Muhasabah Tahun Lepas dan Pembawaan Tahun Baru

Bismillah.

MashaAllah.
Its New Year!

Tahun baru hari ketiga.

Hamba pun sedang menulis dalam keadaan dah seminggu demam dan keadaan kaki yang tak seberapa sihat. Semuanya tiba-tiba. Ya. Tiba-tiba. When it is written from luh mahfuz, none can disagree with HIS plan. Kita sebagai hamba, redha usaha dan tawakkal mencari penyembuh nya.

Alhamdulillah rawatan demi rawatan ni yang membuahkan demam berpanjangan ni. Exam final entah kemana. Kerja jemaah culas adakala,FYP tergendala, manifesto sunyi seketika. Allah beri kerehatan ni.InshaAllah :D

***
Dah masuk tahun baru. Rasa nak highlight sepanjang apa berlaku tahun 2015.

(1) Kehilangan Handphone dan wallet

Kerana kecuaian sendiri, awal-awal tahun, awal semester diuji dengan kecurian handphone dan wallet gua woi. Curi di mana? Surau kolej. Sekelip mata, dan paling best si pencuri boleh pula call dan mesej ahli keluarga minta duit untuk dibank in kan. 

Malaysia masih amankah?

Walhal letak beg di tempat paling aman di serata negara ni pun banyak kecurian berlaku. 

Hanya kerana undang-undang Allah itu masih menjadi options di negara kita.

(2) MTM Sesi Kedua 2014/2015

Allah. Syukur alhamdulillah dan perasaan lega yang teramat sangat bila berjaya habiskan jawatan sebagai Tim. Pres selama satu sesi ni. Macam-macam yang berlaku. Macam-macam fitnah dan ancaman keluar. Bertahannya aku hanya kerana memikirkan Presiden dan Top Board yang lain. Tiada yang indah belaka melainkan berkerja bersama mereka-mereka ini.

Adakah kamu menyangka kamu telah beriman sedangkan kamu belum diuji? 

Beberapa kali rasa nak letak jawatan. Haha

(3) MMC

Ni kem yang paling best setakat ni. Dari sudut pengisian ceramah dan modul. Sesuatu yang baru melibatkan perkembangan pemikiran.

Tak jadi ke Pulau Pangkor sebabnya ke MMC, tapi langsung tiada rasa kesal dan melepas. MMC sangat membina and remain the unforgettable tarbiyyah ever in life.

(4) Latihan Industri Bangkok

Ada peluang intern di luar negara? Jangan lepaskan dan bersegeralah pergi. Keluar dan carilah pengalaman. Tatapilah kepelbagaian yang Allah ciptakan di muka bumi ini. Berbeza manusia dan pegangan. Uji lah diri untuk terasa asing. Nescaya syukur akan menjadi jawapan kepada semuanya.

Puasa pun di Bangkok juga. Bezanya satu jam lewat. Di Malaysia orang dah berbuka, di Bangkok masih lagi beli juadah berbuka.

Rindu Bangkok oi.

(5)  Tragedi Raya Haji 

Raya Haji yang paling suram dan melukakan beberapa hati. Kami pernah berdamai, tak lama sekitar 2- 3 tahun. Hanya kerana beberapa perkataan yang keluar, si dia memulakan peperangan yang dah bertahun selesai. Ruang maaf seolah-olah tertutup rapi.

Di hati kecil aku sudah maafkan. Untuk menerimanya kembali, sudah tiada ruang.

Nak gunakan hujah sedangkan nabi memaafkan ummat? Aku akui kelemahan diri, aku bukan maksum hatta tiada hati dan perasaan seperti malaikat. Ada hikmah barangkali.

(6) Tajuk FYP

Core matter to be considered this year. Event of the year. Alhamdulillah. Supervisor yang merangkap motivator, senior dan lecturer. Dr Vivien How. Sangat-sangat membantu dan sangat sangat membantu. Nampak tak mcam mana dia sangat-sangat menbantu tu?

Tajuk CHRA yang agak mencabar. 

Tapi tak mustahil dilaksanakan. Sambung next semester for data collection.

Dan Alhamdulillah, Proposal presentation berjalan dengan sangat baik. Dengan markah yang sangat baik dan pujian dari assessor sebagai pembakar semangat walaupun pada mulanya dapat tahu nama assessor rasa seperti masa depan telah gelap. Allahu.

Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang Allah ketahui

 (7) Majlis Perwakilan Pelajar?

Umum mengetahui, perancangan Allah itu yang terbaik. Ditakdirkan sekali lagi MPP kali kedua. Amanah? Sudah tentu. Manifesto masih dalam progress. Mohon doakan kelancarannya.

Portfolio kali ni : MPP Kerohanian dan Perpaduan

 kemungkinan banyak beza dengan sesi lepas. Moga perjalanannya lebih jelas untuk sesi kali ini.

(8) Handphone Dirampas

Dalam banyak-banyak peristiwa di UPM sepanjang 4 tahun ni, ni pengalaman yang tak kan dilupakan. 

Handphone kena rampas dengan pensyarah (PZH) waktu kelas amali. Bayangkan sejak zaman sekolah dulu tak pernah-pernah handphone kena rampas. Haha zaman universiti pulak merasa kena rampas handphone.

"Prof saya sedang download nota ni "

Tak dilayan. ><

***
Cukup rasanya highlighted event ni. 

Allah. 

Pantasnya masa berlalu. Nak mencecah ke angka 23 tahun 2016 ni. Tahun ni apa yang penting nak terus siapkan FYP. Nak graduate on-time dan cuba dapatkan kerja. Nak cari pengalaman gerak kerja pemuda. Nak berbakti pada keluarga. Nak bawa ayahanda bercuti, umrah kalau ada rezeki. Nak terus membina potensi diri dan jadi mukmin yang berilmu.
Cehh banyak pula yang nak.

Moga Allah redha dan izinkan.


Fitree
-Road to graduation-

 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment