Kematian yang Menginsafkan

Disember 2015.

Permulaan bulan yang sayu.
Ramainya yang pergi menghadap Ilahi.
Baik golongan biasa, penghibur sehingga ke kerabat Diraja.

Pengakhiran kita,

Mati.

Yang membezakan kita cuma bila mati, saat mati, dan tempat mati.

" Sesungguhnya, setiap yang bernyawa akan merasai mati "

Rancanglah kematian.

Sepanjang berada di muka bumi ini. Ada beberapa kisah kematian yang memotivasikan. Memberikan nafas baru, aku juga harus mati begitu. Antaranya:

1. Hajar Sabir

Kenalan di matrikulasi. Kami se 'organisasi' sungguh mujahidah ini kuat orangnya. Diuji sakit daripada kemalangan di Melaka. Di pengakhirannya, dipenuhi dan sering dikunjungi orang soleh dan solehah. Bait-bait dakwahnya tersebar luas satu dunia. Google sahaja nama nescaya ada. Pahala kebajikan selepas pemergian melalui hasil tulisan ibunya moga membuatkan dia tenang disana.

2. Ahmad Ammar

Pemuda yang berumur hampir sebaya. Kemalangan yang menimpanya, sehingga di akhir saat pengebumiannya ulama Turki turun memberikan penghormatan terakhir. Beribu orang soleh turun menyembahyangkan dan mendoakan Ahmad Ammar. Buku tulisan kisah hidupnya yang gigih menuntut ilmu dalam mengkaji sejarah Islam membawa manusia mengenali agama tersebar luas satu dunia. Berapa ramai yang bermotivasi dalam membaca karyanya? MashaAllah.

3. Tuan Guru Nik Aziz

Fenomena. Beribu manusia mengerumuni rumah TGNA. Diceritakan pelbagai perkara 'menarik' berlaku. Allahualam. Sehingga hari ini, kubur TGNA tidak pernah sunyi dikunjungi andai ada ahli yang jaulah ke Kelantan. Hebatnya istiqamah hingga hujung nyawa. Pemergiannya tiada ganti. Pengorbanannya tiada ukuran.

"Kita bukanlah pemula. Dan bukan pengakhir.Kita rantai-rantai perjuangan"


Hari ini, sahabat kepada Arman pulang menghadap pencipta. Tulisan muka buku, intipati whatsapp yang tersebar semuanya menceritakan kebaikan arwah dan kegigihannya dalam jemaah. Pemergiannya tiba-tiba. Ketiadaannya dirasai sahabat. Sehingga aku yang membaca, dapat merasakan walaupun aku tidak pernah mengenali dia.

-kalam sahabatnya "engkau mati dalam keadaan memikirkan Islam-

Adakah anda menyangka mereka pergi dalam keadaan baik, dikerumuni orang-orang baik

berlaku secara tiba-tiba?

Jawapannya..

Tidak.


Sebaliknya, mereka merancang kematian. Kehidupan mereka di muka bumi, mereka memilih jalan yang baik. Pengukuhan aqidah, keteguhan iman, ilmu dan amal. Amalan tarbiyyah yang sememangnya indah dan istiqamah. Semua komponen ini mengambil masa dan pembentukan yang lama disertai mujahadah yang kuat.

Maka,

Aku bertanya. bagaimana kematianku kelak?

Sering mengeluh:
-  Cuti tak balik
- Orang lain banyak masa,boleh bergembira
- Letih
- Amal Tarbiyyah kelaut
- Bacaanku kurang.

Adakah aku layak? Moga Allah memelihara kita.

Rencanalah perjalanan hidup dengan sebaiknya.

Adakala aku berfikir, bekerja dalam bidang Oil&Gas..
Bagaimanakah keadaan jemaahku kelak? Aku perlukan lebih banyak pandangan dan bimbingan.

Aku sedang merencanakan perjalanan hidup.

Semoga aku, engkau teruss istiqamah hingga ke akhirnya.

Indahnya mati dalam jemaah.

Rancanglah kematian!

#fastabiqulkhairat



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment