Alhamdulillah.
Bakal menamatkan zaman mahasiswa dan beralih ke dunia
pekerjaan. Waduhh-waduh.
Alhamdulillah.
9 Mei : Dapat panggilan Interview
11 Mei: Sesi Interview
18 Mei: Keputusan Interview
MashaAllah, masa dapat panggilan keputusan temuduga jam
10.00 am,
“Mohamad Fitree, we would like to offer you the position
as….”
Alhamdulillah. Rasa nak lompat dari tingkat 4 woi. Sebabnya,
langsung tiada high expectation akan dapat jawatan tersebut dengan status fresh
grad tanpa pengalaman. Tambah lagi, seramai 10 calon berentap merebut 1
kekosongan.
Maha suci Allah.
Yakinlah, pertolongan Allah akan hadir bila tiba masanya.
Buat masa sekarang, bantu agama Allah dalam semua sudut yang kita mampu, kerana
kelak Allah akan bantu kita. Kita tak tahu bila.
Kenapa gembira sangat?
All praise is to Allah.
1. Company tu, sudah established dan mempunyai masa depan
cerah untuk belajar banyak sebagai safety health practitioner.
2. Penemuduga yang memang baik gila-gila. Ms.Then and
Mr.Anas
3. Offer gaji permulaan yang sangat-sangat baik. Unexpected.
“How do you see yourself in this field in future?”
“I wish within 3-5 years onwards, I could have my first
green book as a competent safety officer with great knowledge and highly
skills”
Green book adalah lessen besar seorang safety. Kebanyakkan
pengamal safety akan mengidamkan ‘green book’ setelah beberapa tahun bekerja.
Kebiasaannya, mereka yang akan ada green book ini susah nak cari pendapatan
yang kurang daripada 5-6K.
Tiba-tiba.
‘Macam mana dengan impian nak sambung PhD dulu?”
Masih tersemat dalam hati. Cuma keinginan untuk bekerja dulu sangat tinggi. Kita merancang,
Allah jua merancang dan perancanganNya yang paling sempurna.
Bilik ditemuduga. Hampir 1 jam setengah oi. |
“Bagaimana Fitree dapat offer dua kerja sebelum grad?”
Meh sini nak kongsi tips. Tak rugi pun daaa.Erti hidup untuk memberi. Lagi banyak kita beri, lagi banyak Allah bagi. Beri je apa yang ada. Ilmu pun dikira harta.
Banyakkan Membaca
Mengikut statistic ramainya
pengangguran berlaku pada mahasiswa lepas grad. Risau tak? Macam mana tahu?
Kena membacalah jawabnya. Dari membaca kita tahu tahap employment sekarang
macam mana. Melalui membaca jugak kita dapat bangkitkan motivasi, nak jadi apa
dan bagaimana lepas grad. Baca pengalaman orang lain melalui linked in dan
blog-blog sedia ada.Masih mimpi indah? Leka dengan dunia sendiri? Dah grad
takda kerja, jawab sendiri.
Resume
Dah masuk final year ni kena
sediakan template resume yang kita akan guna untuk hantar permohonan ke
syarikat yang dimohon. Resume perlu sentiasa update. Ikut pengalaman sendiri
hampir berbulan-bulan jugak buat resume. Resume yang dihantar ni ibarat eksperimen.
Kalau hantar, company tak review (jobstreet), tak respon kemungkinan ada
masalah pada resume kita. Rujuk mereka yang pakar. Tips resume yang baik adalah
separuh daripada muka pertama resume sudah boleh menunjukkan kita calon yang
baik dan bersesuaian.
Access Akaun dan Ilmu
Ni namanya menggunakan teknologi
terkini dengan berguna. Kita ada banyak saluran untuk di akses utk memohon
kerja. Contohnya, jobstreet, linked in dan juga starjob. Semua maklumat
dihujung jari. Tinggal tekan ja. Tambah lagi, kalau ada peluang dan ruang pergilah
talk berkaitan resume dan teknik permohonan kerja, kaedah menghadiri temuduga.
Tak rugi pun sebab kita dah sampai tahap kena berdikari sendiri cari kerja sara
diri dan keluarga. Kenapa perlu berkira? Ye tak? Nak seribu daya, taknak seribu
dalih.
Buat-buat Tak Dengar
Ni dah kenapa? Haa tunggu masuk
final year nanti. Akan ada suara-suara sumbang yang akan mematahkan semangat
kita untuk buru kerja awal. Terutamanya orang-orang terdekat kita jugak, kelas
dan sebagainya. Tips? Pekakkan telingan jangan mudah terpedaya. Yang akan
menyara diri sendiri dan keluarga bukan orang lain tapi kita sendiri. Susah
senang pun sendiri jugak. So kenapa perlu kisah apa orang cakap? Hasilnya kita
sendiri yang akan Berjaya tatkala orang lain masih lagi mengata. Chill. You
know at what level you are now.
Connect with Allah
Doa tuan-tuan. Connect with Allah
through doa. Kadang-kadang bila kita infaq dan sedekah sesuatu, doa dan niatlah
semoga urusan kita dipermudah. Sehebat tara mana pun usaha kita, Allah yang
akan perkenankan. Doa.
So lastly, plan is worth with
actions.
Mulakan membaca, diteruskan dengan persediaan dan mula memohon. Gagal
tiada respon, ulang semula step pertama. Baca dan kenalpasti masalah, tambah
baik resume dan ulang semula permohonan. Kerja ini ibadah. Belajar ibadah. Tambah
lagi bawa imej islam. Menganggur bukan suatu kebanggaan. Work for it. Sara diri, keluarga, anak isteri, ummah
adalah ibadah brothers and sisters. You have to look beyond instead of tengok
kerja untuk dapatkan gaji semata.
Dan jangan bangga riak bila dapat kerja, hati kena jaga. Kawan-kawan mintak tolong jangan kedekut sharing.
Done!