Erti Hidup

Bismillah.

Harini bangun pagi,
Sarapan,
Pergi Kelas, balik kelas,
Meeting.
Makan malam dan tidur.

*****

Bila dah kerja,
Bangun, sarapan,
Pergi kerja balik kerja,
Dinner dan terus tidur.

*****

Bila tua?
Putaran yang sama. Bezanya umur meningkat.
Kesihatan menurun.
Ahli keluarga bertambah.

Mati.

-THE END-
--------------------------------------------------------

Sangat yakin dan pasti hampir semua daripada kita akan punyai kitaran hidup yang sama. Cuma yang membezakan kita adakah kita tahu erti hidup yang sebenar? Adakah kita dihidupkan untuk memenuhi ruang perut? Mengisi masa berhempas pulas bekerja?

Tak salah. (Selagi tak langgar syariat)


Cuma kita ada option yang lebih baik iaitu untuk hidup sebagai manusia bermatlamat. Nak hidup sebagai manusia bermatlamat perlu tahu apa matlamat akhir kita.

Seperti Peperiksaan:

Matlamat utama peperiksaan yang dah berjaya mendoktrin pemikiran pelajar sekarang adalah untuk lulus cemerlang.

Dan, untuk lulus cemerlang sebagai matlamat utama, kita akan secara automatik akan buat apa sahaja, baca buku sampai terkeluar biji mata, beli reference, fotostat nota, tuisyen, dan sebagainya untuk capai matlamat lulus cemerlang 10 A, 4.00 Flat.

Kenapa sanggup gadaikan masa, duit dan tenaga untuk semua tu?

Sebab kita tahu dengan jelas matlamat akhir untuk lulus cemerlang.

Berbalik kepada matlamat akhir kita sebagai manusia.

Percaya mati? dan tahu akan mati suatu hari nanti? Percaya hari akhirat?

Alhamdulillah.

Cuma perlu perhalusi matlamat akhir kita.

 Syurga atau neraka.


Konsep yang sama, kita pilih syurga, InshaAllah tindak tanduk, cara kerja, perniagaan, tingkah laku kita semua akan berbalik seperti bakal penghuni syurga.

Tiada lagi aurat tercicir, arak sebagai peneman, rasuah, percampuran bebas,zina dan sebagainya.

Memilih neraka sebagai matlamat? Tentulah perbuatan yang sebaliknya.

" Dunia ini hanya ladang, akhirat tempat kita menuai "


Nak dapat matlamat jelas? Kita perlukan makcik HIDAYAH dan pakcik TAUFIQ..

Cari dan kajilah dan berdoalah supaya hidayah dan taufiq menjadi milik kita. Pengalaman diri sendiri, Allah mengetuk pintu hati ku dengan makcik hidayah dan pakcik taufiq sekitar umur memasuki lewat remaja. Di saat itu aku betul-betul mengenali ALLAH itu tuhanku.

Walaupun bekas pelajar aliran agama, aku tak pernah rasa serasa-rasanya Allah itu benar-benar memerhatikan. Sekelumit rasa takut hanya sementara. Tidak bermaksud aku wali sekarang, maksum dari dosa. Saat ini aku masih belajar mengenali tuhan dan erti hidup. Carilah suasana dan sahabat yang mampu mengembalikan erti hidup yang sebenar.

Hari ini cuba google video Miss Nina, Travelog hamba. Betapa dia berubah dengan sebenar-benarnya. Walhal sebelum ini dia popular dengan video muziknya yang begitu extreme. Cik Hidayah dan pakcik Taufiq singgah di hatinya. 

Figure seperti Abby Abadi, Afdlin Shauki, Bob Lokman, Yatt Hamzah, Adam Corrie..yang dahulunya kita tahu siapa mereka. Dan sekarang cari siapa dan bagimana mereka. Tak tahu? Google.

Kau sekarang orang agama?

Siapa engkau nak pandnag hina orang yang masih tak kenal agama dan tiada matlamat hidup? 

Mungkin hari ini dia hina mana tahu suatu masa nanti dia yang paling mulia.

Justeru sahabat-sahabatku,

Hijrahlah mencari cik hidayah dan pakcik taufiq. Mujahadahlah dalam mengekalkan makcik dan pakcik ini.

Yang beragama, besederhanalah engkau. 

Carilah matlamat dalam hidup ini,

Rancanglah kematian!

# ALLAH, limpahkan berkat dan kasih sayangmu terhadap kedua ibu bapaku
# ALLAH, limpahkan hidayah dan taufiq berpanjangan kepadaku dan ahli keluarga.
# ALLAH, peliharalah jemaah ku.


- Rindu bumi KMM-

Fitree

12 Disember 2015






Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment