Keheningan malam dipecahkan dengan bunyi tangisan bayi di dewan
bersalin Hospital Besar Kuala Lumpur. Kelibat doktor dan jururawat sibuk
keluar masuk dewan bedah.
“ Tahniah encik,anak
lelaki! “ Seorang doktor lelaki memaklumkan berita gembira tersebut
kepada Mazlan yang merupakan suami kepada Juliana, ibu kepada bayi
tersebut.
“ Alhamdulillah,selamat semuanya. ” sambil
memperbanyakkan syukur kepada Allah, Mazlan mempercepatkan langkahnya
menuju ke bilik di mana Juliana di tempatkan. Kelihatan riak wajah
Juliana seakan-akan tidak gembira.
“ Anak kita syndrome bang, “ Juliana menerangkan kepada suaminya dengan keadaan kecewa.
“
Sekurang-kurangnya kita masih ada anak, bersyukurlah Ju. Ramai lagi
pasangan di luar sana yang inginkan anak tapi masih tak dapat. Anak kita
istimewa, kurniaan daripada Allah.” Mazlan memandang ke arah isterinya
sambil memangku anaknya.
“ Abang berjanji yang kita akan
besarkan anak ni dengan penuh kasih sayang.” Isterinya memandang ke arah
Mazlan sambil tersenyum dengan sinar harapan yang tinggi.
Masa
terus berlalu, proses pembesaran Rafique semakin memberangsangkan.
Tidak banyak kerenah dan mudah untuk diuruskan. Kelihatan mukanya
seperti kanak-kanak syndrome yang lain, matanya sepet, mulut dan
telinganya kecil tidak seperti kanak-kanak yang normal seusia dengannya.
Pergerakkannya juga lambat. Masalah utama yang dihidapi Rafique adalah
masalah percakapan, dia lambat untuk bercakap dan perkataan yang keluar
daripada mulutnya seakan-akan tidak jelas.
“
Rafique, nanti pergi sekolah jangan nakal-nakal. Rafique kena dengar
cakap cikgu tau belajar pandai-pandai nanti boleh jadi doktor.” Juliana
mempersiapkan anaknya untuk dihantar ke sekolah.
Sambil tersenyum ke arah ibunya Rafique berkata dalam keadaan yang tidak jelas “beeekk iibbu”.
Begitulah
keadaan Rafique, tidak banyak bercakap.Dia telah didaftarkan ibunya ke
sekolah anak-kanak khas dan berada di tahun 1. Dia lebih suka memberikan
isyarat sama ada mengangguk atau menggelengkan kepala. Masanya banyak
dihabiskan menconteng bukunya dengan tulisan dan lukisan yang dipelajari
di sekolah. Setiap kali ayahnya masuk ke bilik, Rafique sentiasa
bersama dengan buku contengnya, seolah-olah buku tersebut adalah barang
permainannya.
Tidak lama kemudian, Juliana disahkan
mengandung anak keduanya dengan Mazlan. Kandungannya kali ini agak sukar
berbanding mengandungkan Rafique. Setiap hari Juliana mengalami alahan
yang teruk sehingga semua makanan yang ditelan akan dimuntahkan kembali.
Tekanan yang dialami Juliana kebanyakkannya dilepaskan kepada Rafique.
“ Rafique! Cepatlah siap! Kenapa kau lembab sangat ni! Rimaslah aku nak layan kerenah kau ni setiap hari! “
“mmmaaaffaf ibbuu” Rafique mempercepatkan langkahnya
“
Lain kali, kalau kau lambat kau jalan kaki! Faham! “ sambil telinga
Rafique dicubit-cubit, Juliana terus memarahinya kerana pergerakkannya
yang lambat.Rafique terus mengukirkan senyuman seolah-olah tiada benda
yang berlaku.
Setelah lapan bulan mengendong
kandungannya akhirnya Juliana bersalin di hospital yang sama Rafique
dilahirkan. Bayinya adalah seorang lelaki yang comel, dan keadaannya
sihat seperti bayi-bayi yang lain. Mazlan dan Juliana berasa sungguh
gembira.Rafique yang tidak mengerti apa-apa juga turut berasa gembira.
“ Rafique dah jadi abang tau “ terang ayahnya.Rafique hanya meangguk dan tersenyum.
Perhatian
Juliana semakin beralih kepada anak keduanya Faiz, segala kasih
sayangnya tertumpu kepada Faiz,kehadiran Rafique seolah-olah tidak
wujud. Tetapi Rafique tidak pernah berasa begitu, kehadiran adiknya Faiz
menggembirakan hari-harinya. Malahan tidak pernah timbul rasa cemburu
di hati Rafique.
“ Apasal kau ni lembab sangat!!! Nak ke
ibu campak buku kau keluar! Kau tulis apa benda ni? Cepat pergi kemas
mainan yang bersepah kat depan tu! “ Rafique tersenyum tanpa
berkata-kata.
“ Kenapa kau senyum? Faham tak yang aku
tengah marah sekarang! Janganlah jadi lembab sangat! “ Juliana terus
memarahi anaknya Rafique. Semua yang dilakukan Rafique tidak kena pada
pandangan matanya. Semuanya salah. Seperti biasa Rafique hanya diam
tersenyum dan berlalu pergi.
Masa terus berlalu, prestasi
kesihatan Rafique semakin merosot. Hampir setiap hari dia mengalami
demam yang teruk. Perhatian Rafique banyak di uruskan oleh bapanya.
Semenjak kehadiran Faiz, hanya bapanyalah tempat untuknya bermanja.
Ibunya sentiasa memberikan perhatian kepada adik barunya, Faiz.
