Assalamualaikum 2017.
Sudah hampir setengah tahun baru, kini aku baru muncul. Kerna aku sudah lama menghilang dalam
mencari identity yang entah sudah lenyap ditelan memori. Dek kerana 2016 yang
seakan-akan mengubah hiduku secara total.
2016.
Mana mungkin akan aku lupakan.
Sehingga mati setiap detik yang berlaku dalam tahun ini akan aku ingat sampai
bila-bila. Aku manusia dan aku hamba. Lama kelamaan aku runtuhkan ego ini. Mula
memahami erti takdir dan perjalanan hidup yang tidak selamanya indah.
Entah mengapa, kecewa aku terlalu
hebat. Hati bengkak, jiwa bernanah.
Ampunkan aku ya Allah diatas
kealpaan aku. Di mana redha ku pergi. Sedangkan hari-hari aku mengatakan pada
diri. Hidup perlu diteruskan, takdirmu aku terima sepenuh hati. Dan aku sedang
mencuba.
Sombong sungguh aku.
Banyak kelapangan dan kesenangan
Allah limpahkan. Kesakitan dan kekecewaan juga yang aku hamparkan.
Bangkitlah Fitree. Bangkit.
Aku senyum tatkala berjumpa
manusia, aku ceria dikala status fb dimuatnaik.
Aku memandu seorang diri, dalam
meniti perjalanan ke lokasi, acap kali memori singgah. Tak lama kemudian air
mata bergenang. Cukup di takuk? Melimpah la ia. Entah apa aku fikir. Barangkali
selesa bersendirian mengenang nasib. Boleh jadi rindu. Boleh jadi duka.
Bercampur baur.
Tapi itu bukan gambaran reality
di dalam hati. Hari demi hari satu demi satu tanggungjawab berat tidak tergalas
jatuh di bahu. Di mana aku yang dahulu? Mati barangkali.
Kerana terlalu sayangkan
manusiakah? Entah.
Ujian paling hebat Allah turunkan buat aku, dikala aku tidur setiap malam aku akan bermimpi wajah kesayangan. Berbual, memori berpuluh tahun diputar waktu. Tiba subuh, hilang lesap. Seperti deraan mental aku rasa. Sehingga aku pernah berbicara, pergilah engkau mimpi. Jangan aku kau sakiti.
Ya. Ini ujian. Di marhalah mana kau untuk mempersoalkan ujian tuhan?
Yang penting mereka berdua sudah
selamat disana.
Allah.
Harus aku Tanya bagaimana 2017
bakal mengorakkan langkahku? Terlalu banyak perkara, urusan tertangguh perlu
diselesaikan.
Banyak.
0 comments:
Post a Comment