Assalamualaikum & Salam Tahun Baru 2018!
Walaupun dah nak masuk pertengahan bulan 2, hehe disebabkan kesibukan makanya tiada masa untuk 'publish' penulisan.
Mata berat, badan penat. Nak lelapkan mata, tapi sukar. Memilih untuk mengupdate blog, mana tahu boleh tidur lepas selesai menaip.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Merujuk kepada tajuk entri kali ni, rezeki 2018. Segala puji bagi Allah tuhan pemilik rezeki dan pemberi rezeki buat semua kita hambanya. Murah rezeki awal tahun kali ni. Hari-hari kita hidup rezeki, tubuh badan sihat, rezeki. Nikmat Allah kasi ni, kalau kita tak tahu guna dan bersyukur boleh jadi kufur nikmat. Naudzubillah.
Nak dijadikan cerita, akhir tahun 2017 sekitar bulan Disember. Melalui applikasi Linkedin, adanya recruiter [.....]
Assalamualaikum, Salam sejahtera.
30/12/2017.
Di saat-saat akhir tahun 2017, mengambil sedikit lagi masa berbaki untuk menukilkan tulisan perjalanan sepanjang tahun 2017. Supaya kekal menjadi ingatan, boleh disungkap di masa depan. barangkali jadi tatapan anak-anak atau sesiapa yang membaca. Kisah perjalanan hidup.
Tahun 2017.
Tahun berdikari sendiri secara total. Genap setahun aku berdiri sendiri tanpa orang yang paling disayangi. Payah. Memang payah, tapi tanpa kau sedar, kau sudah pun melaluinya. Pejam celik, kau lupa tatkala kesibukan melanda, kau sudah mampu membuat keputusan sendiri, mengatur kehidupan sendiri.
Viral, berita berkaitan Iqram Dinzly sepanjang minggu ini. Komen aku. Aku pernah berada di tempat dia. Aku hilang setahun. Sepanjang masa berperang dengan identiti sendiri aku benci orang [.....]
"Pakcik nak seringgit"
Itu ayat yang keluar daripada mulut seorang BUDAK lelaki berumur lingkungan 8-9 tahun sewaktu sedang berjalan menusuri pasar malam Rawang. Ya, pasar malam.
Bukan gelaran pakcik yang ingin 'dihighlightkan' tapi disebalik permintaan seringgit ini, terbit satu keinsafan dan sentapan sehingga harini ini kekal segar.
Aku memandang ke arah budak ini dengan jelingan. Ya jelingan. Kerana bagi aku, tindakannya seolah-olah tiada adab dan kelakuannya dalam pertimbangan pertama aku dia adalah budak jahat. Aku 'judge" dia!
Aku terus berlalu pergi. Rasa angkuh sekejap, [.....]