Sudah
seminggu Rafique demam panas, Mazlan mengambil keputusan untuk membawa
Rafique unutk berjumpa denga doktor pakar di sebuah hospital kerajaan.
Setelah di jalankan beberapa ujikaji Rafique disahkan menghidap penyakit
kronik
“ Anak encik disahkan menghidapi penyakit kronik
pada hatinya, hatinya dikesan gagal untuk berfungsi dengan baik untuk
menyingkirkan toksik-toksik yang terkumpul di dalam badan. Walau apa pun
pemeriksaan lanjut akan dijalankan.” Doktor dengan tenang menerangkan
komplikasi masalah yang dihidapi Rafique.
Mazlan mengambil
keputusan untuk menyembunyikan hal tersebut daripada pengetahuan
Juliana kerana isterinya baru lepas bersalin.Dia yakin bahawa anaknya
akan sembuh seperti biasa.
Sepanjang masa Rafique demam,dia banyak
menghabiskan waktu di dalam bilik. Dia tidak lagi hadir ke sekolah.
Setiap kali ibunya tertidur semasa melayan adiknya, Rafique akan duduk
dihadapan ibunya. Menatap wajah ibunya dengan penuh kasih sayang.
Mengusap wajah adiknya dengan penuh kasih.
Keadaan Rafique
semakin buruk, setiap hari dia akan muntah-muntah.Mukanya bertukar
sembab disebabkan terlalu banyak muntah.Bapanya semakin risau. Ibunya
hanya menyerahkan tugas menjaga Rafique kepada suaminya. Juliana
menganggap Rafique sakit-sakit biasa.Kehadiran Faiz membutakan kehadiran
Rafique.
Seperti biasa, sebelum tidur Mazlan akan meninjau tahap kesihatan Rafique.
“Apiq syyang ayeh”dalam keadaan sukar Rafique berusaha untuk bercakap.
“Ayah sayang Rafique jugak”.
“Apiq
rinduu ibbu” bercucuran air mata Mazlan tatkala mendengar ayat tersebut
terpacul dari mulut anaknya. Dia mengetahui cara layanan Juliana
terhadap Rafique, tetapi isterinya tetap berdegil acap kali Mazlan
menegur cara layanannya yang kasar terhadap Rafique.
Di
pagi yang hening, naluri hati Juliana terpanggil untuk mengejutkan
Rafique.Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.Sesuatu yang
seolah-olah menarik hatinya untuk ke bilik anak sulungnya.Dirasakan
tarikan semakin dekat,hampir dan terus tertarik.
“Rafique, bangun dah pagi ni! “ Juliana mengejutkan anaknya. Tiada sebarang respon dari anaknya.
“Rafique!
Jangan buat-buat tak dengar.Ibu ada banyak kerja nak buat untuk
Faiz.”.Masih tiada respon. Juliana menghampiri badan anaknya.Kelihatan
Rafique tidur sambil memegang buku contengnya. Dada Rafique
terhenti,badannya dirasakan sejuk. Di saat ini Juliana merasakan
dunianya gelap. Hilangnya permata yang dijaga.Jeritan memecah kesunyian
pagi.
“Abang!!! Abang!! Datang sini tengok Rafique nie.”
Dalam masa yang sama Juliana terus mengejutkan Rafique, berusaha untuk
menyedarkan Rafique.Harapan diletakkan agar anaknya sedar kembali.
Tercapai olehnya buku conteng yang dipeluk Rafique.Nalurinya kuat untuk
membaca.Tulisan yang sukar untuk dibaca tetapi Juliana berusaha untuk
memahami setiap butir perkataan yang ditulis.
“apiq lambat gerak ke sekolah,sebab apiq nak tengok muka ibu.Ibu cantik. Apiq nak tengok ibu
puas-puas”..Tulisannya
agak sukar ditafsir tetapi Juliana terus membaca sambil air matanya
bercucuran jatuh sehingga membasahi buku anaknya.
“Ibu baik hati.Ibu hantar apiq ke sekolah.Ibu tak pernah marah.Harini ibu tarik telinga apiq sebab apiq
lembab.Maafkan apiq, ibu.”
“Apiq suka senyum tengok ibu, apiq tak nak buat ibu susah hati.Harini ibu marah apiq sebab apiq senyum.Maafkan apiq ibu.”
Juliana terasa dirinya adalah ibu yang tidak berguna.Dirinya berasa sangat menyesal kerana melayan Rafique dengan begitu.
“Apiq gembira dapat adik baru,hari-hari apiq suka tengok muka ibu dan adik bila tidur.apiq suka”
Air
mata membasahi buku Rafique, air mata ibunya yang dirindui.Juliana
terus membaca sehingga ternampak sebuah lukisan yang memaparkan
dirinya,Mazlan dan Faiz.
“Apiq akan rindu ayah,ibu dan Faiz.Maafkan apiq.Apiq lembab,maafkan apiq”
Juliana
terus meraung sekuat hatinya.Semuanya telah terlambat.Rafique telah
pergi menemui Allah.Badan Rafique di angkat sedikit dan dipeluk sekuat
hati dengan air mata bercucuran. “Maafkan ibu apiq,maafkan ibu,maafkan
ibu”.
Mazlan datang memeluk isterinya dan Rafique,air mata
mereka bercucuran membasahi Rafique.Semoga air mata mereka mampu
menjadi ubat rindu buat Rafique.Rafique pergi dalam pelukan kedua ibu
bapanya.Semoga Rafique tenang di alam sana
Pengalaman Melahirkan Anak Pertama / 1st Baby :)
9 years ago
0 comments:
Post a Comment