Seakan-akan rasa, ayah meracau semula ke?
Letak kad pengenalan ayah atas
meja, adik ke katil ayah. Mata ayah bertukar ke atas sebelah kiri. Adik pegang
bahu ayah, goncang badan ayah “ ayah bangun,bangun!” Ayah Cuma jawab “Ha”. Adik
pegang tangan ayah sejuk. Hati melintas “aku akan kehilangan dia” adik terus
ajar ayah mengucap. Tak sampai beberapa saat, ayah Tarik nafas panjang dan
terakhir. Adik cuba tekan dada ayah. Ayah kembali bernafas, cuba lagi, dan
terus cuba, dengan 3 kali nafas ayah terus pergi. Kaki seolah-olah rasa tak
berpijak. Lemah. Ayah pergi dalam dakapan adik. Dalam pelukan adik. Adik
bisikkan ke telinga ayah “Adik saying ayah sampai syurga, adik minta maaf salah
silap, adik cari ayah kat syurga nanti. Adik janji”. Sama ada ayah dengar atau
tidak. Tiada siapa tahu, tapi adik nampak ayah keluarkan air mata. Acu datang,
jiran datang, saat tu air mata tak boleh menahan.Ayah pergi selepas sebulan
allah pinjamkan. Perkataan “hati-hati” ayah perkataan terakhir keluar daripada
mulut ayah. Tengahari tu, salam terakhir adik salam dan cium tangan ayah. Ayah
kaku. Pergi.
***
Keesokkan hari semuanya selesai.
Tapi hati ini masih tak selesai. Seakan-akan masih mempersoalkan kebenaran dan
ilusi. Siapa aku untuk mempersoalkan takdir tuhan. Aku terima hakikat doa
manusia tepenting di muka bumi ini lesap hilang. Aku dan abang terus bergantung
kepada tuhan. Terima kasih Allah atas pinjaman sementara ini. Terima kasih
Allah engkau berikan aku peluang untuk menemani dan menjaga ayah aku sehingga
ke nafasnya yang terakhir walaupun seketika. Terima kasih Allah atas nikmat
mandikan, suapkan, jagakan ayah yang engkau berikan. Kedua-dua orang tuaku
sempat aku jaga sebelum kedua-dua mereka pergi di depan mata aku. Kini kedua-duanya tiada.
Adik tahu ayah sayangkan adik
sehingga suatu saat ayah perlu memilih. Sehinggakan di saat akhir hidup ayah
adik nampak mata ayah rasa bersalah. Terima kasih ayah kerana menunggu adik
pulang daripada kL untuk terus tinggalkan adik selama-lamanya. Tiada siapa tahu
berapa lama ayah bertahan di atas katil menanti adik pulang. Terima kasih ayah
pergi dalam dakapan adik. Selamanya ayah dalam ingatan. Tawa ayah, marah ayah,
bebel ayah, masakan ayah. Semuanya kekal selamanya. Demi Allah hanya DIA yang
tahu betapa tingginya kasih sayangku.
"Aku melakar kenangan dalam tulisan agar sentiasa kekal dalam ingatan. Sehingga akhir hayat"
Abd Ghani Bin Abd Manan
1959-2016
Al fatihah.